Monday, 27 March 2023

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 5 Bab 8: Membina Kemakmuran Negara

BAB 8: MEMBINA KEMAKMURAN NEGARA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=BvoSodzwzCs

8.1 PEMBENTUKAN DASAR EKONOMI BARU (DEB)

- MAPEN ditubuhkan Jan 1970 menghasilkan DEB. Pakar ekonomi dalam dan luar negara merancang dan merangka DEB. Rancangan Pembangunan bawah DEB: Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Ketiga (1976-1980), Keempat (1981-1985), Kelima (1986-1990)

- Matlamat: mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum dengan men ggunakan strategi serampang dua mata. Memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi.

- Strategi: membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum. Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

- Isu sosioekonomi: jurnag sosioekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera, pantai timur dan pantai barat, masyarakat desa dan bandar, antara negeri.

8.2 PELAKSANAAN DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

- Luar bandar: tumpuan penduduk miskin. Gerakan Koperasi. Penerokaan tanah baharu, bantuan peralatan pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan pusat kemajuan peladang.

- Bandar: miskin kerana pendapatan rendah, masalah perumahan. Memajukan perindustrian, perniagaan yang membuka peluang pekerjaan. Kemudahan asas disediakan: pendidikan, bekalan air dan elektrik, jalan raya, bantuan biasiswa, buku teks percuma, makanan tambahan kanak-kanak, program rumah murah.

Rancangan Buku Hijau

Tun Abdul Razak 20 Dis 1974. Menambahkan pendapatan rakyat , pengeluaran makanan supaya cukup untuk keperluan negara. Tumpuan penggunaan tanah sepenuhnya. Mengusahakan tanah dengan tanaman jangka pendek, perkebunan berkelompok, penternakan, pemasaran baik, projek kecil lain.

Peranan Agensi Kerajaan

Bantuan peralatan, biji benih, kemudahan pinjaman, khidmat nasihat.

- LKIM: meningkatkan taraf hidup nelayan, memodenkan industri perikanan

- LPP: Membantu pekebun keccil, petani, peladang yang terlibat dalam koperasi

- LPN: mengawal selia sektor padi dan beras, mendtabilkan harga padi. BERNAS

- RISDA: membantu penyelidikan dan penanaman semula getah.

FELDA dan pembangunan tanah

Penduduk luar miskin pindah ke FELDA. Diberi tanah 10 ekar untuk diusahakan dengan kelapa sawit, getah, rumah. Kemudahan lain mengubah taraf hidup.

- Sabah: FELDA-Yayasan Sabah Felda Wilayah Sahabat (Lahad datu), Felda Umas(Tawau)

- Sarawak: FELDA-SALCRA pembukaan ladang kelapa sawit

- FELDA pelbagai kaum: Felda Lurah Bilut(Pahang), Felda Keratong (Pahang), Felda Sendayan (Negeri Sembilan)

Pembangunan Wilayah

KEJORA, KETENGAH, DARA, KESEDAR.

- UDA pembangunan industri dan pembangunan bandar baharu. Bandar Tun ussein Onn(Cheras), Bandar Baru Uda (Skudai)

Pemilikan Modal Sham

Bumiputera ketinggalan menyebabkan perbezaan taraf hidup dan pendapatan.

- Permodalan Nasional Berhad(PNB) bagi menambah pemilikan saham bumiputera dalam sektor korporat bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera(MPPB)

- Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) memudahkan bumiputera memiliki saham dalam syarikat berhad. Amanah Saham Malaysia bagi bukan bumiputera.

Pendidikan Tenaga Kerja Mahir

Menampung keperluan pertanian dan perindustrian. Mata pelajaran Kemahiran Hidup. Menengah atas jurusan akademik dan vokasional. Sekolah teknik vokasional, Maktab Perguruan Teknik, politeknik, UTM, UiTM ditubuhkan. Kursus kemahiran ditawarkan.

Pengenalan Industri Kecil danSederhana (IKS)

Industri pembuatan barangan menggunakan modal kecil dan tenaga kerja tidak ramai. Kraf tangan, makanan, pakaian, inap desa. Pinjaman, insentif, nasihat diberikan melalui Bank Bumiputra, PNB, Agrobank, Skim Pinjaman Kjas Pertanian, Amanah Ikhtiar Malaysia.

 8.3 PEMBENTUKAN DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

- Dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir. 10 tahun melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995), Ketujuh (1996-2000).

- Matlamat: mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan. Menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan Wawasan 2020.

- Objektif: mewujudkan masyarakat bersatu padu dengan memperkukuh kestabilan sosial, polik, mengekalkan pembangunan ekonomi. Mencapai taraf negara maju delam semua aspek seperti keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, kecemerlangan ekonomi.

- Strategi DPN: Ekonomi (pelibatan aktif pihak swasta, program penanaman semula, penggunaan sains dan teknologi, pimilikan saham bumiputera), Sosial (insentif kemudahan pendidikan, mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera, membentuk mesyarakat berdisiplim&progresif), Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar (menambah baik kemudahan asas, pembangunan mepan tanpa mengabaikan  alam sekitar)

8.4 PELAKSANAAN DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

Pembasmian Kemiskinan

- pemberian subsidi dan sokongan penanam padi dan nelayan. Tumpuan meningkatkan produktiviti.

- Latihan agensi kerajaan Giatmara, ILP membolehkan mereka mendapat kerja.

Penyusunan Semula Masyarakat

- meningkatkan tenaga kerja bumiputera dalam pengurusan sektor moden

- Latihan bidang pengurusan harta dan etika perniagaan

- pemberian kontrak, kuota, lesen kepada perniagaan bumiputera

- Perhatian khusus penyertaan bumiputera dalam IKS

- Usaha sama aktif antara bumiputera dan bukan bumiputera bagi meningkatkan prospek perniagaan

- Bumiputera didedahkan dengan teknologi, kemudahan modal, maklumat pasaran, hubungan perniagaan dalam pasaran antarabngsa bagi bersaing dalam perniagaan moden.

Membolehkan corak tenaga kerja di pelbagai sektor mencerminkan komposisi pebagai kaum.

Penyusunan Semula Modal Saham

Bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden.

- Program penswastaan bagi memperuntukkan sejumlah saham untuk projek yang diswastakan untuk bumiputera.

- MARA, PERNAS, PKEN. Bukan bumiputera diberi peluang menyertai

Pembangunan Wilayah

Memperbaik ketidakseimbangan pembangunan wilayah memudahkan pencapaian kesamarataan pendapatan.

- MARDI ditingkatkan. Konsep pertaniaan pintar meningkatkan hasil pertanian. Mendorong pihak swasta menempatkan semula kilang tambahan di negeri kurang maju dengan kemudahan fizikal, pendidikan, kesihatan dan perumahan. Kawasan menjadi pusat pertumbuhan baharu ekonomi.

8.5 PENCAPAIAN DEB DAN DPN

Aspek Sosial

Penurunan kadar kemiskinan

49.3 (1970), 17.1 (1990), 7.2 (2000)

Peningkatan Kualiti Hidup

Peningkatan tahap kesihatan rakyat. Aspek pendidikan, pemilikan barang keperluan asas, penyediaan infrastruktur.

Kemunculan Golongan Pertengahan

Golongan profesional, pemodal, teknikal, pentadbiran dan pengurusan. Menunjukkan peningkatan taraf hidup. Menyumbang kepada pendapatan dna kemakmuran negara

Mayarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

Membentuk kelas bumiputera komersial dalam sektor korporat. Tawaran pekerjaan diberi. Tan Sri Mohd Effendi Norwawi (ahli perniagaan), Tan Sri Azman Hashim (tokoh perbankan), Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari (tokoh korporat), Tan Sri Mustapha Kamal (tokoh hartanah)

Pembangunan Pendidikan

Muncul graduan sains, teknologi dan teknikal. Kebolehan bidang ini diperlukan kerana permintaan tinggi dalam perindustrian dan k-ekonomi. Pemdidikan tinggi memperbaik taraf hidup.

Pengangkutan dan Perhubungan

Untuk memenuhi keperluan perindustrian dan perdagangan. Jaringan sistem jalan raya, pengangkutan udara, kereta api dan pelabuhan moden. Memudahkan integrasi Semenanjung dan Sarawak Sabah.

Perkembangan Wilayah

Felda Segitiga Jengka dari FELDA kepada bandar. Dikenali Bandar Tun Abdul Razak. Nama mengambil kira lokasi antara 3 daerah (Temerloh, Maran, Jerantut). Pelbagai kemudahan perkhidmatan. Terdapat kilang di kawasan perindustrian. UiTM, Stadium mini.

Aspek Ekonomi

Perindustrian Berteknologi Tinggi

Perkembangan industri berat bagi memperkukuh asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran teknologi lebih tinggi.

- penggunaan jentera moden kemahiran tinggi dan modal besar.

- HICOM ditubuhkan 1980. Membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang, Johor), besi dan keluli (Perai, Pulau Pinang & Teluk Kalung, Terengganu), loji gas cecair (Bintulu, Sarawak(, stesen janakuasa (Raub, Pahang), kilang penapis petroleum (Port Dickson, Lerteh, Lutong), satelit komunikasi.

Kawasan Perindustrian Baharu

Berdekatan sumber bahan mentah, infrasturktur, bekalan buruh. Membantu pembangunan ekonomi kawasan sekitar yang kurang maju, menambah pelaburan modal.

- Estet Perindustrian: PKEN, Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah, pihak swasta. Dibangunkan sebagai bandar terancang yang mengandungi kawasan perumahan, pusat perniagaan, perindustrian, pusat rekreasi.

- Taman Teknoloi Perindustrian: pusat penyelidikan dan pembangunan industri. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia menjalankan penyelidikan dan inovasi membangunakn teknologi perindustrian.

- Zon Perindustrian Bebas: kawasan perdagangan pelepasan cukai atau tarif. Menarik pengusaha melabur dna merangsang ekonomi kawasan sekitar. Sering digunakan oleh syarikat multinasional.

Kenderaan Buatan Malaysia

PROTON, PERODUA, MODENAS menghasilkan motosikal kecil 200cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Membuka peluanng pekerjaan.

No comments:

Post a Comment