Monday, 27 March 2023

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 5 Bab 10: Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

BAB 10: KECEMERLANGAN MALAYSIA DI PERSADA DUNIA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=Upi-o1WQkeY

10.1 MALAYSIA DALAM ISU GLOBAL KONTEMPORARI

Penyalahgunaan Dadah

- mengisytiharkan perang dan menjatuhkan hukuman berat.

- disuarakan dalam forum antarabangsa seperti IDEC oleh A.S.

- mendapatkan kerjasama INTERPOL dalam usaha memerangi dadah serta bekerjasama dengan negara lain menggubal stategi

- Tun Dr. Mahathir terpilih sebagai Ketua Jawatankuasa Antidadah Antarabangsa PBB 1988.

Pertindihan Sempadan

-Tuntutan Pulau Batu Putih (Malaysia, Singapura), Pulau Sipadan dan Ligitian (Malaysia, Indonesia) diselesai melalui Mahkamah Antarabangsa. Pulau Sipadan dan Ligitan milik Malaysia. Pulau Batu Putih Singapura.

- Tuntutan Pulau Spratly (China, Vietnam, Brunei, Filipina) belum diselesai. Penting dari sudut geostrategik dan perdagangan. Bagi Malaysia, tuntutan bermula 1979 apabila memasukkna sebagaiannya ke dalam wilayah Malaysia. Membangkitkan isu ini dalam Forum ASEAN-China 1995.

Kempen Antiminyak Sawit

- Kempen dilancarkan oleh American Soybean Association (ASA) dan NGO Pencinta Alam di Eropah. ASA: menjejaskan jualan minyak kacang soya. NGO: punca pencemaran alam sekitar, kemusnahan hutan, habitat haiwan liar.

- melalui pertubuhan RSPO, kempen berterusan serta mendapatkan skim pensijilan MSPO. Hal ini bagi menghasilkan pengeluaran minyak sawit secara mampan dan pelaksanaan amalan baik seperti GAP. Tindakan berhemah mengelakkan konflik dengan negara lain.

Pemerdagangan Orang

- ancaman terhadap hak asasi manusia dan keselamatan negara.

- Perkembangan ekonomi, kemakmuran menarik warga asing. Kedudukan strategik Malaysia menjadikannya lokasi transit.

- memberi bantuan kepada mangsa. Undang-undang dikuatkuasa menerusi Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-kanak 1989 dan Protokol PBB untuk mencegah , menyekat dan menghukum pesalah.

- menubuhkan MAPO dan menguatkuasakan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran. Mewujudkan pelan Tindakan Kebangsaan ANtipemerdagangan Orang, menjalankan rundingan negara luar, penguatkusaan, pendakwaan, perlindungan.

Penyakit Berjangkit

- AIDS dikesan 1986 di Malaysia. Merebak disebabkan gaya hidup tidak sihat, penyalahgunaan dadah

- Kementerian Kesihatan mengawal dnegan pemeriksaan kesihatan berterusan, rawatan, menyebabkan penularan wabak terkawal.

- WHO memperaku pencapaian Malaysia sebagai negara Asia yang berjaya mengurangkan masalah penularan wabak daripada ibu kepada anak 2018.

- sejak 2011, mendukung hasrat PBB menjadikan dunia bebas AIDS melalui NSPEA. Menyambut Hari AIDS Sedunia 1 Disember.

10.2 PERANAN MALAYSIA DALAM HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

Meluaskan Pasaran Ekonomi

- AFTA menjadikan kawasan ASEAN tenpat produksi kompetitif bagi hasil keluaran negara ASEAN. Mengurangkan tarif dan cukai barangan.

Dominasi Ekonomi Negara Maju

- negar amaju mengenakan sekotan dan halangan bentuk tarif dan cukai menjejaskan perdagangan. Malaysia bersuara agar layanan saksam diberi dalam pelbagai forum antarabangsa: APEC

Kerjasama Pembangunan Ekonomi Segi Tiga

- pembangunan wilayah baharu yang dimajukan bersama-sama negara ASEAN

- mendapatkan keuntungan bersama jika negara jiran saling membantu memajukannya.

- Malaysia dapat mengurangkan monopoli pasaran barangan dalam ASEAN daripada negara maju. Mengurangkan kebergantungan pada pasaran kewangan antarabangsa dengan mewujudkan pelbagai badan seperti koperasi ASEAN, bank ASEAN, wang ASEAN, membendung campur tangan negara maju.

Menangani Kemelesetan Ekonomi

- kejatuhan nilai mata ringgit dan spekulasi wang, pelabur menarik pelaburan menjejaskan ekonomi

- didesak mencontohi langkah negara lain iaitu menggunakan pelan perancangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) namun negara kita enggan.

- Malaysia menambat kadar pertukaran RM ke USD pada kadar RM3.80 = USD 1. Berjaya memulihkan ekonomi

Mengantarabangsakan Sistem Kewangan Islam

- sistem kewangan berlandaskan syarat dan alternatif kepada sistem kewangan konvensional.

- membangunkannya yang progresif dan komprehensif sehingga menyumbang keberkesanan kewangan negara.

- menduduki kedudukan utama pelbagai indeks global termasuk pasaran sukuk terbesar dunia. Negara utama pelaburan dana Islam

- menubuhkan INCEIF untuk menyokong perkembangan kewangan Islam

10.3 PELIBATAN RAKYAT DALAM ISU KEMANUSIAAN DAN KEAMANAN

- Malaysia terlibat dalam aktiviti kesukarelawan bagi membantu golongan tidak bernasib baik, menaikkan nama negara di mata dunia.

Isu Palestin

- disuarakan oleh semua perdana menteri. Rejim Zionis Israel melakukan kekejaman, pengusiran dan pembunuhan penduduk Palestin. Perjuangan memastikan hak dan keadilan rakyat Palestin mendapat pembelaan.

- Aman Palestin: menyalurkan bantuan kebajikan dan sumbangan orang ramai

- MAPIM: menjalankan kerja sukarelawan dalam usaha membantu rakyat yang tertindas. Contoh: Hari Solidariti Rakyat Palestin

- CGM: aktiviti kutipan dan sumbangan kepada penduduk Gaza. Melancarkan Program Ramadan 2020 dengan tema “ Ramadan Bulan Berkongsi Kebahagiaan” mernagkumi bantuan perubatan, kebajikan belia, teknologi hijau, infrasturktur, pendidikan, pengajian al-Quran, seni dan budaya.

- Muslim Care Malaysia: menjalankan misi kemanusiaan

- mengadakan demonstrasi, menubuhkan Tabung Palestin, menghantar bantuan makanan dan perubatan menerusi program Freedom Flotilla oleh Free Gaza Movement.

- 12 sukarelawan dalam kapal Mavi Marmara ditawan Mei 2010. Dr. Fauziah Mohd Hasan serta program “Women’s Boat to Gaza” Ogos 2016, kapalnya Zaytouna-Oliva ditawan. Dr. Mohd Afandi Salleh terlibat menaiki kapal Al-Awdda ditawan dan dipenjara di Israel sebelum dibebaskan.

Isu Syria

- masalah kekurangan makanan, kemudahan perubatan. 1 Oktober 2015, kerajaan sedia menerima 3000 pelarian dalam tempoh 3 tahun secara sukarela atas dasar kemanusiaan.

MyCare

Kempen i4Syria menyalurkan bantuan kepada pelarian. Mengendalikan pendidikan, kesihatan, kebajian pelarian di Malaysia

CSM

Memberi bantuan kepada pelarian di Turki, Lubnan dan Malaysia. Menubuhkan “Sekolah KITA” program pendidikan percuma.

GPM

Menjalankan aktiviti kesukarelawan di 30 negara. Memberikan bantuan makanan, ubatan, peralatan.

Tsunami di Acheh dan Sri Lanka

MERCY Malaysia

Memberi bantuan perubatan serta membina semula pusat kesihatan komuniti di Acheh. Membangunkan infrastruktur di Sri Lanka termasuk sekolah dan jambatan bagi kemudahan penduduk

ABIM

Mendirikan sekolah dan rumah perlindungan kepada lebih kurang 120 orang anak yatim mansa tsunami di Banda Acheh

Yayasan Restu

Bentuan pendidikan percuma kepada warga Acheh. Membangunkan rumah anak yatim Babun Najah di Ulee Kareung, Acheh.

10.4 USAHA MENGEKALKAN KELESTARIAN GLOBAL

- mengekalkan serta memelihara keaslian alam sekitar bagi membolehkannya diwarisi

Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi

- Oktober 1989 bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel sebagai usaha menangani kesan rumah hijau, kerosakan dan penipisan lapisan ozon, pencemaran.

- Anugerah Langkawi kepada warganegara menyumbang besar dalam bidang alam sekitar

- Dasar Alam Sekitar 2002 sebagai asas pembangunan negara.

- Mnegisytiharkan Langkawi sebagai geopark bagi memastikan kelestariannya terjamin

- Dasar Tekonologi Hijau Negara 2009 menggalakkan penggunaan produk teknologi hijau bagi mengawal perubahan iklim

Menyertai Sidang Kemuncak Bumi

- dianjur oleh PBB di Rio de Janeiro, Brazil berkaitan isu pencemaran alam sekitar.

- mengeluarkan Agenda 21, dokumen umum pengurusan aktiviti manusia. Menyentuh pembangunan abad-21 mengatasi masalah kemiskinan, kebuluran dan kemerosotan alam sekitar

- Terlibat dalam Protokol Kyoto 1997 dan persidangan alam sekitar Bali 2007. Persetujuan sah dan persefahaman negara maju akan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau secara kolektif dan menggalakkan penggunaan tenaga baharu seperti tenaga solar.

- Hasrat Malaysia untuk menerapkan dan mengguna pakai segala saranan agenda dalam program pembangunan bagi memastikan alam sekitar tidak tejejas dan dapat diwariskan

Antartika sebagai Warisan Sejagat

- penerokaan didominasi sebahagian kecil negara. Pandangan diutarakan dalam Sidang Kemuncak NAM ke7, mendesak PBB menjadikannya warisan manusia sejagat. Mencadang PBB mentadbirnya agar segala bentuk hasil dikongsi bersama.

- Malaysia membentuk pasukan penyelidik ke Antartika: Dr. Haji Omar Abdul Rahman 1985.

- Giat penyelidikan 1999 terutama bidang perubahan iklim dan kajian gas rumah hijau.

- mewujudkan Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan di UM diterajui Dr. Azizan Abu Samah

- Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) di KL terlibat dalam penyelidikan saintifik

10.5 WAWASAN MALAYSIA MENUJU MASA HADAPAN

- Strategi jangka panjang sebagai panduan arah dasar dalam aspek pembangunan negara.

Komuniti ASEAN

- Ditubuhkan pada 2015 melalui Deklarasi Kuala Lumpur

- satu langkah menyeluruh, strategik, bersifat memandang ke hadapan, mencerminkan aspirasi ASEAN

- Wawasan berfokus pada ekonomi (Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

), sosiobudaya (Integrasi negara anggota dipertingkatkan), keselamatan (menjamin keselamatan, menyelesaikan konflik secara damai)

Keselamatan Makanan

- UNC 1996: keselamatan makanan merujuk setiap orang setiap masa mempunyai akses sumber makanan mencukupi, selamat dan berkhasiat memenuhi keperluan makanan.

- Isu: kenaikan harga, bekalan terhad kerana masalah pengeluaran, bencana atau pencemaran makanan.

- Bekerjasama negara ASEAN menubuhkan Rizab Sekuriti Makanan ASEAN. Mendapatkan maklumat dasar sekuriti makanan negara ASEAN, membentuk Simpanan Beras Kecemasan ASEAN digunakan waktu kecemasan dan kedar 50000 tan sebagai stok.

Alam Sekitar

- Jerebu: pencemaran udara menjejaskan jarak penglihatan dan kesihatan. Disebabkan pembakaran terbuka tidak terkawal.

- Perjanjian ASEAN berkaitan Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan. Perjanjian serantau pertama di dunia. Negara anggota mengambil langkah dari aspek undang-undang, pentadbiran, langkah lain yang wajar bagi memastikan krisis jerebu tidak berlaku dengan prinsip “ASEAN Tanpa Jerebu 2020”

- Malaysia dan Singapuran bersetuju bekerjasama melaksanakan R&D bidang pencegahan pembakaran tanah gambut bagi mencari penyelesaian jerebu.

Zon Bebas Nuklear

- SEANWFFZ, Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara 1995, negara tidak mengembangkan, mengeluarkan, memperoleh, memiliki, mengawal senjata nuklear

- Kedudukan Asia Tenggara strategik menyebabkannya terbabit dalam kancah persaingan China dan A.S. Malaysia berasakan laluan Selat Melaka dan Laut China Selatan perlu bebas senjata nuklear. Tidak membenarkan kapal yang membawa senjata nuklear berlabuh atau mengadakan latihan di perairan negara kerana membawa konflik.

Kerelevanan Organisasi Antarabangsa

- PBB dan OIC tidak mampu berfungsi baik dalam menjayakan matlamat terutama menjaga hak dan kedudukan negara kecil sedang membangun

- Berpandangan penggunaan kuasa veto hanya sah jika 2 buah negara yang berkuasa bersama 3 anggota yg tidak berkuasa veto bersetuju menggunakannya demi mengurangkan penyalahgunaan kuasa veto. Negara berkuasa veto tidak boleh meletakkan diri terkecuali daripada undang-undang antarabangsa.

Hak Asasi Manusia, Pelarian dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

- Kemakmuran, keamanan, pertumbuhan ekonomi pesar menarik kemasukan PATI, Pelarian.

- membawa implikasi sosial, ekonomi, jenayah, politik, hubungan diplomatik, mengancam ketenteraman dan keselamatan negara. Membendung kemasukan melalui mekanisme pengurusan warga asing.

- terlibat dalam UNHCR. Dilantik sebagai ahli suruhanjaya 1993-1995. SUHAKAM ditubuh 1999.

No comments:

Post a Comment