BAB 4: SISTEM PERSEKUTUAN
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=q1AQneB4HUU
4.1 LATAR BELAKANG SISTEM PERSEKUTUAN DI NEGARA KITA
Pembentukan Sistem Persekutuan di Malaysia
Persekutuan 1896 |
Perjanjian Persekutuan
1895 menggabungkan 4 negeri berkuat kuasa pada 1896 (NNMB). Tada agihan
kuasa, fungsi khusus. Keputusan pentadbiran oleh Residen Jeneral di KL. |
Majlis Mesyuarat
Persekutuan 1927 |
Memperkemas tadbir urus
Persekutuan dan mengukuhkan kedudukan British |
Kesatuan Malaya 1946
(Malayan Union) |
Menyatukan negeri
Melayu, P.Pinang, Melaka membentuk MU. Membayangkan kerajaan pusat kuat bawah
Gabenor British. Dilaksanakan dalam tempoh terhad dan gagal kerana dibantah. |
PTM 1948 |
Gabungan 9 negeri
Melayu, 2 NNS . Menetapkan kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri.
Pesuruhjaya Tinggi British ketua Persekutuan. |
PTM 1957 |
31 Ogos 1957, merdeka.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sebagai Ketua Persekutuan. Sistem
Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen diperuntuk. |
Persekutuan Malaysia
1963 |
16 September 1963,
Perjanjian Malaysia melahirkan Persekutuan 11 negeri TM. Singapura, Sarawak,
Sabah. |
4.2 KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI
Pembahagian Kuasa
-
melicinkan perjalanan sistem Persekutuan, mengelakkan permasalahan antara
kedua-dua peringkat kerajaan.
-
Peruntukan kuasa lebih besar kepada Kerajaan Persekutuan menjamin kestabilan
dan kemajuan.
Kerajaan Persekutuan |
Parlimen membuat
undang. - Senarai
Persekutuan: hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri,
pentadbiran keadilan, kewarganegaraan, kewangan, perhubungan dna
pengangkutan, pelajaran, perubatan dan kesihatan. |
Kerajaan Negeri |
DUN menggubal
undang-undang. - Senarai Negeri:
undang-undang Islam, tanah, pertanian dna perhutanan, kerajaan tempata, hari
kelepasan negeri. - Senarai Bersama: parlimen dan DUM menggubal undang untuk
perkara yang sama. Kebajikan awam, biasiswa, perlindungan haiwan liar dan
taman negara, perancangan bandar dan luar bandar, kesihatan awam, kebersihan
dan pencegahan penyakit, kebudayaan dan sukan, perumahan. - Tambahan Senarai
Negeri Saraawak Sabah: undang-undang dan adat anak negeri, mahkamah anak
Negeri, kereta api Sabah. - Tambahan Senarai
Bersama Sarawak Sabah: undang-undang diri berhubung undang-undnag
keluarga, penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak,
pencegahan penyakit tumbuhan, pilihan raya Dewan Negeri. |
Kerajaan Tempatan |
Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT): Majlis Bandaraya, Majlis perbandaran, Majlis Daerah. Menyediakan
perkhidmatan pembersihan, mengeluarkan lesen dan kawalan penaja, membangunkan
perumahan awam dan sebagainya. |
4.3 KERJASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI
Kerjasama Pembangunan Sosioekonomi |
Pembangunan Tanah |
- pembangunan In-Situ
(pembangunan fizikal desa) - FELDA 1956 mengurus
bantuan kewangan melaksanakan rancangan pembangunan tanah - FELCRA 1966
menyatukan, memulihkan, membangunkan tanah terbiar. |
Pembangunan Wilayah |
Membuka kawasan lebih luas
di beberapa buah negeri. Agensi pembangunan: KEDA, KESEDAR, PERDA, KETENGAH,
KEJORA, DARA, LKTS, SALCRA, SLDB. |
|
Pembangunan koridor
wilayah |
Perancangan strategik
jangka panjang bertumpu kepada pembangunan negri dan wilayah kurang pesat
untuk mewujudkan keseimbangan pembangunan. |
|
Kerjasama Pemuliharaan Khazanah Negara |
Pengurusan Taman Negara |
Akta Perlindungan
Hidupan Liar 1972. 2010, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010(Akta 716).
Jabatan Mergastua Negeri Semenanjung kemudian dinamakan PERHILITAN. Di Sarawak,
Perbadanan Perhutanan Sarawak. Di Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah. |
Pengurusan Taman Laut |
42 pulau perairan
Kedah, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Labuan diwartakan taman laut sejak
1994. Penyelarasan pentadbiran melalui Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan
Taman Laut dan Rizab Laut. Jabatan Taman Laut Malaysia 2007 bertanggungjawab
dalam pengurusan taman laut. 2018, Jabatan Perikanan Malaysia mengambil alih
pengurusan. Kawasan perlindungan marin Sabah bawah Taman-taman Sabah. |
|
Kerjasama Penyediaan Perumahan Rakyat |
Perumahan Awal
Kemerdekaan |
Kementerian Tempatan
dan Perumahan 1964 menggiatkan usaha menyediakan perumahan kos rendah.
Kerajaan negeri menyediakan tanah yang dijual pada harga rendah. |
Perumahan untuk
Mengatasi Masalah Kemiskinan |
Program Perumahan
Rakyat (PPR) 1997 membina perumahan awam. Kerajaan Negeri menubuhkan agensi
pembangunan negeri seperti PKNS, memperkenalkan perumahan Awam Kos Rendah
(PAKR). |
|
Perumahan Mampu Milik |
2014, Majlis Perumahan
Negeri ditubuhkan. PR1MA dan Rumah Mesra Rakyat, Rumah Selangorku, Rumah
Mampu Milik Johor. |
|
Kerjasama Menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara |
Pemerintahan
Keselamatan Daerah Rajang di Sarawak |
RASCOM diisytiharkan
oleh Tun Abdul Razak Hussein 26 Mac 1972 mengatasi ancaman komunis. Ketua
menteri Sarawak menjadi Pengarah Operasi Negeri RASCOM menyelaraskan fungsi
dan aktiviti pasukan keselamatan |
Kaawasan Keselamatan
Khas Pantai Timur Sabah |
ESSCOM ditubuhkan
ekoran pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad
Datu, Sabah 12 Feb 2013 untuk meningkatkan keselamatan Timur Sabah daripada
ancaman. Mengawasi 10 daerah Pantai Timur Sabah (ESSZONE) |
Keluhuran Perlembagaan Mengukuhkan Persekutuan
Parlimen
dan DUN tidak boleh menggubal undang yang bercanggah antara satu sama lain.
Jika berlaku, undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri
berdasarkan rujukan Perlembagaan Persekutuan.
Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
-
Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri: dipengerusikan oleh PM
dihadiri Menteri Besar membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan
oleh kerajaan.
-
Majlis yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan: Majlis Kewangan
Negara (mentadbir hal ehwal kewangan), Majlis Tanah Negara (membentuk dasar dan
mengawal penggunaan tanah), Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (perundingan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk membangunkan Kerajaan Tempatan)
-
Majlis yang Ditubuhkan oleh Kerajaan: Majlis Keselamatan Negara, Majis
Air Negara, Majlis Perumahan Negara.
No comments:
Post a Comment