Saturday, 4 September 2021

Nota Ringkas dan Padat Ekonomi Tingkatan 4 Bab 4: Pengeluaran

 BAB 4: PENGELUARAN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=gcuaVjfgAT0

4.1 KONSEP PENGELUARAN, KOS DAN HASIL

Firma

Maksud

Unit ekonomi yang produktif sama ada organisasi atau unit pengeluaran yang merancang , menggabungkan factor pengeluaran yang terhad bagi menghasilkan barang, perkhidmatan.

Peranan

- pembekal barang dan perkhidmatan

- pengguna factor pengeluaran

Objektif

Memaksimumkan keuntungan/ jualan

Saiz

Kecil (milikan tunggal

Besar (syarikat berhad)

Jenis

Swasta (Syarikat AirAsia Berhad, Public Bank Berhad)

Awam (KWSP, Permodalan Nasional Berhad PNB)

 

Pengeluaran

- proses menggabungkan factor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

- proses mengubah input kepada output bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Input

- factor yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Input Tetap

Input Berubah

Kuantiti tetap pada sebarang peringkat

Kuantiti berubah mengikut tingkat output

Tingkat output meningkat/menurun, input tetap kuantitinya masih tetap.

Tingkat output tambah, kuantiti input berubah akan bertambah

Tingkat output sifar, masih terdapat input tetap

Tingkat output sifar, tiada input berubah

Hanya berlaku dalam jangka masa pendek

Berlaku dalam jangka masa penjang, pendek

Contoh: mesin, bangunan, tanah

Contoh: bahan mentah, buruh

 

Output

- barang atau perkhidmatan yang dihasilkan dalam proses pengeluaran. Juga dikenali keluaran. Terdiri daripada barang perantaraan dan barang akhir.

- Barang perantaraan: digunakan untuk proses seterusnya. Contoh: tepung dihasilkan untuk membuat biskut.

- Barang akhir: barang yang siap dan boleh digunakan terus oleh pengguna untuk mencapai kepuasannya. Contoh: Biskut.

Jangka Masa Pengeluaran

- keupayaan firma mengubah kuantiti input tetap dalam proses pengeluaran.

- Jangka masa pendek: sekurang-kurangnya 1 input tetap. Firma tidak dapat menyesuaikan tingkat pengeluaran. Output hanya diubah dengan mengubah kuantiti input berubah.

- Jangka masa Panjang: semua input digunakan dalam proses pengeluaran adalah input berubah. Firma berupaya mengubah tingkat output dengan mengubah semua inpu termasuk loji, mesin dan bangunan. Firma dapat menambah modal, meningkatkan skala pengeluaran, tingkat tekonologi bagi meningkatkan produktiviti.

Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek

- hubungan antara input berubah dengan output pada satu tingkat input tetap.

- Fungsi pengeluaran jangka pendek ditulis sebagai Q= f( K, L) dengan Q= Output, K= input tetap, L= input berubah.

- Jumlah Keluaran (TP)= Keluaran purata (AP) x Input Berubah (L) : jumlah output yang dapat dihasilkan oleh sejumlah input yang dimiliki oleh firma. Apabila input berubah meningkat, jumlah keluaran akan meningkat sehingga mencapai nilai maksimumnya dan kemudian menurun.

- Keluaran Purata (AP) = Jumlah Keluaran (TP)/ Input Berubah (L): jumlah kuantiti keluaran yang dapat dihasilkan oleh seunit input berubah. Apabila input berubah bertambah, keluaran purata meningkat sehingga mencapai nilai maksimumnya, kemudian menurun

- Keluaran Marginal (MP)= Perubahan dalam jumlah keluaran/ Perubahan dalam jumlah input berubah: perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan penggunaan satu unit input berubah. Apabila input berubah bertambah, keluaran marginal meningkat ke nilai mekasimum, kemudian menurun dan boleh mencapai nilai negative.

Kos Pengeluaran

 - segala perbelanjaan terhadap input yang digunakan dalam proses pengeluaran.

- Dalam jangka pendek, wujud kos tetap dan kos berubah. Dalam jangka Panjang, hanya wujud kos berubah.

- Kos Tetap (FC)= Harga input tetap x Kuantiti input tetap: tidak berubah pada setiap tingkat output. Pada tingkat sifar, wujud kos tetap dan jumlah kos sama dengan kos tetap.

- Kos Berubah (VC)= Harga input berubah x Kuantiti input berubah: berubah pada setiap tingkat output. Tidak wujud apabila output sifar.

- Kos Berubah Purata (AVC)= Kos Berubah (VC)/ Jumlah Keluaran (TP): kos berubah seunit output. Kos berubah purata pada mulanya menurun kemudian meningkat dengan pertambahan jumlah output. Hal ini kerana semakin banyak input berubah digunakan, tambahan jumlah yang dihasilkan semakin berkurang. Apabila terlalu banyak input berubah yang ditambahkan, pertambahan jumlah keluaran semakin menurun. Maka jumlah yang input berubah yang dibelanjakan bagi setiap unit output semakin bertambah.

- Jumlah Kos (TC)= Jumlah Kos Tetap(TFC) + Jumlah Kos Berubah (TVC): semua kos yang terlibat dalam pengeluaran. Semakin tinggi tingkat output pengeluaran, semakin tinggi jumlah kos.

- Kos Purata (AC)= Jumlah Kos (TC)/ Jumlah Output (TP): kos seunit output. Kos purata menurun pada permulaan sehingga mencapai nilai minimum dan kemudian meningkat.

- Kos Marginal (MC)= Perubahan dalam jumlah kos/ Perubahan dalam jumlah output: perubahan dalam jumlah kos kesan daripada perubahan dalam seunit output. Dalam jangka pendek, perubahan jumlah kos sama dengan perubahan dalam kos berubah kerana kos tetap tidak berubah.

Hubungan antara Perubahan output dengan Jumlah Kos, Kos Marginal dan Kos Berubah Purata

Jumlah Output Meningkat

Jumlah Kos meningkat

Kos Purata menurun ke nilai minimum dan kemudian meningkat

Kos marginal menurun mencapai nilai minimum dan kemudian meningkat.

Kos Purata dan kos marginal

Apabila kos purata menurun, kos marginal menurun tetapi lebih rendah daripada kos purata. Apabila kos purata meningkat, kos marginal meningkat tetapi lebih tinggi daripada kos purata. Apabila kos purata mencapai nilai minimum, ia akan sama dengan kos marginal.

Output meningkat

Kos berubah purata menurun ke nilai minimum dan kemudian meningkat

 

Konsep Hasil dan Untung

- Jumlah Hasil = Harga (P) x Kuantiti Jualan (Q): jumlah nilai penerimaan yang diperoleh firma daripada jualan keluarannya. Firma menambahkan jumlah hasil dengan meningkatkan harga barang atau menambahkan kuantiti jualan keluarannya.

- Untung= Jumlah Hasil- Jumlah Kos: perbezaan antara jumlah hasil dan jumlah kos. Dua jenis kos.

- Kos Implisit: kos yang sepatutunya dibayar kepada factor pengeluaran tetapi tidak diambil kira dalam kos pengeluaran. Contoh: bayaran gaji kepada pemilik sendiri, faedah atas sumber modal sendiri.

- Kos eksplisit: kos yang dibayar dengan nyata oleh firma terhadap penggunaan input dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. Contoh: upah buruh, kos bahan mentah.

Tahap Pengeluaran Paling Cekap

- Hukum Pulangan Berkurangan: apabila suatu input berubah ditambahkan secara berterusan, jumlah keluaran semakin bertambah, tetapi tambahannya adalah semakin berkurangan bagi setiap unit tambahan input berubah.

Tahap 1

Jumlah keluaran bertambah dengan cepat. Pulangan marginal bertambah

Bermula dari 0 sehingga MP=AP dan AP maksimum. Input berubah yang digunakan secara relative lebih kecil daripada input tetap, berlaku pembaziran input tetap.Pengeluar harus terus mengeluarkan output kerana penambahan input berubah meningkatkan output.

Tahap 2

Jumlah keluaran bertambah dengan perlahan. Pulangan marginal berkurang

Bermula dari MP=AP sehingga MP=0. AP dan MP menurun dengan AP>MP. Gabungan input berubah dan input tetap adalah paling cekap.

Tahap 3

Jumlah keluaran merosot. Pulangan marginal negatif

Bermula dari MP=0 hingga TP maksimum. Pengeluar hatus berhenti mengeluarkan barangan kerana penambahan input berubah akan menyebabkan keluaran menurun, berlaku pembaziran input berubah. Tahap ini, berlaku ketidakcekapan dan kerugian.

 

4.2 PRODUKTIVITI DAN EKSTERNALITI

Produktiviti

- keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input yang diberikan

- mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan input

- menjelaskan perhubungan antara output yang dihasilkan dengan input yang digunakan

- Produktiviti = Output/ Input

- Kepentingan: meningkatkan output, meningkatkan keuntungan atau daya saing firma, meningkatkan upah pekerja, meningkatkan pendapatan negara, meningkatkan taraf hidup rakyat

Faktor yang mempengaruhi Produktiviti

- kemahiran dan tahap motivasi tenaga manusia.

- Kecekapan dan keberkesanan system dan prosedur.

- Struktur organisasi yang sesuai.

- Pemimpin yang berwibawa dan memotivasikan

- Persekitaran kerja yang selesa (susun atur dan kemudahan)

- Kualiti dan bekalan bahan mentah, pengurusan inventori yang sistematik

- Penggunaan teknologi yang canggih

- Kelengkapan modal sentiasa berfungsi baik.

Eksternaliti

- kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran dan penggunaan barang atau perkhidmatan.

- kesan pada pihak ketiga iaitu selain pengguna dan pengeluar. Tidak dimasukkan dalam harga pasaran.

Kos Sosial

- Kos Sosial= Kos Peribadi + Kos Luaran

- Kos Peribadi: kos nyata sesebuah firma, individu atau kerajaan seperti minyak petrol, insurans.

- Kos Luaran: kesan sampingan negative ditanggung oleh pihak ketiga tanpa pampasan. Contoh: pencemaran alam sekitar, pembebasan asap rokok.

Faedah Sosial

- Faedah Sosial= Faedah Peribadi + Faedah Luaran

- Faedah peribadi: faedah begai seseorang. Contoh, menunggang basikal mempunyai faedah kesihatan

- Faedah Luaran: faedah terhadap pihak luaran. Contoh, berbasikal mengelakkan kesesakan jalan raya.

 

 Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 1:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

 

Saturday, 28 August 2021

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 4 Bab 8: Pilihan Raya

 BAB 8: PILIHAN RAYA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=kEN5lfsnbsk

8.1 PERKEMBANGAN PILIHAN RAYA DI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

- Pilihan raya merupakan asas berkerajaan sendiri dan memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan.

Pilihan raya di PTM

Diadakan selaras dengan peruntukan dalam perjanjian PTM 1948.

Jawatankuasa Pilihan Raya

Diwujudkan bagi Majlis Mesyuarat Perundangan bagi mengkaji dan membuat cadangan tentang pilihan raya.

Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan

Pada 1950 memberikan kuasa kepada majlis tempatan untuk mengadakan pilihan raya.

Pilihan Raya Majlis Perbandaran yang Pertama di Geoge Town, Pulau Pinang 1951

Untuk memilih 9 ahli Pesuruhjaya Perbandaran George Town. Sebelum pilihan raya, ahli dalam Majlis Perbandaran dilantik oleh Gabenor Negeri-negeri Selat. Hari pendaftaran pemilij diadakan selama 6 minggu mulai 17 Mei hingga 30 Jun 1951. 14514 orang pengundi mendaftar.

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur Februari 1952

Merebut 12 kerusi Majlis Perbandaran Kuala Lumpurbagi kawasan Sentul, Bangsar, Imbi dan Petaling Jaya. UMNO bahagian KL dan MCA bahagian Selangor bergabung menjadi Perikatan. Pilihan raja majlis perbandaran diadakan pada peringkat bandar lain, UMNO-MCA mendapat kemenangan kerusi yang dipertandingkan.

Pilihan Raya peringkat Negeri 1954

UMNO-MCA memenangi 226 keruusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Hal ini menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap kerjasama kaum dalam politik negara.

8.2 PROSES PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA

- Pilihan Raya Umum Pertama perlu diadakan bagi merintis jalan ke arah kemerdekaan. Pilihan raya memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Pengisytiharan oleh Sir Donald MacGilivray.

Rundingan sebelum pilihan raya umum

- 1 Feb 1954, Jawatankuasa Pilihan Raya dibentuk dengan 46 ahli untuk mengkaji hal ehwal pilihan raya.

- Dua bentuk penyata susunan MPP dinamakan bentuk A dan bentuk B.

BENTUK A

BENTUK B

Seorang Speaker

Tiga orang ahli yang dilantik

Sebelas orang wakil negeri

20 orang dilantik mewakili kepentingan tertentu

3 orang dilantik mewakili golongan minoriti

2 orang ahli rasmi (Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi)

60 orang melalui pilihan raya

44 orang melalui pilihan raya. 8 orang tambahan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi

Pilihan raya perlu dilakukan tidak lewat dari November 1954

Tiada tetapan tarikh atau masa tertentu untuk pilihan raya.

 

- Tunku Abdul Rahman berangkat ke London bersama Tan Cheng Lock, T.H.Tan dan Dato’ Abdul Razak Hussein pada 21 April 1954 bagi menyatakan hasrat menentukan tiga perlima bilangan anggota MPP dipilih melalui pilihan raya. Dengan pertolongan Lord Ogmore, Tunku Abdul Rahman berjaya bertemu dengan ahli parlimen Parti Buruh British, Parti Konservatif dan Parti Liberal. Tunku Abdul Rahman membuat kenyataan tentang hasrat mereka melalui akhbar kepada rakyat dan ahli parlimen.

- 14 Mei 1954, Tunku Abdul Rahman berjaya berunding dengan Oliver Lyttelton, Setiausaha Tanah Jajahan British di London. Rundingan tersebut gagal, tetapi disambut meriah oleh penduduk.

- Akhirnya, bilangan ahli MPP yang dipersetujui oleh British dan Parti Perikatan untuk dipilih melalui pilihan raya ialah 52 orang.

Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

26 April 1954

Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan dan berjaya membentuk 52 kawasan pilihan raya

Ogos 1954

Rang undang-undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan

29 Oktober 1954

Pendaftaran pengundi mulai 18 Oktober 1954 di selutuh Tanah Melayu, manakala di Terengganu bermula 29 Oktober 1954.

Syarat Menjadi Pengundi: Warganegara PTM, Umur 21 ke atas, Tinggal di PTM dalam 6 bulan terdahulu.

15 Jun 1955

Penamaan calon. Syarat menjadi calon: warganegara PTM, Umur 21 ke atas, Tinggal di Ptm dalam 12 bulan sebelum hari penamaan. Berpengetahuan dalam BI dan BM.

16 Jun- 26 Julai 1955

Kempen pilihan raya

27 Julai 1955

Mengundi

Selepas 27 Julai 1955

Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi dan dikira.

Pengumuman keputusan.

 

Pilihan Raya Awal di Sarawak

- Pilihan raya tempatan pertama pada 1956 bagi Kuching Municipal Council (KMC). Kuching dibahagikan kepada 9 kawasan(ward). William Tan sebagai pengerusi pertama dan Ong Kee Hui timbalan.

- Pilihan raya Sibu Urban District Council (SUDC) pada 1957, Sibu dibahagikan kepada 9 kawasan. Ting Chew Huat sebagai pengerusi dan John Loo Ling Chong timbalan.

Pilihan Raya Awal di Sabah

- Pilihan raya kerajaan tempatan pertama pada 16 Disember 1962 bawah Local Government Elevtions Ordinance untuk 118 kawasan (ward). Setiausaha Kolonial selaku Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankannya. 202 calon bertanding bagi 118 kawasan. 53 kawasan menang tanpa bertanding.

8.3 PENUBUHAN MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN

- Setelah menang dalam Pilihan Raya PTM 1955, parti Perikatan membentuk Kerajaan Persekutuan.

- Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri PTM yang pertama.

- MPP yang mengubal undang-undang pentadbiran pada peringkat PTM mengalami perubahan bilangan keanggotaannya.

Majlis Perundangan Persekutuan 1948

Majlis Perundangan Persekutuan 1955

52 orang

Ahli tidak rasmi dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu

52 orang

Ahli dipilih melalui pilihan raya

3 orang ex officio

Ketua Setiausaha Kerajaan, Setiausaha Kerajaan, Penguam Besar Persekutuan

35 orang

Ahli lantikan mewakili kumpulan berkepentingan

9 residen

Residen British dari 9 Majlis Negeri

11 orang

Menteri Besar mewakili negeri

2 orang

Wakil Negeri-negeri Selat, iaitu P.Pinang dan Melaka

2 orang

Wakil Negeri-negeri Selat, iaitu P.Pinang dan Melaka

11 orang

Ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan

 

Jumlah 77 orang

Jumlah 100 orang

 

Kesan Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

- Kerajaan diketuai Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri mengambil alih tugas Pesuruhjaya Tinggi British.

- Proses pertukaran dan pembaharuan secara berperingkat dan mengambil masa. Pesuruhjaya Tinggi British masih memegang tampuk kepimpinan peringkat atasan yang menentukan hala tuju negara

- Kuasa pegawai British dipindahkan kepada rakyat tempatan. Namun, masih ada pegawai British sebagai penyelia atau penasihat bidang keselamatan. Sistem Ahli dimansuhkan.

- Keanggotaan MPP menyaksikan perkembangan penting amalan pentadbiran demokrasi di negara kita. Keadaan ini menggambarkan kejayaan Kerajaan Persekutuan yang dibentuk dan dipimpin oleh rakyat tempatan, manakala ahlinya dipilih oleh rakyat.

8.4 PERANAN KABINET PERTAMA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

- Kabinet pertama PTM dibentuk selepas Pilihan Raya Umum1955.

- Ketua Menteri: Tunku Abdul Rahman, berkuasa menubuhkan kabinetnya sendiri

- 10 orang Menteri dan 3 pegawai British dalam Setiausaha Kewangan, Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi dan Setiausaha Pertahanan.

-Selepas mendapat perkenan Raja-raja Melayu, Jemaah Menteri diumumkan rasmi oleh Sir Donold MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi British pada 4 Ogos 1955 di King’s House, KL.

NAMA

JAWATAN

Tunku Abdul Rahman

Ketua Menteri

Dato’ Abdul Razak Hussein

Meneteri Pelajaran

Dato’ Sulaiman Dato’ Abdul Rahman

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancang Bandar

Dr. Ismail Abdul Rahman

Menteri Tanah dan Galian

H.S. Lee

Menteri Pengangkutan

Sardon Jubir

Menteri Kerja Raya

V.T. Sambanthan

Menteri Buruh

Leong Yew Koh

Menteri Kesihatan

Ong Yoke Lin

Menteri Pos dan Telefon

Abdul Aziz Ishak

Menteri Pertanian

 

Peranan Kabinet Pertama

- Membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam.

- menyambung sistem yang diguna pakai dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan berasaskan Model Westminster (sistem pemerintahan demokrasi megikut British)

- Mengurangkan kuasa pentadbiran British

- Meminta Kuasa Veto (kuasa penuh kepada pihak tertentu sahaja, kuasa pembatal) Pesuruhjaya Tinggi British

- Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan

- Ketua Menteri: menunaikan mandat daripada rakyat untuk mencapai kemersdekaan

- Menteri Pelajaran: membina bangsa bersatu melalui sistem pendidikan

- Menteri Buruh:  menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan, mengurangkan pengawai Eropah dalam Malayan Civil Service secara berperingkat.

- Menteri Kesihatan: meningkatkan mutu perkhidmatan perubahan dan kesihatan secepat mungkin.

Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa

Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan

Nota Bab 8: Pilihan Raya

Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: