Monday, 30 November 2020

Nota Ringkas dan Padat Geografi Tingkatan 3 Bab 1: Jadual dan Graf

BAB 1: JADUAL DAN GRAF

Youtube video: https://www.youtube.com/watch?v=p7EoE71Yh48

Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual

·   Mempunyai tajuk, data dan maklumat

·   Menghasilkan graf mengikut kesesuaian, melihat perubahan dan pertalian antara dua set maklumat, lebih tersusun dan menarik

·   Kaedah pengumpulan maklumat: pemerhatian( paling mudah, cepat), temu bual(lisan, berita, pendapat), Banci(jumlah penduduk), soal selidik, rujukan perpustakaan(buku, majalah, risalah, keratan akhbar, laman web)

Graf bar mudah

·   Paksi menegak, paksi mendatar, tajuk petunjuk, bar

·   Mempersembahkan data dikira, menunjukkan perbezaan

Graf garisan mudah

·   Garisan sambungan antara titik-titik plot. Garisan curam menunjukkan perubahan besar, garisan landai menunjukkan perubahan kecil

·   Menunjukkan perubahan jumlah/nilai berterusan, contoh: min suhu, penduduk, pengeluaran

Graf gabungan

·   Bar mudah dan garisan

·   Menunjukkan perubahan dan perbezaan dua perkara yang saling berkaitan. Contoh: suhu, hujan, jumlah pengeluaran

Tafsiran Graf

Perihal tajuk graf dahulu. Perihal kekerapan tertinggi, kedua tertinggi, terendah berserta bilangannya(isi tersurat). Perihal sebab dan kesimpulan(isi tersirat).

Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3:

Nota Bab 1: Jadual dan Graf

Nota Bab 2: Carta Pai

Nota Bab 3: Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Hidupan

Nota Bab 4: Tumbuhan-Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

Nota Bab 5: Hidupan Liar di Malaysia

Nota Bab 6: Sumber Semula Jadi di Malaysia

Nota Bab 7: Kegiatan Ekonomi di Malaysia

Nota Bab 8: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia

Nota Bab 9: Sumber Semula Jadi dan Kerjasama Ekonomi di Dunia

Nota Bab 10: Sumber Hutan

Nota Bab 11: Kitar Semula

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

Tuesday, 24 November 2020

Contoh Karangan Sekolah Menengah: Kebaikan Kegiatan Kokurikulum Kepada Pelajar

 Kebaikan Kegiatan Kokurikulum Kepada Pelajar

        Pada masa kini, setiap sekolah di negara kita mengadakan aktiviti kokurikulum . Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum murid dinilai berdasarkan kehadiran aktiviti kelab dan persatuan, unit badan beruniform serta sukan dan permainan. Semua murid wajib menyertai kegiatan-kegiatan tersebut supaya mendapat markah PAJSK yang sangat berguna ketika melanjutkan pelajaran di universiti. Namun, ramai pelajar tidak memberikan komitmen yang tinggi dalam aktiviti ini, disebabkan mereka tidak mengetahui kebaikan kegiatan kokurikulum kepada diri mereka.

        Antara kebaikan kegiatan kokurikulum kepada pelajar adalah dapat menambahkan ilmu pengetahuannya. Misalnya, seseorang murid akan memahami subjek tertuntu dengan lebih mendalam melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti persatuan subjek tersebut. Murid-murid juga dapat berlatih diri dan memantapkan kemahiran dlam bidang tertentu melalui aktiviti kokurikulum. Mereka yang berlatih giat dan berkemampuan akan berpeluang untuk mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan pelbagai peringkat. Jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum menambahkan ilmu dan pengalaman serta pencapaian seseorang pelajar.

        Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat membantu pelajar mengisi masa lapang dengan bermanfaat. Pelajar tidak akan membazirkan masa melakukan perkara-perkara yang tidak sihat seperti melepak, berjudi, merokok, bermain telefon pintar dan sebagainya. Pelajar yang meluangkan masa lapang menghadiri kegiatan kokurikulum dapat memanfaatkan masa melalui aktiviti-aktiviti berfaedah. Bak kata pepatah, "masa itu emas' .Justeru itu, murid-murid harus menghargai masa dan menjalankan aktivi berfaedah.

        Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat mengajar kemahiran berguna bagi seseorang pelajar. Antaranya adalah dari aspek perancangan dalam menjayakan sesuatu projek. Pelajar juga akan didedahkan dengan ciri kepimpinan serta dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan. Aspek kerjasama turut ditekankan dalm kegiatan kokurikulum yang dapat membentuk semangat berpasukan bagi menjadi teras kejayaan sesebuah organisasi, bak kata peribahasa, "bersatu teguh, bercerai roboh".

        Di samping itu, pelajar akan memiliki badan yang sihat dan otak yang cerdas jika menghadiri kegiatan sekan. Sebagai contoh, apabila seorang pelajar menghadiri aktiviti sukan, pelajar dapat mengeluarkan peluh. Peluh merupakan toksik badan yang boleh memudaratkan kesihatan pelajar. Pelajar juga akan menjadi lebih aktif dan tidak akan mengalami masalah obesiti. Pengaliran darah juga akan menjadi lancar dan dapat mengelakkan masalah jantung. Tegaslah bahawa penglibatan dalam kegiatan kokurikulum amat penting bagi menjamin kesihatan badan kita.

        Akhir sekali, kegiatan kokurikulum dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Aktiviti-aktiviti berkumpulan sering dijalankan pada waktu kegiatan kokurikulum dan hal ini dapat mengeratkan hubungan antara para pelajar. Para pelajar akan bergaul mesra dan berbincang untuk menyelesaikan tugasan diberi. Pelajar juga dapat menambahkan kenalan ketika aktiviti ini dijalankan. Pelajar akan berkenalan dengan pelajar lain yang tidak seusia dengannya. Maka, sudah terang lagi bersuluh, kegiatan kokurikulum amat efektif dalam menjalinkan hubungan dan kegiatan komunikasi dalam kehidupan harian pelajar.

    Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum banyak maanfaatnya. Oleh itu, para pelajar haruslah menghadiri kegiatan kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah. Usaha tangga kejayaan, hanya insan yang berusaha akan mencapai kejayaan yang diingini.

Tuesday, 17 November 2020

Contoh Karangan Kesan-Kesan buli dalam kalangan murid sekolah

    'Buli' ialah perbuatan yang boleh mendatangkan trauma kepada manusia.Pemangsa buli biasanya mempunyai perwatakan negatif dan berasal daripada keluarga pincang.Gejela buli amat ketara di premis sekolah rendah dan menengah. Pembuli biasanya akan melakukan buli fizikal atau buli mental atas mangsanya . Persoalannya ,Apakah kesan kesan buli dalam kalangan murid sekolah?

    Satu kesan buli yang ketara ialah mangsa buli akan berasa tertekan dan malu.Hal ini kenara emosinya telah tercalar akibat perbuatan buli oleh pemangsa.Justeru,mangsa buli akan berasa takut bersemuka dengan pembuli mangsa buli mungkin akan tercicir daripada alam persekolahan.

    Mangsa buli juga tidak akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.Gejala ini berlaku akibat keyakinan dirinya telah diganggu oleh pemangsa buli .Oleh sebab itu,mangsa buli akan berasa rendah diri.Akibat ketiadaan keyakinandiri,mangsa buli akan mengalami kemurungan dan suka menyendiri.Senario ini adalah mengheret mangsa buli menyertai kongsi gelap untuk melindungi dirinya daripada kaki buli.

    Seperkara lagi ,mangsa buli akan kerap tidak hadir ke sekolah.Justeru,ia akan kehilangan minat untuk belajar.Lebih parah lagi , prestasi pelajaran mangsa buli akan merosot secara mendadak.Jika ibu bapa tidak peka dengan simptom simptom perubahan tingkah laku anaknya, maka anaknya akan mula ponteng sekolah tanpa pengetahuan mereka.

    Akhitulkalam,murid yang menjadi mangsa buli harus bijak mengatasi masalah ini.Mereka harus berpegang pada prinsip berani kerana benar,takut kerana bersalah.Ibu bapa dan pihak guru pula harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk membanteras gejala buli ini daripada premis sekolah. Kaki buli harus dikena hukuman berat dan harus diberi kaunseling.



Monday, 16 November 2020

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 2 Bab 1: Kerajaan Alam Melayu

BAB 1: KERAJAAN ALAM MELAYU

Youtube video: https://youtu.be/yxPGdkWMiec

1.1 KONSEP ALAM MELAYU

·   Meliputi gugusan kepulauan dan tanah besar tenggara benua Asia. Dikenali sebagai Kepulauan Melayu, Dunia Melayu. Persamaan kepercayaan, asal usul keturunan, penggunaan bahasa, pengamalan budaya, kemasyarakatan.

Faktor Geografi

·   Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman: dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik ke Taiwan

·   Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr.) Ismail Hussein: Selatan Vietnam, Kemboja, Selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina

·   Profesor Dr Ding Choo Ming: Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Filipina

·   Abdul Hadi Haji Hassan: Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand

·   Alfred Russel Wallace: Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea

Faktor Bahasa

·   Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar: bahasa serumpun di Alam Melayu berkaitan dengan bahasa etnik peribumi

·   Sutan Takdir Alisjahbana: Sifat orang Melayu yang gemar belayar mengembangkan Bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari membolehkannya diterima di Alam Melayu.

 

BM

Jawa(Indonesia)

BM(Brunei)

Tagalog(Filipina)

Kadazandusun

Melanau

Empat

Papat

Ampat

Apat

Apat

Pat

Lima

Limo

Lima

Lima

Limo

Limah

 

Faktor Budaya

·   Dato’ A. Aziz Deraman: budaya di Alam Melayu berkembang melalui beberapa kepandaian dalam bidang kesenian. Contohnya perbuatan gangsa, seni mempertahankan diri, nilai serumpun di Alam Melayu.

1.2 Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu

1.3 Kerajaan Alam Melayu yang Mashyur

Kerajaan

Pusat

Lokasi

Masa

(Abad)

Pengasas

Faktor kemashyuran

Serangan

Funan

Vyadhapura

S. Mekong

1

Kaundinya

· Fan Shih-man

· Pusat perdagangan utama abad 3

Chenla       (Raja terakhir Rudrvarman)

Champa

Indrapura

Selatan tengah Vietnam

2

Chu-Lien        (192 Masihi)

Che Bong Nga

Membunuh raja Dai

Viet, Raja Tran Due

Tong

Dai Viet

Srivijaya

Palembang

S.Musi,  Sumatera

7

Dapunta Hyang Sri Jayanasa

· Sangramadhananjaya

·Jalan perdagangan antara Selat Melaka dan Selat Sunda

· Pusat pengajian Buddha

Chola(1025)  Indravarman meninggal dunia

Angkor

Hariharalaya

S. Mekong

9

Jayavarman II

·Suryavarman II:

S. Mekong – selatan Myanmar

· Jayavarman VII: Angkor Thom

Siam(1594)

Majapahit

Kota   Trowulan

S. Brantas,   Jawa Timur

13

Raden Vijaya

· Patih Gajah Mada sebagai perdanan menteri dilantik oleh Tribuana Tunggadewi

Demak (1478)

Kedah Tua

S.Mas      Pgkln. Bujang

S. Mas          S. Bujang

5

Penduduk Gua Kepah berdagang dengan S. Mas

Pusat keagamaan agama Buddha

Abad 7 menjadi kesultanan Kedah

Gangga Nagara

Pangkalan

Barat tengah Tanah Melayu

6

Raja Ganji Sarjuna           Raja Khmer

Pelabuhan utama abad 5, kaya hasil bumi

Chola(1025)

 

1.4: Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman

Abad 1: Empayar Rom, Parsi, Kushan, Dinasti Han (Funan)

Abad 9: Kerajaan Abbasiyah, Empayar Byzantine, Dinasti Tang, Kerajaan Chola ( Champa, Srivijaya, Angkor)

Abad 14: Empayar Mongol, Kerajaan Turki, Uthmaniyah, Kesultanan Delhi (Champa, Srivijaya, Majapahit)

Hubungan perdagangan

Faktor: Kedudukan strategic dan kekayaan hasil bumi

Hubungan keagamaan

Hindu: peranan pedagang, tentera dan golongan Brahmin

Buddha: peranan Asoka, pemerintah empayar Maurya, Sami Buddha

Islam: peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah

Hubungan diplomatic

Tujuan: mengukuh kedudukan kerajaan, membuka jalan kepada kegiatan perdagangan

China: Funan(abad3) bantuan tentera menentang Dai Viet

            Champa(abad3) menjernihkan hubungan

            Srivijaya(abad7) mendapat pengiktirafan, memperkukuh hubungan

            Kedah Tua(abad7) memperkukuh hubungan perdagangan

            Angkor(abad12) memperkukuh hubungan persahabatan, perdagangan

            Majapahit(abad14) menjalin hubungan persahabatan

India: Funan(abad3) mengukuh hubungan perdagangan, keagamaan

            Srivijaya(abad9) mengukuh hubungan perdagangan, keagamaan

            Angkor(abad12) mengerat hubungan persahabatan

            Majapahit(abad14) mengerat hubungan persahabatan


Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Bab 1: Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 2: Sistem Pemerintahan & Kegiatan Ekonomi Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 3: Sosiobudaya Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 4: Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 5: Kesultanan Melayu Melaka

Nota Bab 6: Kesultanan Johor Riau

Nota Bab 7: Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Nota Bab 8: Kesultanan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 9: Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 10: Sarawak dan Sabah

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

Sunday, 15 November 2020

Nota Ringkas dan padat Matematik Tingkatan 1 Bab 3: Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga

BAB 3: KUASA DUA, PUNCA KUASA DUA, KUASA TIGA, PUNCA KUASA TIGA

3.1 Kuasa Dua dan Punca Kuasa Dua

- Nombor asal = 2 x 2 = 4

   Kuasa dua     = 2 x 2 = 22

                             4 = 22

Kuasa dua suatu nombor sentiasa positif.

- Perpuluhan= (3.5)2         Nombor negative= (-5)2 = 25 -(5)2 = -25

- Kuasa dua sempurna ialah nilai kuasa dua suatu nombor bulat.

- Punca kuasa dua ialah songsangan bagi kuasa dua suatu nombor. Simbol: √

-  √4  x  √4  = 4   

- √4  x √9  = √4x9  =  √36  = 6

- Anggaran kuasa dua nombor dibuat dengan membundarkan nombor itu kepada nombor bulat terdekat.

   (3.88)2 ≈ 42 ≈ 16

-Anggaran punca kuasa dua nombor dibuat dengan membundarkan nombor itu kepada kuasa dua sempurna terdekat.

       √3.88 ≈ √4 ≈ 2

 3.2 Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga

- Nombor asal = 2 x 2 x 2 = 8

   Kuasa dua     = 2 x 2 x 2 = 23 

                                        8 = 22

- Perpuluhan= (3.5)3    

- Nombor negatif= (-2)3 =  (-2) x (-2) x (-2) = -8          -(2)3 = - ( 2 x 2 x 2) = -8

- Kuasa tiga sempurna ialah nilai kuasa dua suatu nombor bulat.

- Punca kuasa dua ialah songsangan bagi kuasa dua suatu nombor. Simbol: √

3√8  x  3√8  x  3√8  = 8  

- 3√8 x 3√27  = 3√8 x 27  =  3√216  = 6

- Anggaran kuasa dua nombor dibuat dengan membundarkan nombor itu kepada nombor bulat terdekat.

   (7.88)3 ≈ 83 ≈ 512

-Anggaran punca kuasa dua nombor dibuat dengan membundarkan nombor itu kepada kuasa dua       sempurna terdekat.

    3√7.88 ≈ 3√8 ≈ 2

 Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

Nota Bab 1: Nombor Nisbah

Nota Bab 2: Faktor dan Gandaan

Nota Bab 3: Kuasa Dua, Punca kuasa dua, Kuasa Tiga, Punca kuasa tiga

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3