Kebaikan Kegiatan Kokurikulum Kepada Pelajar
Pada masa kini, setiap sekolah di negara kita mengadakan aktiviti kokurikulum . Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum murid dinilai berdasarkan kehadiran aktiviti kelab dan persatuan, unit badan beruniform serta sukan dan permainan. Semua murid wajib menyertai kegiatan-kegiatan tersebut supaya mendapat markah PAJSK yang sangat berguna ketika melanjutkan pelajaran di universiti. Namun, ramai pelajar tidak memberikan komitmen yang tinggi dalam aktiviti ini, disebabkan mereka tidak mengetahui kebaikan kegiatan kokurikulum kepada diri mereka.
Antara kebaikan kegiatan kokurikulum kepada pelajar adalah dapat menambahkan ilmu pengetahuannya. Misalnya, seseorang murid akan memahami subjek tertuntu dengan lebih mendalam melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti persatuan subjek tersebut. Murid-murid juga dapat berlatih diri dan memantapkan kemahiran dlam bidang tertentu melalui aktiviti kokurikulum. Mereka yang berlatih giat dan berkemampuan akan berpeluang untuk mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan pelbagai peringkat. Jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum menambahkan ilmu dan pengalaman serta pencapaian seseorang pelajar.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat membantu pelajar mengisi masa lapang dengan bermanfaat. Pelajar tidak akan membazirkan masa melakukan perkara-perkara yang tidak sihat seperti melepak, berjudi, merokok, bermain telefon pintar dan sebagainya. Pelajar yang meluangkan masa lapang menghadiri kegiatan kokurikulum dapat memanfaatkan masa melalui aktiviti-aktiviti berfaedah. Bak kata pepatah, "masa itu emas' .Justeru itu, murid-murid harus menghargai masa dan menjalankan aktivi berfaedah.
Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat mengajar kemahiran berguna bagi seseorang pelajar. Antaranya adalah dari aspek perancangan dalam menjayakan sesuatu projek. Pelajar juga akan didedahkan dengan ciri kepimpinan serta dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan. Aspek kerjasama turut ditekankan dalm kegiatan kokurikulum yang dapat membentuk semangat berpasukan bagi menjadi teras kejayaan sesebuah organisasi, bak kata peribahasa, "bersatu teguh, bercerai roboh".
Di samping itu, pelajar akan memiliki badan yang sihat dan otak yang cerdas jika menghadiri kegiatan sekan. Sebagai contoh, apabila seorang pelajar menghadiri aktiviti sukan, pelajar dapat mengeluarkan peluh. Peluh merupakan toksik badan yang boleh memudaratkan kesihatan pelajar. Pelajar juga akan menjadi lebih aktif dan tidak akan mengalami masalah obesiti. Pengaliran darah juga akan menjadi lancar dan dapat mengelakkan masalah jantung. Tegaslah bahawa penglibatan dalam kegiatan kokurikulum amat penting bagi menjamin kesihatan badan kita.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Aktiviti-aktiviti berkumpulan sering dijalankan pada waktu kegiatan kokurikulum dan hal ini dapat mengeratkan hubungan antara para pelajar. Para pelajar akan bergaul mesra dan berbincang untuk menyelesaikan tugasan diberi. Pelajar juga dapat menambahkan kenalan ketika aktiviti ini dijalankan. Pelajar akan berkenalan dengan pelajar lain yang tidak seusia dengannya. Maka, sudah terang lagi bersuluh, kegiatan kokurikulum amat efektif dalam menjalinkan hubungan dan kegiatan komunikasi dalam kehidupan harian pelajar.
Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum banyak maanfaatnya. Oleh itu, para pelajar haruslah menghadiri kegiatan kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah. Usaha tangga kejayaan, hanya insan yang berusaha akan mencapai kejayaan yang diingini.
No comments:
Post a Comment