'Buli' ialah perbuatan yang boleh mendatangkan trauma kepada manusia.Pemangsa buli biasanya mempunyai perwatakan negatif dan berasal daripada keluarga pincang.Gejela buli amat ketara di premis sekolah rendah dan menengah. Pembuli biasanya akan melakukan buli fizikal atau buli mental atas mangsanya . Persoalannya ,Apakah kesan kesan buli dalam kalangan murid sekolah?
Satu kesan buli yang ketara ialah mangsa buli akan berasa tertekan dan malu.Hal ini kenara emosinya telah tercalar akibat perbuatan buli oleh pemangsa.Justeru,mangsa buli akan berasa takut bersemuka dengan pembuli mangsa buli mungkin akan tercicir daripada alam persekolahan.
Mangsa buli juga tidak akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.Gejala ini berlaku akibat keyakinan dirinya telah diganggu oleh pemangsa buli .Oleh sebab itu,mangsa buli akan berasa rendah diri.Akibat ketiadaan keyakinandiri,mangsa buli akan mengalami kemurungan dan suka menyendiri.Senario ini adalah mengheret mangsa buli menyertai kongsi gelap untuk melindungi dirinya daripada kaki buli.
Seperkara lagi ,mangsa buli akan kerap tidak hadir ke sekolah.Justeru,ia akan kehilangan minat untuk belajar.Lebih parah lagi , prestasi pelajaran mangsa buli akan merosot secara mendadak.Jika ibu bapa tidak peka dengan simptom simptom perubahan tingkah laku anaknya, maka anaknya akan mula ponteng sekolah tanpa pengetahuan mereka.
Akhitulkalam,murid yang menjadi mangsa buli harus bijak mengatasi masalah ini.Mereka harus berpegang pada prinsip berani kerana benar,takut kerana bersalah.Ibu bapa dan pihak guru pula harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk membanteras gejala buli ini daripada premis sekolah. Kaki buli harus dikena hukuman berat dan harus diberi kaunseling.
Karangan yang menarik serta lengkap
ReplyDeleteKarangan yang super duper bangus
ReplyDeleteBoleh saya guna idea dalam ni??
ReplyDeleteThanks 🤗 This essay is very helpful for me!!TYSM
ReplyDelete