Sunday, 22 August 2021

YAMTUAN ANTAH: Perang Bukit Putus

YAMTUAN ANTAH: Perang Bukit Putus

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=8YAsuYXB1NE

Pengenalan

Yamtuan Antah merupakan wira penentangan di Negeri Sembilan. Yamtuan Antah juga dikenlai sebagai Tunku Antah, ialah anak Raja Radin Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Peristiwa penentangan Yamtuan Antah bermula daripada persaingan pembesar memungut cukai di Sungai Linggi.

Persaingan di Sungai Linggi

Sungai Linggi merupakan laluan penting di Sungai Ujong iaitu Seremban pada masa kini. Dato Kelana, Dato Syahbandar dan Dato Muda Linggi saling bersaing untuk pungutan cukai di Sungai Linggi. Dato Kelana mendapat bantuan daripada British dan mengalahkan Dato Syahbandar.Namun, British pula yang memperoleh hak mengutip cukai di Sungai Linggi. Sungai Ujong pula menjadi kuasa Dato Kelana.

Tindakan Yamtuan Antah

Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato Kelana menandatangani perjanjian dengan British. Yamtuan Antah tidak mengiktiraf Dato Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Selepas itu, Dato Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai haknya. Yamtuan Antah membantah kerana menganggap Terachi sebahagian daripada tanah jajahannya iaitu Seri Menanti. Residen British menghantar juruukur dan tentera untuk membuat siasatan. Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menghentikannya. Maka tercetuslah pertempuran Perang Bukit Putus.

Perang Bukit Putus

Yamtuan Antah memimpin 4000 orang pengikutnya menentang Dato Kelana yang disokong oleh pasukan British. Beliau disokong oleh Dato Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol. Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi. British meminta bantuan tambahan, Walaubagaimanapun, penduduk yang menentang lebih daripada tentera British. British berundur. Selepas bantuan tambahan daripada tentera Negeri-Negeri Selat sampai, British melancarkan serangan terhadap Yamtuan Antah di Paroi. Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus. Maka berlakulah pertempuran di Bukit Putus. Akhirnya, Bukit Putus berjaya ditawan oleh British. Yamtuan Antah terpaksa berundur mencari perlindungan di Johor. 

Rundingan

Sultan Johor, Sultan Abu Bakar menasihati Yamtuan Antah supaya berdamai dengan British. Pada thaun 1876, baginda berunding denagn Gabeenor Negeri-Negeri Selat, William Jervouis. Melalui tundingan tersebut, British melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. Beliau tinggal di Seri Menanti hanya 11 tahun. Pada 1888, beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Seri Menanti.

Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Tokoh Sejarah:

Dol Said

Yamtuan Antah

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

Sunday, 15 August 2021

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 4 Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

 BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT

Youtube link:https://www.youtube.com/watch?v=xEA10LK1UT0

6.1 KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA KITA

Komunisme: diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels, karya Communist Manifesto dan Das Kapital.Suatu fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara.

Komunis bermaksud orang yang menganut fahaman komunisme.

Dua buah negara terlibat: Indonesia dan China

Kemasukan pengaruh Komunis dari China

Melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT), cawangan hampir setiap bandar di negeri Melayu

Selain KMT, Main School bergerak dalam kalangan orang Hailam bawah arahan Parti Komunis China (PKC). 1927, berlaku perpecahan antara KMT dan PKC. The Communist International di Moscow mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) pada 1928

PKN tidak berjaya maka Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan.

Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia

Kegagalan Parti Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa 1926 menyebabkan PKI berusaha membuka cawangan di Tanah Melayu. Namun, tidak mendapat sambutan penduduk kerana komunis menggunakan kekerasan.

 

Penubuhan Parti Komunis Malaya

Sebelum pendudukan Jepun

30 April 1930, PKM ditubuhkan di Kuala Pilah. Bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina.

Zaman pendudukan Jepun

Bekerjasama dengan British memerangi Jepun. Membentuk MPAJA pada 1942. Terima bantuan senjata, kewangan, latihan, bekalan logistik, perubatan British.

Selepas Jepun Menyerah Kalah

Kekosongan politik berlaku. MPAJA keluar melakukan kekacauan. BMA membubarkan MPAJA. PKM begerak sebagai pertubuhan yang sah. PKM menyusup dalam PMFTU. Menjelang Mei 1948, PKM menguasai 335 kesatuan sekerja, menyusup dalam PKMM, MDU, PUTERA-AMCJA. British meluluskan Trade Union Ordinance No.9 of 1948 menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja akhirnya mengharamkan PKM.

 

6.2 ANCAMAN KOMUNIS DI NEGARA KITA

- Persidangan Kongres Belia Asia 19 Februari 1948 hingga 25 Februari 1948. Persidangan Parti Komunis India Mac 1948. PKM menghantar wakil.

- Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM melancarkan perjuangan bersenjata bagi menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.

- 16 Jun 1948, komunis membunuh 3 pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak: Arthur Walker, pengurus ladang Ephil, John Allison, pengurus Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian Cristian.

- Sir Edward Gent, pesuruhjaya tinggi mengisytiharkan darurat di negeri tertentu. 18 Jun 1948, darurat di seluruh Tanah Melayu.

Tindakan Komunis

- mencetuskan huru-hara bagi menghilangkan keyakinan rakyat terhadap British.

Komunis melumbuhkan ekonomi

Menyerang 80 lombong bijih timah. Merosakkan pokok getah, kilang estet, rumah asap, rumah kongsi, kedai, sekolah. Membunuh pekerja, menyebabkan penderitaan, nyawa terancam, kerja harian terganggu

Komunis merosakkan Infrastruktur

Mengebom, merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api. Menembak, membakar kenderaan, mensabotaj kemudahan telefon dan telegraf, merosakkan paip air, menyerang pekerja awam yang membaiki jalan raya, memasang paip air, membina sistem pengairan, penyelidik tapak skim hidroelektrik.

Komunis mengancam keselamatan rakyat

Mengugut, mensabotaj, menyerang, melakukan kekejaman, menganiaya, menculik, merampas, membakar harta benda, membunuh penduduk yang enggan bekerjasama.

Komunis mengancam Pasukan keselamatan

Menyerang balai polis, jip tentera, membunuh ketua polis, menyerang hendap pasukan askar. Mencetuskan huru-hara dan menunjukkan ketidakupayaan kerajaan melindungi keselamatan penduduk.

-Pembunuhan Henry Gurney: 13 September 1948, dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi menggantikan Sir Edward Gent. 6 Oktober 1952, dibunuh di Jalan Kuala Kubu Bharu dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

6.3 USAHA MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS

1. Penguatkuasaan Undang-undang Darurat

Menahan sesiapa yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa sebarang perbicaraan.

Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa yang membantu komunis

Mengetatkan undang-undang senjata. Hukuman mati terhadap mereka yang membawa senjata api.

Menggeledah rumah kediaman, memagar kampung, perintah berkurung, memindahkan penduduk

Mengharamkan PKM dan parti politik berfahaman radikal

Menangkap pemimpin gerakan radikal

 

2. Pemerkasaan Pasukan Keselamatan

POLIS

Cawangan Khas

Guy C.Madoc menubuhkan pada Ogos 1950.Risikan membolehkan pihak berkuasa mengetahui operasi PKM. Anggota menyamar sebagai komunis untuk mendapat maklumat. Mengambil ramai orang China untuk menjejak anggota komunis

Special Constables

Ditubuhkan pada 1948 ketika Rancangan briggs. 24 ribu ahli dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong.

Polis Hutan

Asalnya, dikenali Flying Squad. 1951, Jungle Squad, kemudian Jungle Companies. 1953, Police Field Force (PFF). 18 Oktober 1958, Polis Hutan. Memburu komunis, membuat rondaan di pinggir hutan, membawa bekalan makanan kepada pasukan bertugas di dalam hutan, menjaga kubu.

Polis Wanita

Ditubuhkan pada Ogos 1955, Barbara D.R.Wentworth pegawai pertama. Melatih anggota baharu dan menyusun pasukan polis wanita.

Senoi Praaq

1956, dalam bahasa Semai dikenali Urang Perang. Mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan. Suku Senoi, Semai dan Temuan. Dikenali “ The Silent Killer”

Auxilliary Police

Disember 1948, 17 ribu anggota. Mempertahankan bandar dan kampung, membantu polis menentnag komunis. 1956, Police Volunteer Reserve

Tentera

Pasukan Askar Melayu

1933, Dilengkapi tentera darat, pasukan meriam, pasukan bantuan. Berkembang dari 3 kepada 7 rejimen.Menumpaskan anggota komunis, Memusnahkan kubu operasi komunis membanteras gerila komunis di dalam hutan.

Pasukan Askar Komanwel

Dari Britain, Australia, New Zealand, India, Afrika Timur, Kenya, Uganda, Rhodesia, Fiji. 1954, 10 ribu Britain, 10 ribu Gurkha, 1 batalion Afrika, 1 batalion Fiji. Membantu memerangi komunis.

Sarawak Rangers

Orang Iban menjejak persembunyian komunis di dalam hutan. Mahir dalam selok-belok hutan. Cogan kata “Agi Hidup Agi Ngelaban” bermaksud selagi hidup selagi melawan. Memusnahkan kem dan markas komunis.

Suka-

relawan

Home Guard

Pasukan Pengawal Kampung. Menyekat pergerakan makanan dan perubatan dari jatuh ke tangan komunis. Mengamankan kampung dan melindungi pekerja lombong bijih timah daripada serangan komunis

 

3. Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan

- 23 Julai 1948, bagi mengawal pergerakan penduduk. Memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam dengan komunis. Masyarakat 12 tahun ke atas dikehendaki mendaftarkan diri. Kad pengenalan perlu dibawa ke mana-mana sahaja.

4. Rancangan Briggs

- Sir Henry Gurney, pesuruhjaya British pada 1950. Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs menjadi pengarah Operasi

- Tujuan: memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen. Melemahkan pergerakan komunis.

- Penduduk di pinggir hutan dipaksa berpindah ke Kampung Baru. Dilengkapi kemudahan tempat tinggal,bekalan elektrik, air paip, sekolah, kemudahan kesihatan, kemudahan pusat komuniti, rumah ibadat. Jawatankuasa kampung ditubuh memperbaik kemudahan. Dipagari kawat berduri, dikawal Special Constables.

- Min Yuen: mendapatkan makanan, wang melalui peras ugut, merompak, kegiatan propaganda, perisikan, sabotaj dan membantu menjalankan kegiatan politik. Beroperasi pada malam bergerak dalam kalangan rakyat tanpa senjata api.

5. Tawaran Pengampunan

- 6 September 1949, Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis agar menyerah diri. Radio Malaya menyiarkan syarat, poster ditampal di merata-rata, risalah dan pas pengampunan diedarkan melalui pengangkutan udara. Komunis dipujuk oleh rakyat tempatan dengan iklan dan wayang gambar.

6. Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat

- 22 Disember 1949, Majlis Perundangan Persekutuan mengisytiharkan. Penduduk berbilang kaum diseru mendaftar diri secara sukarela. Menggalakkan interaksi dan mengeratkan hubungan kaum

7. Perintah Berkurung

- tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu. Membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi dengan lebih berkesan.

8. Perang Saraf

- rancangan menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat. 1952, Templer menjadi Pesuruhjaya Tinggi ingin menjalinkan hubungan baik dengan lenduduk tempatan supaya bekerjasama dan menyampaikan maklumat komunis. Berjaya memujuk rakyat bersatu.

Mengadakan Lawatan

Templer melakukan 122 lawatna ke sekolah, kampung, hospital, dispensari, bilik operasi, pondok polis, unit pasukan keselamatan, buruh, lombong, estet dan bersedia menerima perwakilan. 20 lawatan ke kampung Baru dan Kampung Melayu. Isterinya menubuhkan Palang Merah, Pandu Puteri, pusat komuniti.

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

Menarik orang bukan Melayu menjadi rakyat. Mewujudkan bangsa bersatu.

Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

Menggalakkan penyertaan orang bukan Melayu dalam politik, mendapat sokongan menentnag komunis.

Menawarkan hadiah wang tunai

Kepada penduduk yang menangkap atau memberikan maklumat tentang gerila komunis.

Memenangi kepercayaan orang asli

Mendapat sokongan. Mendirikan 14 kubu menyediakan kemudahan barangan keperluan harian, perubatan, pendidikan dan perlindungan.

Memajukan Perkhidmatan Penerangan

Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radia Malaya menimbulkan kesedaran agar menyokong kerajaan. Menyebarkan risalah antikomunis kepada penduduk dan risalah kerajaan kepada komunis di dalam hutan.

Memperkenalkan kawasan hitan dan kawasan putih

Kawasan hitam ialah kawasan yang terdapat kegiatan komunis aktif dan dikenakan perintah berkurung. Kawasan putih ialah kawasan bebas daripada komunis.

 

9. Rundingan Baling

- pertemuan di Sekolah Inggeris, Baling, Kedah pada 28 Disember 1955.

- Wakil PTM: Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, David Marshall. Wakil PKM: Chin Peng, Chen Tien, Rashid Maidin

- Syarat PTM: meletakkan senjata, membubarkan PKM, menyerah diri. Syarat PKM: mengakui PKM parti politik yang sah.

- Gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat PKM.

6.4 Kesan Zaman Darurat Terhadap Negara Kita

Aspek

Politik

Peningkatan Jumlah Warganegara

1.2 juta Cina, 180 ribu India (14 September 1952). Pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain bagi mewujudkan perpaduan rakyat.

Penubuhan Malayan Chinese Association

Tan Cheng Lock membentuk MCA di KL pada 27 Februari 1949. Menyakinkan Britihs bahawa bukan semua orang Cina menyokong komunis. Membantu kerajaan dari kewangan dan menempatkan penduduk ke Kampung Baru. Menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan kepada penduduk Kampung Baru.

Mempercepatkan Kemerdekaan

CLC meningkatkan kesedaran politik bahawa mereka boleh berkongsi kepentingan melalui Parti Perikatan (UMNO-MCA-IMC). Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 menyakinkan British bahawa PTM dapat menewaskan komunis. British mahu memberi kemerdekaan kepada PTM.

Aspek Sosio-ekonomi

Meningkatkan Kos Perbelanjaan

Membelanjakan kos untuk menangani ancaman komunis, menyelesaikan masalah penempatan semula penduduk di pinggi hutan.

Menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat

Kawasan lombong dan ladang menjadi sasaran, pengeluaran makanan terjejas. Harga barangan dan keperluan harian melambung tinggi. Peniaga menjadi sasaran jenayah. Nyawa terancam. Kesukaran bergerak dan memperoleh bekalan keperluan kerana perintah berkurung. Kegiatan harian terjejas. Catuan makanan dikenakan menyebabkan mereka bergantung pada ubi kayu, keledek dan jagung.

Merenggangkan Hubungan Kaum

Kampung Baru didominasi oelh kaum tertentu. Cina dan India di petempatan baharu yang berkembang menjadi bandar baharu tetapi kaum Melayu hanya tertumpu di kawasan serba kekurangan.Kawalan pasukan keselamatan ketat membatas hubungan kaum.

Jumlah Korban Zaman Darurat

Anggota pasukan keselamatan, komunis, orang awam terkorban.

Penamatan Darurat

- 31 Julai 1960, darurat 12 tahun berakhir.


Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa

Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan

Nota Bab 8: Pilihan Raya

Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

Saturday, 7 August 2021

DOL SAID: Peristiwa Aneh berlaku semasa Perang Naning Kedua

DOL SAID: Peristiwa aneh berlaku semasa Perang Naning Kedua

Youtube link:https://www.youtube.com/watch?v=PCpnGSUCFtc

Pengenalan kepada Dol Said

Pasti semua tahu Dol Said dalam buku teks Tingkatan 3. Dol Said berasal dari suku Semelenggang dan dilahirkan pada tahun 1773. Beliau dilantik sebagai Penghulu Naning semasa berumur 26 tahun. Ah.... sangat muda sudah menjadi pemimpin. Memang hebat!!!

Sebab pertama menentang British

Dol Said menentang British. Sebab yang pertama adalah kerana dia mendakwa Naning merdeka. Sebelum British menjajah, Naning di bawah kuasa Belanda dan menurut Dol Said, Naning telahpun merdeka. Namun, Naning dianggap sebagai tanah jajahan dalam perjanjian antara British dan Belanda di mana British menyerahkan Bangkahulu dan Belanda menyerahkan Melaka termasuklah Naning. Adakah ini kesilapan Belanda ataupun British? Tiada yang ketahui.

Sebab kedua menentang British

Sebab yang kedua ialah pengutipan cukai. Boleh dilihat cukai ini perkara sensitif pada masa dahulu. Kerana kalau British kutip cukai, masyarakat susah, negara miskin, British pula kaya. Maka berlaku Perang Naning Pertama.

Perang Naning Pertama

Dol Said bersama pemimpin lain berjaya menewaskan British pada kali pertama serangan. Perkara ini menjatuhkan maruah British. Cuba fikir, British menewaskan tanah-tanah jajahan besar tetapi dikalahkan oleh Naning, sebuah negeri kecil.

Perang Naning Kedua

British tidak berputus asa dan berjaya memecahbelahkan pakatan Dol Said dengan pemimpin lain. Hal ini menyebabkan Dol Said kalah pada Perang Naning Kedua 1832.

Peristiwa Aneh Berlaku

Menurut penduduk di kawasan Naning, dalam Perang Naning Kedua, sebelum menewaskan Dol Said, British cuba menjajah ibu kota iaitu Taboh. Sebuah kejadian aneh berlaku. Apabila tentera British cuba menyerang Naning, ribuan serangga Naning menyertai penentangan tersebut. 

Naning ialah sejenis serangga dikenali sebagai lebah madu gergasi. Wilayah Naning diberikan nama ini kerana menurut cerita rakyat tempatan, serangga Naning merupakan seekor binatang yang keramat dan menjadi penjaga kedaulatan wilayah Naning. Memang betullah! Kumpulan Naning ini menyerang British dan tentera British kelam-kabut. Mungkin ia disebabkan keramat dan timbul cadangan supaya British melemparkan benda najis dan kotor ke seluruh kawasan bagi menghilangkan keramat dan menghindarkan serangga tersebut. Akhirnya mereka berundur juga. 

Selepas persediaan penuh dengan meriam dan senjata moden, British menyerang lagi Naning. Akhirnya Naning ditewaskan.

Selepas Naning Ditewaskan

Selepas Naning ditewaskan, Dol Said menyerahkan diri dan diberikan pencen 200 rupee sebulan. Beliau meninggal dunia pada awal Ogos 1849. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.


Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Tokoh Sejarah:

Dol Said

Yamtuan Antah

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

Friday, 23 July 2021

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 4 Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

 BAB 5: PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=Y6uuEeSse6g

5.1 LATAR BELAKANG PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

- Menggantikan Malayan Union 1946.

Jawatankuasa Kerja

- ditubuhkan pada 25 Julai 1946

- Untuk merangka dan membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM 1948).

- Terdiri daripada wakil UMNO: Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin, Haji Megat Yunus

- Wakil Kerajaan British: A.T. Newboult (ketua setiausaha MU), K.K.O’Connor (peguam negara MU), W.D.Godsall (Setiausaha Kewangan), Dr.W.Linehan(MCS), A.Williams (MCS), D.C.Watherson (setiausaha)

- Wakil Raja-raja Melayu: Raja Kamaralzaman Raja Ngah Mansur (Raja Kecil Tengah Perak), Dato’ Hamzah Abdullah (O.K.Menteri Besar Selangor), Haji Mohamad Sheriff Osman Setiausaha Kedah), Dato’ Nik Ahmad Kamil Mahmud (Dato’ Seri Setia Raja Kelantan)

- Cadangan: menyatukan negeri Melayu dan 2 buah Negeri Selat. Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja Melayu. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain. Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri. Syarat kewarganegaraan yang kuat.

Nasionalis Melayu Radikal

- membidas kerajaan British kerana berunding secara tertutup dengan UMNO, mengetepikan PKMM.

- Bergabung membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

- Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dipengerusikan Dr. Burhanuddin al-Helmi. Angkatan Pemuda Insaf (API) presiden Ahmad Boestamam. Gerakan Angkatan Myda (GERAM) diketuai Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail. Hizbul Muslimin diketuai Abu Bakar al-Baqir. Angkatan Wanita Sedar (AWAS) diketuai Shamsiah Fakeh. Barisan Tani Malaya (BATAS) diketuai Musa Ahmad.

Gabungan PUTERA-AMCJA

- golongan bukan Melayu bergabung membentuk All Malaya Council of Joint Action(AMCJA) pengerusi Tan Cheng Lock

- Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) setiausaha Chan Loo. Malayan Democratic Union (MDU) pengerusi John Eber. Malayan Indian Congress (MIC) presiden John Thivy.

- PUTERA-AMCJA menolak persekutuan kerana Jawatankuasa Kerja tiada wakil bukan Melayu, tidak demokratik, mengukuhkan British dan perkauman. menganggap British tunduk kepada tuntutan UMNO.

Sumbangan Nasionalis Melayu Radikal

- melaungkan perjuangan kemerdekaan membebaskan tanah air daripada penjajahan, menyatukan seluruh Tanah Melayu dan enggan berkompromi dengan penjajah untuk mencapai kemerdekaan.

- Memperjuangkan hak semua kaum, memberi tekanan kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan meneritkan akhbar. Ahmad Boestaman menerbitkan Suara Rakyat.

- memperjuangkan fahaman kebangsaan. PKMM menubuhkan cawangan di Perak, Hulu Langat, Selangor dan Temerloh. Jumlah keahlian pada Julai 1947 melebihi 53 ribu.

- memperjuangkan pembelaan terhadap ketidakadilan, berdasarkan prinsip dan falsafah.

Cadangan PUTERA-AMCJA

- cadangan PUTERA: kedudukan BM. Pertahanan dan hal ehwal luar negeri. Syarat kewarganegaraan Tanah Melayu. Bendera dan lagu kebangsaan.

- cadangan AMCJA: Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura. Kerajaan pusat kuat. Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan. Kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu. Adat istiadat dan agama Islam. Syarat kewarganegaraan

- Perlembagaan Rakyat:

1. Tanah Melayu bersatu dengan Singapura.

2. Penubuhan sebuah Dewan Perundangan Pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih bagi seluruh Tanah Melayu.

3. Kewarganegaraan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi.

4. Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dan menerima nasihat melalui Majlis Mesyuarat.

5. Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis Khas.

6. Perhatian khas hendaklah diberikan kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.

7. BM hendaklah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi Tanah Melayu

8. Hal ehwal luar negeri dan pertahanan hendaklah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan British.

9. Kewarganegaraan Malaya haruslah dinamakan Melayu.

10. Warna merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu.

Hartal

- British menolak Perlembagaan Rakyat dna menerima perjanjian PTM.

- PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal iaitu tindakan tutup kedai dan memberhentikan semua kegiatan ekonomi peniaga. Protes tanpa keganasan ini telah diadakan dengan cara menutup semua premis yang beroperasi seperti kilang, kedai, sekolah, pejabat dan ladang. 20 Oktober 1947, Hari Hartal Se-Malaya dianjurkan menerusi sokongan Dewan Perniagaan Cina di bandar utama Tanah Melayu.

5.2 FAKTOR PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948.

Penentangan Orang Melayu terhadap Melayu Union

Orang Melayu, Raja-raja melayu, cendekiawan Melayu dan UMNO membantah Malayan Union. Gammans dan Rees Williams memantau bantahandan melaporkan kepada parlimen British. Gammans menyatakan sekiranya MU dilaksanakan akan menjadi huru-hara

Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO

Malcolm Macdonald, Gabenor Jeneral dan Sir Edward Gent, Gabenor MU bertemu dan berunding dengan raja-raja Melayu di Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946. Cadangan Raja-raja Melayu: persekutuan bertaraf naungan, perjanjian baharu, Pesuruhjaya Tnggi menggantikan Gabenor, Raja berkuasa perundangan, negeri-negeri Melayu muncul dalam persekutuan baharu. Sultan Perak sebagai jurucakap mendesak British menerima usul pembentukan persekutuan sebelum membincangkan hal lain.

Sokongan Pentadbir British

Sir Edward Gent, Malcolm Macdonald, Sir Ralph Hone, Gammans, A.T.Newboult, Roland Braddell, W.Linehan, Theodore Adams. Mei 1946, Sir Edward Gent bertemu dengan UMNO di Pulau Pinang, 18 Julai 1946 di King’s House, KL. British perlu melaksanakan dekolonisasi yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) melalui Piagam Atlantik. Piagam Atlantik bersaran tiada lagi peluasan wilayah. Dekolonisasi proses ke arah berkerajaan sendiri, tiada lagi tanah jajahan.


5.3 CIRI-CIRI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Pentadbiran

- 9 Negeri Melayu, 2 Negeri Selat. Singapura kekal tanah jajahan berasingan.

- Diketuai Pesuruhjaya Tinggi British berkuasa eksekutif.

- Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab kewangan dan hal lain kepentingan bersama

- Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan membantu Pesuruhjaya Tinggi British.

- Majlis Mesyuarat Persekutuan mengandungi ahli rasmi (dilantik Pesuruhjaya Tinggi) dan ahli tidak rasmi (pelbagai kaum).

Kuasa Raja-raja Melayu

Majlis Raja-raja dibentuk membolehkan Raja memberi pandangan. Pada peringkat negeri, sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri.

Perundangan

Majlis Perundangan Persekutuan diketuai Pesuruhjaya Tinggi dalam hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi dan percukaian. Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-raja.

Kewarganegaraan

Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang

- jus soli hanya kepada rakyat raja ( orang Melayu dan orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan) dan rakyat British (lahir di P.Pinang, Melaka dan tanah jajahan British)

- Pemohon yang lahir di luar negeri ayahnya mestilah rakyat Raja dan rakyat British. Penduduk asal dari negeri Melayu yang lahir sebelum, semasa atau selepas tarikh PTM.

- Rakyat Raja dan mereka yang serasi, memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat boleh memohon.

Kewarganegaraan Secara Pendaftaran

- mereka yang dilahirkan dalam PTM dan bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun dari hari permohonannya.

- Perlu mempunyai tingkah laku baik, tiada rekod jenayah, menguasai BM dan BI serta bersetuju taat setia kepada PTM.

 

5.4 KESAN PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MEAYU 1948

 

1. Mengembalikan Kedudukan Raja-raja Melayu

Majlis Raja-raja diwujudkan. Pesuruhjaya Tinggi memastikan bahawa Raja dirujuk terhadap perkara dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan

2. Menjaga Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain

3. Membuka Ruang Kewarganegaraan

Membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara. Ornag Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal.

4. Mewujudkan Kerjasama Kaum

Jawatankuasa Hubungan antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan. Kebanyakan cadangan dimasukkan dalam usul perundangan. Berjaya mewujudkan persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum. PTM 1948 merintis pada pembentukan PTM 1957 yang membawa kemerdekaan.

Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa

Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan

Nota Bab 8: Pilihan Raya

Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: