Monday, 22 March 2021

Nota ringkas dan padat Prinsip Perakauan Tingkatan 4 Modul 3: Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat

 BAB 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT

Youtube link: youtube.com/watch?v=dEJR8MN7LTs

3.1 DOKUMEN PERNIAGAAN

- bukti bahawa urus niaga berlaku

- sebagai sumber rekod dalam buku perakaunan

- sebagai rujukan pada masa depan

- menyediakan maklumat tentang sesuatu urus niaga

- sebagai peringatan kepada peniaga tentang hutangnya

Aliran Dokumen Perniagaan

- secara tunai: pesanan belian (drpd pembeli), tunai (drpd pembeli), bil tunai (drpd pembekal)

- secara kredit: pesanan belian (drpd pembeli), invois (drpd pembekal), nota debit / kredit (drpd pembekal), tunai/cek (drpd pembeli), resit (drpd pembekal)

Dokumen Sumber

1. Bil Tunai: bukti belian secara tunai atau cek. Disimpan oleh pembeli (asal), disimpan oleh pembekal (salinan)

2. Keratan cek: keratan di tepi cek yang boleh ditanggalkan.Cek disimpan oleh pembekal.keratan cek Disimpan oleh pembeli.

3. Invois: memaklumkan kepada pembeli tentang hutangnya (pembeli secara kredit). Invois (salinan) disimpan oleh pembekal, invois (asal) disimpan oleh pembeli

4. resit: bukti penerimaan atau pembayaran tunai atau cek (dalam urus niaga secara kredit). Resit asal disimpan oleh pembeli, resit salinan disimpan oleh pembekal.

5. Nota debit: dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli untuk menambahkan jumlah amaun dalam invois. Invois terkurang nilai kerana catatan tertinggal, kesilapan pengiraan, faedah bayaran lewat dikenakan ataupun caj tambahan.

6. Nota kredit: dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli untuk mengurangkan jumlah amaun dalam invois. Invois terlebih caj kerana pembeli memulangkan kotak kosong, memulangkan barang niaga (pulangan jualan), salah pengiraan ataupun komisen dan elaun tambahan

7. makluman debit: dikeluarkan oleh bank kepada pemilik akaun untuk memaklumkan bahawa amaun banknya telah dikurangkan disebabkan bayaran kepada bank ataupun yuran tetap

8. Makluman kredit: dikeluarkan oleh bank kepada pemilik akaun untuk memaklumkan bahawa amaun banknya telah ditambahkan disebabkan dividen diterima, pindahan wang ataupun faedah simpanan tetap.

9. Slip Daftar Tunai: penyata bercetak dikeluarkan daripada mesin daftar tunai apabila pembeli membayar secara tunai (resit biasa semasa membeli-belah di pasar raya)

10. Baucar pembayaran: dokumen dalaman untuk merekodkan urus niaga yang tiada resit ataupun dokumen sumber lain. Hanya disediakan dalam satu salinan sahaja.

11. Slip bank/ Slip pindahan wang/ Slip transaksi : bukti tunai dimasukkan atau dikeluarkan dari bank

12. Memo: dokumen dalaman untuk merekodkan ambilan/ modal/ urusan dalaman. Hanya disediakan dalam satu salinan

Maklumat penting dalam Invois

- Syarat serahan: lazimnya dicatat “angkutan dibayar” iaitu kos angkutan dibayar oleh pembekal

- Diskaun Niaga: diskaun yang diberi untuk menggalakkan pembelian secara pukal

- Diskaun Tunai: diskaun yang diberi untuk menggalakkan pembayaran hutang dengan segera

- K & K di K: Kesilapan dan ketinggalan dikecualikan. Pembekal berhak membetulkan sebarang kesilapan atau ketinggalan dengan nota kredit dan nota debit.

Dokumen Bukan Sumber

- Penyata Akaun: dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli sebagai peringatan tentang baki invois

- Penyata bank: salinan Akaun Semasa pelanggan bank untuk menyemak ketepatan catatan Buku Tunai, mengetahui jumlah penerimaan dan pembayaran melalui bank, mengetahui baki wang dalam Akaun Semasanya.

 

Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 4:

Modul 1: Pengenalan kepada Perakaunan

Modul 2: Klasifikasi Akaun dan Persamaan Akaun

Modul 3: Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

Sunday, 7 March 2021

Nota ringkas dan padat Prinsip Perakauan Tingkatan 4 Modul 2: Klasifikasi Akaun dan Persamaan Akaun

MODUL 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN AKAUN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=JoCw20VVwLM

PDF LINK KLIK SINI

2.1 KOMPONEN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

Akaun Perdagangan: Jualan bersih (jualan, pulangan jualan/ pelangan masuk) dan kos jualan (belian, belian bersih, pulangan belian/pulangan keluar, angkutan masuk)

Akaun Untung Rugi: hasil, belanja

Penyata Kedudukan Kewangan: aset bukan semasa, aset semasa, liabiliti semasa, liabiliti bukan semasa, ekuiti pemilik

2.2 ITEM SETIAP KOMPONEN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

Hasil

- Hasil operasi: hasil utama daripada aktiviti harian perniagaan, contoh: jualan dan yuran perkhidmatan, komisen diterima, dividen diterima

- Hasil bukan operasi: tidak berkaitan dengan aktiviti harian perniagaan. Contoh: faedah daripada simpanan, dividen pelaburan

- Hasil yang melibatkan penerimaan wang: jualan, komisen, sewa, faedah simpanan

- Hasil yang tidak melibatkan penerimaan wang: pengurangan peruntukan hutang ragu dan untung atas pelupusan asset

Belanja

- Belanja operasi: belanja dalam aktiviti utama perniagaan. Contoh: gaji, insurans, sewa, kadar bayaran(bil), belanja am, alat tulis, susut nilai

- Belanja bukan operasi: tidak terlibat dalam aktiviti utama perniagaan. Contoh: faedah atas pinjaman, faedah atas overdraf bank, rugi atas pelupusan aset

Aset

Aset semasa

- harta jangka masa pendek, kurang daripada setahun. Kecairan tinggi, mudah ditukar kepada tunai

- Contoh: Akaun belum terima, inventori, tunai, bank, prabayar, komisen belum terima, sewa belum terima

Aset Bukan Semasa

- harta jangka masa panjang, lebih daripada setahun. Kecairan rendah, bukan untuk dijual.

- Contoh: Premis, Kenderaan, Mesin, Perabot, Lengkapan, Alatan pejabat

Liabiliti

Liabiliti Semasa

- hutang yang perlu dijelaskan dalam jangka masa pendek biasanya satu tempoh perakaunan

- Contoh: Akaun Belum Bayar, Overdraf, Belanja belum bayar

Liabiliti Bukan Semasa

- hutang perniagaan yang perlu dibayar balik dalam jangka masa panjang, lebih setahun

- Contoh: pinjaman, gadai janji

Ekuiti Pemilik

- hutang perniagaan kepada pemiliknya

- Modal: disumbangkan oleh pemilik ke dalam perniagaan

- Untung bersih/Rugi bersih: untung bersih ditambah ke dalam modal, rugi bersih ditolak daripada modal

- Ambilan: pemilik mengambil tunai atau barang perniagaan untuk kegunaan sendiri, perlu ditolak daripada modal

2.3 PERSAMAAN PERAKAUNAN

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Aset = Liabiliti + Modal + Untung bersih/ - rugi bersih

Aset = Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja

*Rujuk contoh di buku teks m/s 47-53

2.4 CATATAN KONTRA DAN CARTA AKAUN

CATATAN KONTRA

- Mengurangkan baki akaun

Akaun

Catatan Kontra

Aset Bukan Semasa

Susut Nilai terkumpul

Akaun Belum Terima

Peruntukan hutang ragu

Modal/Ekuiti Pemilik

Ambilan

Jualan

Pulangan jualan/ pulangan masuk

Belian

Pulangan belian/ pulangan keluar

 

- Peruntukan hutang ragu bermaksud menganggap akaun belum terima (penghutang kepada perniagaan) tidak akan membayar hutang lagi selepas tempoh panjang tidak menjelaskan hutangnya

Carta Akaun

- kod , senarai nombor dan tajuk bagi semua akaun yang disusun dengan sistematik

- mempunyai sekurang-kurangnya tiga digit.

Contoh:

Kod Item

Nama Akaun

100-199

Aset Bukan Semasa

200-299

Aset Semasa

300-399

Liabiliti

400-499

Ekuiti Pemilik

*Ini merupakan contoh sahaja. Kod item dan akaun bagi setiap kod boleh disusun suka hati penyedia carta akaun


Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 4:

Modul 1: Pengenalan kepada Perakaunan

Modul 2: Klasifikasi Akaun dan Persamaan Akaun

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

Sunday, 21 February 2021

Nota ringkas dan padat Geografi Tingkatan 1 Bab 2 : KEDUDUKAN

BAB 2: KEDUDUKAN

2.1 KEDUDUKAN RELATIF

  • Kedudukan ialah tempat sesuatu objek di satu tempat
  • Ditentukan dengan merujuk kepada titik rujukan

2.2 LATITUD DAN LONGITUD

  • Merujuk kepada latitude dan longitud adalah satu cara untuk menentukan kedudukan
  • Diukur dalam unit darjah (°)

Latitud

  • Dilukis secara melintang dan mendatar
  • Dinomborkan 0° hingga 90°U dan 0° hingga 90°S, diukur dari pusat bumi

Latitud utana :

  1. Garisan Artik
  2. Garisan Sartan
  3. Garisan Khatulistiwa
  4. Garisan Jadi
  5. Garisan Antartik

Longitud

  • Dilukis secaraa menegak
  • Garisan Meridian Pangkal (GMP) -Garisan longitud yang memisahkan timur dan barat bumi
  • Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) -selari dengan garisan GMP , memisahkan Tarikh dan waktu bumi

Cara Menentukan Kedudukan Berdasarkan Lantitud dan Longitud

  1. Kenal pasti garisan lantitud
  2. Kenal pasti garisan longiitud
  3. Kenal pasti titik persilangan

Saturday, 20 February 2021

Nota ringkas dan padat Geografi Tingkatan 1 Bab 1: ARAH

 

BAB 1: ARAH

1.1 Arah Mata angin

Arah mata angin ialah hulu tuju sesuatu tempat dari suatu tempat yang lain.

Terdapat empat arah mata angin utama :

  • Utara (U)
  • Selatan (S)
  • Timur (T)
  • Barat (B)

Terdapat empat arah mata angin perentaran:

  • Barat laut
  • Timur laut
  • Tenggara
  • Barat daya

 

1.2 Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Matahari

  1. Berdiri di Kawasan lapang , mendepakan tangan
  2. Tangan kanan menghadap ke matahari terbit atau timur
  3. Tangan kiri menghadap ke matahari terbenam atau barat
  4. Menghadap depan adalah utara dan belakang adalah selatan

1.3 Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Kompas

  • Kompas digunakan untak menentukan arah dengan lebih tepat dan efisien
  • Dipengaruhi oleh tarikan magnet dari kutub utara bumi
  • Terdiri daripada perumah , pemula dan jarum kompas
  • Terdapat lapan arah mata angin

Panduan mengoperasi kompas magnetic

  1.  Tentu arah
  2. Berdiri menghadap arah yang ditentukan
  3. Letak kompas pada tanah rata , menjauhi objek besi
  4. Memusing kompas sehingga jarum menunjuk ke utara

1.4 Bearing Sudutan

  • Bearing sudutan ialah bearing yang diukur dari utara mengikut arah pusingan jam

Langkah Langkah mengukur bearing sudutan

  1. Tentukan titik dan menyambungkan dengan garis lurus
  2.  Tentukan titik rujukan
  3.  Pusat jangka sudut diletak pada titik rujukan

Cara Mengukur Bearing Sudutan Yang Lebih Daripada 180°

  1. Lukis garis lurus menyambung dua titik
  2. Menentukan titik rujukan
  3. Ukur dari arah selatan ke titik
  4. Tambah sudut yang diukur dengan 180°

Friday, 19 February 2021

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 1 Bab 1: Mengenali Sejarah

BAB 1: MENGENALI SEJARAH

1.1 Pengertian Sejarah

Apakah Sejarah ?

Dalam Baasa Melayu: Daripada perkataan arab “Syajarathun” , bererti pokok

                                       -salasilah , Riwayat , keturunan , asal unsul .

Dalam Kamus Dewan: Asal Unsul , salasilah

Dalam Bahasa Inggeris: - cerita tentang seseorang , histori , historia

                                         -penyelidikan

 

1.2 Pengertian Sejarah dalam Pandangan Sejarawan

Hirodotus

  • “Penceritaan tentang Tindakan manusia yang penting dan mengagum serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa”
  • Sejarah Perang Parsi (The Persian War)

E.H.Carr

  • “Suatu proses interksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, sesuatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.”
  • What is history
  • Apakah sejarah

Ibn Khaldun

  • “Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan perubahan yang berlaku pada sifat sifat masyarakat itu.”
  • Muqaddimah

Khoo Kay Kim

  • “Sejarah merujuk kepada apa apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa apa yang berlaku pada masa kini, disamping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.”
Muhd Yusof Ibrahim
  • “Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. S=Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.”
  • Tradisi dan Transformasi

 

1.3 Masa Silam Dan Ruang dalam Sejarah

Masa silam

  • Rentetan peristiwa yang telah berlaku

Ruang masa

  • Dibahagi kepada dekad (10 tahun) , abad(100 tahun) , dan alaf (1000 tahun)

 

1.4 Sumber sejarah

Sumber primer

  • Belum diolah, diterbit
  • Bersifat asli
  • Belum ditafsir

Contoh bagi sumber primer :

  1. Fosil
  2. Artifak
  3. Bukan artifak
  4. Batu bersurat
  5. Keterangan lisan
  6. Dokumen rasmi
  7. Fail rasmi jambatan
  8. Surat peribadi
  9. Manuskrip
  10. Diari

Sumber sekunder

  • Telah dioleh, diterbit
  • Tersebar kepada umum

Contoh bagi sumber sekunder :

  1. Buku
  2. Akhbar
  3. Mjalah
  4. Jurnal
  5. Ensiklopedia
  6. Risalah

 

1.5 Penyelidikan alam sejarah

Kaedah bertulis

  • Kajian terhadap peristiwa daripada maklumat dipahat atau ditulis.

Langkah Langkah Kaedah Bertulis :

  1. Mengenal pastis umber
  2. Mendapat dan mengesahkan sumber
  3. Mengumpul dan menyimpan sumber
  4. Menggunakan peralatan
  5. Menganalisis

Daun lontar

  • Asia Tenggara
  • Bidang kebudayaan , keagamaan dan perubatan

Batu Bersurat Terengganu

  • 702 Hijrah , tahun 1303 Masihi
  • Bukti agama Islam

Kaedah lisan

Mempunyai Tiga tahap :

1.Persediaan

  • Menentukan tokoh
  • Menentukan skop
  • Memilih soalan

2.Rakaman temu bual

  • Membuat persediaan
  • Menyakinkan tokoh
3.Memproses rakaman
  • Membuat senarai
  • Memilih fakta fakta
  • Menyimpan rakaman

Kaedah Arkeologi

  • Secara saintifik
  • Pengiktirafan pertubuhan Pendidikan , saina dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu(UNESCO)

Aktiviti Gali Cari di Tapak penemuan

  1. Perancangan grid
  2. Menanda Kawasan
  3. Ekskavasi , mencatat penemuan

Kerja kerja di makmal arkeologi

  1. Pemuggahan dan pengisihan
  2. Pembersihan
  3. Pengkatalogan
  4. Penganalisisan

 

1.7 Kepentingan Mempelajari Sejara

  1. Mengenal asal unsul
  2. Mengambil iktibar
  3. Mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah
  4. Memupuk patriotism
  5. Mengukuh perpaduan
  6. Membangunkan negara dan bangsa

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 1:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 1:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

Friday, 12 February 2021

Nota ringkas dan padat Prinsip Perakauan Tingkatan 4 Modul 1: Pengenalan kepada Perakaunan

 MODUL 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=7FqWBBveHSs

1.1 PERAKAUNAN, SUBBIDANG PERAKAUNAN, KERJAYA DAN BADAN PROFESIONAL

- Perakaunan merupakan perekodan urus niaga kewangan yang berlaku dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan secara sistematik termasuk prestasi perniagaan, kedudukan kewangan, perancangan dan analisis kewangan.

Perakaunan

Simpan Kira

Skop lebih luas

Skop lebih kecil

Mengumpul, menyusun, menyimpan, merekodkan, mentafsir, menganalisis, merancang, melaporkan, menilai, merumus maklumat kewangan

Mengumpul, menyusun menyimpan, merekodkan urus niaga berdasarkan sistem catatan bergu

Membolehkan pihak tertentu membuat keputusan, perbandingan dan perancangan perniagaan

Membolehkan akauntan melaksanakan proses perakaunan yang seterusnya


Kitaran Perakaunan

- 1. Dokumen Sumber -> 2. Buku Catatan Pertama -> 3. Lejar -> 4. Imbangan Duga -> 5. Pelarasan -> 6. Imbanga Duga Terlaras -> 7. Catatan Penutupan -> 8. Penyata Kewangan

Subbidang Perakauanan

1. Perakaunan kewangan: menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan yang digunakan oleh pengguna dalaman dan luaran untuk membuat keputusan.

2. Perakaunan pengurusan: menyediakan pengurusan perkaunan untuk pengguna dalaman. Melibatkan kawalan, perancangan dan pengurusan pengeluaran

3. Pengauditan: memeriksa dokumen perniagaan, rekod kewangan untuk mengesahkan kesahihan rekod maklumat perakaunan, memastikan Penyata Kewangan yang disediakan mematuhi piawaian perakaunan diterima umum.

4. Percukaian: merancang hal-hal percukaian dan menyediakan penyata cukai bagi pihak syarikat. Penasihat cukai akan memberikan nasihat dalam hal-hal pengurusan percukaian perniagaan.

Ciri-ciri Akauntan sebagai Pemimpin

Akauntabiliti

Bertanggungjawab melaksanakan segala tugas kerja yang diamanahkan

Integriti

Jujur dalam semua hubungan profesional dengan pihak luar

Kredibiliti

Berkomunikasi tentang perakaunan secara adil dan objektif kepada semua pihak


Kod Etika Akauntan Profesional:
Kompetensi (profeional, berkemahiran), Integriti (jujur dan telus), Kerahsiaan ( tidak mendedahkan maklumat), Objektiviti (tidak berat sebelah), Sifat Profesional (mematuhi peraturan dan undang-undang)

Badan Perakaunan

Institut Akauntan Malaysia (MIA)

Menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi ahli.

Menawarkan latihan, pelajaran dan peperiksaan.

 Mempromosi dan mempopularkan profesion perakauanan.

Mengenakan peraturan atas amalan profesion perakaunan

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)

Menggubal dan menerbitkan piawaian perakaunan.

Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada.

Penasihat kepada akauntan.

Menentukan keperluan minimum dan garis panduan dalam penyediaan laporan kewangan.

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)

Memajukan profesion perakaunan melalui latihan dan peperiksaan.

Melatih dan melahirkan akauntan bertauliah.

Melakukan penyelidikan dan pembangunan dalam perakaunan

CIMA

Melahirkan akauntan profesional yang mahir dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan.

Mengkaji dan menangani perubahan semasa dalam perniagaan

ACCA

Memberi khidmat sokongan kepada ahli dan pelajarnya sepanjang kerjaya dalam bidang perakaunan mereka.

Memberi pendedahan tentang peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan amalan perakaunan dan etika dalam perakaunan

 

1.2 SEJARAH PERAKAUNAN DAN PERKEMBANGANNYA

- Rekod perakaunan terawal di Babylonia pada 3500 SM dalam bentuk tanah liat. 400 SM, rekod dibuat dengan kertas papyrus dan calamus pen di Mesir. Sistem Catatan Bergu bermula di Itali dipopularkan oleh Luca Pacioli pada abad 14. Selepas revolusi perindustrian, perakaunan kos diperkenalkan. Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASC) ditubuhkan 1973.

- Perisian perakaunan di Malaysia: UBS, SAGE

- Kelebihan perisian perakaunan: boleh diakses oleh individu yang diberi kuasa, mengurangkan risiko kerosakan dan kehilangan data. Pembetulan kesilapan dapat dilakukan dengan mudah

- Kepentingan Sistem Maklumat Perakaunan: mengumpul dan menyimpan data transaksi, memproses data untuk penjanaan maklumat Penyata Kewangan, menyediakan kawalan menjaga keselamatan aset perniagaan, membolehkan juruaudit memahami sistem penghasilan Penyata Kewangan, membolehkan pakar merancang hal-hal percukaian dengan tepat dan yakin

1.3 PENYATA KEWANGAN

- Akaun Perdagangan dan Untung Rugi: terdiri daripada jualan bersih, kos jualan, hasil dan belanja, untuk menunjukkan prestasi perniagaan sama ada memperoleh untung atau rugi

- Penyata Kedudukan Kewangan: terdiri daripada aset, liabiliti dan ekuuiti pemilik, untuk mengetahui kedudukan kewangan perniagaan

Ciri Kualitatif Penyata Kewangan

- Asas: kerelevanan, perwakilan benar

- Tertingkat: kebolehfahaman, kebolehbandingan, kebolehsahan, pemasaan(boleh mendapat maklumat pada bila-bila masa)

Pengguna Penyata Kewangan

- Pengguna dalaman: pemilik perniagaan (untuk mengetahui prestasi perniagaan), pihak pengurusan (untuk merancang dan membuat keputusan perniagaan)

- Pengguna luaran: pembekal dan pihak bank (menilai kemampuan membayar hutang), LHDN (Mentaksir cukai pendapatan), Pemegang saham (membuat keputusan pelaburan)

Andaian Perakaunan

1. Entiti Perniagaan: hanya urus niaga perniagaan direkodkan, entiti pemilik diasingkan

2. Tempoh perakaunan: tempoh yang dibahagikan secara rata dan tetap

3. Wang sebagai ukuran: hanya item dalam bentuk wang direkodkan dalam buku akaun

4. Usaha berterusan: hayat yang berterusan untuk jangka masa yang tidak terbatas

Prinsip Perakaunan

1. Ketekalan: menggunakan kaedah yang sama pada setiap tempoh perakaunan

2. Prinsip kos:  aset dan perbelanjaan direkodkan mengikut kos asal aset

3. Pengiktirafan hasil dan belanja: jumlah belanja mestilah ditolak dari hasil bagi mengira untung

4. Batasan Perakaunan(kos manfaat):kos penyediaan maklumat mesti tidak melebihi nilai maklumat

1.5 ENTITI PERNIAGAAN

Aspek

Milikan Tunggal

Perkongsian

Syarikat Berhad

Koperasi

Pemilikan

Seorang pemilik

2-20 (biasa)      2-50 (profesional)

2-50 orang (Sdn Bhd) Min 2 (Awam Bhd)

50-tiada had

Sumber Modal

Disumbang oleh pemilik

Disumbang para pekongsi

Terbitan saham dan langganan saham

Penerimaan fi masuk, jualan saham

Liabiliti

Tidak terhad

Tidak terhad

Terhad

Terhad

Undang-undang

Akta Pendaftaran Perniagaan

Akta Perkongsian 1961

Akta Syarikat 1965

Akta Koperasi 1993

Keuntungan, kerugian

Dinikmati oleh pemilik

Diagihkan antara pekongsi

Dalam bentuk dividen

Dalam bentuk dividen

Pengurusan

Pemilik

Pekongsi aktif

Ahli Lembaga Pengarah

Anggota Lembaga Koperasi

Faktor Pemilihan

Modal rendah. bebas membuat keputusan

Risiko kerugian ditanggung bersama

Mengumpul modal lebih besar

Anggota berobjektif sama. Mengumpul modal lebih besar


Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 4:

Modul 1: Pengenalan kepada Perakaunan

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3