BAB 10: KECEMERLANGAN MALAYSIA DI PERSADA DUNIA
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=Upi-o1WQkeY
10.1 MALAYSIA DALAM ISU
GLOBAL KONTEMPORARI
Penyalahgunaan Dadah |
- mengisytiharkan perang dan menjatuhkan hukuman
berat. - disuarakan dalam forum antarabangsa seperti IDEC
oleh A.S. - mendapatkan kerjasama INTERPOL dalam usaha
memerangi dadah serta bekerjasama dengan negara lain menggubal stategi - Tun Dr. Mahathir terpilih sebagai Ketua
Jawatankuasa Antidadah Antarabangsa PBB 1988. |
Pertindihan Sempadan |
-Tuntutan Pulau Batu Putih (Malaysia, Singapura),
Pulau Sipadan dan Ligitian (Malaysia, Indonesia) diselesai melalui Mahkamah
Antarabangsa. Pulau Sipadan dan Ligitan milik Malaysia. Pulau Batu Putih
Singapura. - Tuntutan Pulau Spratly (China, Vietnam, Brunei,
Filipina) belum diselesai. Penting dari sudut geostrategik dan perdagangan.
Bagi Malaysia, tuntutan bermula 1979 apabila memasukkna sebagaiannya ke dalam
wilayah Malaysia. Membangkitkan isu ini dalam Forum ASEAN-China 1995. |
Kempen Antiminyak Sawit |
- Kempen dilancarkan oleh American Soybean
Association (ASA) dan NGO Pencinta Alam di Eropah. ASA: menjejaskan jualan
minyak kacang soya. NGO: punca pencemaran alam sekitar, kemusnahan hutan,
habitat haiwan liar. - melalui pertubuhan RSPO, kempen berterusan serta
mendapatkan skim pensijilan MSPO. Hal ini bagi menghasilkan pengeluaran
minyak sawit secara mampan dan pelaksanaan amalan baik seperti GAP. Tindakan
berhemah mengelakkan konflik dengan negara lain. |
Pemerdagangan Orang |
- ancaman terhadap hak asasi manusia dan keselamatan
negara. - Perkembangan ekonomi, kemakmuran menarik warga
asing. Kedudukan strategik Malaysia menjadikannya lokasi transit. - memberi bantuan kepada mangsa. Undang-undang
dikuatkuasa menerusi Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-kanak 1989 dan
Protokol PBB untuk mencegah , menyekat dan menghukum pesalah. - menubuhkan MAPO dan menguatkuasakan Akta
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran. Mewujudkan pelan
Tindakan Kebangsaan ANtipemerdagangan Orang, menjalankan rundingan negara
luar, penguatkusaan, pendakwaan, perlindungan. |
Penyakit Berjangkit |
- AIDS dikesan 1986 di Malaysia. Merebak disebabkan
gaya hidup tidak sihat, penyalahgunaan dadah - Kementerian Kesihatan mengawal dnegan pemeriksaan
kesihatan berterusan, rawatan, menyebabkan penularan wabak terkawal. - WHO memperaku pencapaian Malaysia sebagai negara Asia
yang berjaya mengurangkan masalah penularan wabak daripada ibu kepada anak
2018. - sejak 2011, mendukung hasrat PBB menjadikan dunia
bebas AIDS melalui NSPEA. Menyambut Hari AIDS Sedunia 1 Disember. |
10.2 PERANAN MALAYSIA DALAM HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA
Meluaskan Pasaran Ekonomi |
- AFTA menjadikan kawasan ASEAN tenpat produksi
kompetitif bagi hasil keluaran negara ASEAN. Mengurangkan tarif dan cukai
barangan. |
Dominasi Ekonomi Negara Maju |
- negar amaju mengenakan sekotan dan halangan bentuk
tarif dan cukai menjejaskan perdagangan. Malaysia bersuara agar layanan
saksam diberi dalam pelbagai forum antarabangsa: APEC |
Kerjasama Pembangunan Ekonomi Segi Tiga |
- pembangunan wilayah baharu yang dimajukan
bersama-sama negara ASEAN - mendapatkan keuntungan bersama jika negara jiran
saling membantu memajukannya. - Malaysia dapat mengurangkan monopoli pasaran
barangan dalam ASEAN daripada negara maju. Mengurangkan kebergantungan pada
pasaran kewangan antarabangsa dengan mewujudkan pelbagai badan seperti
koperasi ASEAN, bank ASEAN, wang ASEAN, membendung campur tangan negara maju. |
Menangani Kemelesetan Ekonomi |
- kejatuhan nilai mata ringgit dan spekulasi wang,
pelabur menarik pelaburan menjejaskan ekonomi - didesak mencontohi langkah negara lain iaitu menggunakan
pelan perancangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) namun negara kita
enggan. - Malaysia menambat kadar pertukaran RM ke USD pada
kadar RM3.80 = USD 1. Berjaya memulihkan ekonomi |
Mengantarabangsakan Sistem Kewangan Islam |
- sistem kewangan berlandaskan syarat dan alternatif
kepada sistem kewangan konvensional. - membangunkannya yang progresif dan komprehensif
sehingga menyumbang keberkesanan kewangan negara. - menduduki kedudukan utama pelbagai indeks global
termasuk pasaran sukuk terbesar dunia. Negara utama pelaburan dana Islam - menubuhkan INCEIF untuk menyokong perkembangan
kewangan Islam |
10.3 PELIBATAN RAKYAT DALAM ISU KEMANUSIAAN DAN KEAMANAN
- Malaysia terlibat dalam
aktiviti kesukarelawan bagi membantu golongan tidak bernasib baik, menaikkan
nama negara di mata dunia.
Isu Palestin
- disuarakan oleh semua
perdana menteri. Rejim Zionis Israel melakukan kekejaman, pengusiran dan
pembunuhan penduduk Palestin. Perjuangan memastikan hak dan keadilan rakyat
Palestin mendapat pembelaan.
- Aman Palestin:
menyalurkan bantuan kebajikan dan sumbangan orang ramai
- MAPIM: menjalankan
kerja sukarelawan dalam usaha membantu rakyat yang tertindas. Contoh: Hari
Solidariti Rakyat Palestin
- CGM: aktiviti
kutipan dan sumbangan kepada penduduk Gaza. Melancarkan Program Ramadan 2020
dengan tema “ Ramadan Bulan Berkongsi Kebahagiaan” mernagkumi bantuan
perubatan, kebajikan belia, teknologi hijau, infrasturktur, pendidikan,
pengajian al-Quran, seni dan budaya.
- Muslim Care Malaysia:
menjalankan misi kemanusiaan
- mengadakan demonstrasi,
menubuhkan Tabung Palestin, menghantar bantuan makanan dan perubatan menerusi
program Freedom Flotilla oleh Free Gaza Movement.
- 12 sukarelawan dalam kapal
Mavi Marmara ditawan Mei 2010. Dr. Fauziah Mohd Hasan serta program “Women’s
Boat to Gaza” Ogos 2016, kapalnya Zaytouna-Oliva ditawan. Dr. Mohd Afandi
Salleh terlibat menaiki kapal Al-Awdda ditawan dan dipenjara di Israel sebelum
dibebaskan.
Isu Syria
- masalah kekurangan makanan,
kemudahan perubatan. 1 Oktober 2015, kerajaan sedia menerima 3000 pelarian
dalam tempoh 3 tahun secara sukarela atas dasar kemanusiaan.
MyCare |
Kempen i4Syria menyalurkan bantuan kepada pelarian.
Mengendalikan pendidikan, kesihatan, kebajian pelarian di Malaysia |
CSM |
Memberi bantuan kepada pelarian di Turki, Lubnan dan
Malaysia. Menubuhkan “Sekolah KITA” program pendidikan percuma. |
GPM |
Menjalankan aktiviti kesukarelawan di 30 negara.
Memberikan bantuan makanan, ubatan, peralatan. |
Tsunami di Acheh dan Sri Lanka
MERCY Malaysia |
Memberi bantuan perubatan serta membina semula pusat
kesihatan komuniti di Acheh. Membangunkan infrastruktur di Sri Lanka termasuk
sekolah dan jambatan bagi kemudahan penduduk |
ABIM |
Mendirikan sekolah dan rumah perlindungan kepada
lebih kurang 120 orang anak yatim mansa tsunami di Banda Acheh |
Yayasan Restu |
Bentuan pendidikan percuma kepada warga Acheh.
Membangunkan rumah anak yatim Babun Najah di Ulee Kareung, Acheh. |
10.4 USAHA MENGEKALKAN KELESTARIAN GLOBAL
- mengekalkan serta
memelihara keaslian alam sekitar bagi membolehkannya diwarisi
Mengisytiharkan
Deklarasi Langkawi
- Oktober 1989 bersempena
Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel sebagai usaha menangani kesan rumah
hijau, kerosakan dan penipisan lapisan ozon, pencemaran.
- Anugerah Langkawi kepada
warganegara menyumbang besar dalam bidang alam sekitar
- Dasar Alam Sekitar 2002
sebagai asas pembangunan negara.
- Mnegisytiharkan Langkawi
sebagai geopark bagi memastikan kelestariannya terjamin
- Dasar Tekonologi Hijau
Negara 2009 menggalakkan penggunaan produk teknologi hijau bagi mengawal
perubahan iklim
Menyertai Sidang
Kemuncak Bumi
- dianjur oleh PBB di Rio de
Janeiro, Brazil berkaitan isu pencemaran alam sekitar.
- mengeluarkan Agenda 21,
dokumen umum pengurusan aktiviti manusia. Menyentuh pembangunan abad-21 mengatasi
masalah kemiskinan, kebuluran dan kemerosotan alam sekitar
- Terlibat dalam Protokol
Kyoto 1997 dan persidangan alam sekitar Bali 2007. Persetujuan sah dan
persefahaman negara maju akan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau secara
kolektif dan menggalakkan penggunaan tenaga baharu seperti tenaga solar.
- Hasrat Malaysia untuk
menerapkan dan mengguna pakai segala saranan agenda dalam program pembangunan
bagi memastikan alam sekitar tidak tejejas dan dapat diwariskan
Antartika sebagai
Warisan Sejagat
- penerokaan didominasi
sebahagian kecil negara. Pandangan diutarakan dalam Sidang Kemuncak NAM ke7,
mendesak PBB menjadikannya warisan manusia sejagat. Mencadang PBB mentadbirnya
agar segala bentuk hasil dikongsi bersama.
- Malaysia membentuk pasukan
penyelidik ke Antartika: Dr. Haji Omar Abdul Rahman 1985.
- Giat penyelidikan 1999
terutama bidang perubahan iklim dan kajian gas rumah hijau.
- mewujudkan Pusat
Penyelidikan Antartika Kebangsaan di UM diterajui Dr. Azizan Abu Samah
- Yayasan Penyelidikan
Antartika Sultan Mizan (YPASM) di KL terlibat dalam penyelidikan saintifik
10.5 WAWASAN MALAYSIA
MENUJU MASA HADAPAN
- Strategi jangka panjang sebagai panduan arah dasar dalam aspek pembangunan negara.
Komuniti ASEAN |
- Ditubuhkan pada 2015 melalui Deklarasi Kuala
Lumpur - satu langkah menyeluruh, strategik, bersifat
memandang ke hadapan, mencerminkan aspirasi ASEAN - Wawasan berfokus pada ekonomi (Meningkatkan
pertumbuhan ekonomi ), sosiobudaya (Integrasi negara anggota
dipertingkatkan), keselamatan (menjamin keselamatan, menyelesaikan konflik
secara damai) |
Keselamatan Makanan |
- UNC 1996: keselamatan makanan merujuk setiap orang
setiap masa mempunyai akses sumber makanan mencukupi, selamat dan berkhasiat
memenuhi keperluan makanan. - Isu: kenaikan harga, bekalan terhad kerana masalah
pengeluaran, bencana atau pencemaran makanan. - Bekerjasama negara ASEAN menubuhkan Rizab Sekuriti
Makanan ASEAN. Mendapatkan maklumat dasar sekuriti makanan negara ASEAN,
membentuk Simpanan Beras Kecemasan ASEAN digunakan waktu kecemasan dan kedar
50000 tan sebagai stok. |
Alam Sekitar |
- Jerebu: pencemaran udara menjejaskan jarak
penglihatan dan kesihatan. Disebabkan pembakaran terbuka tidak terkawal. - Perjanjian ASEAN berkaitan Pencemaran Jerebu
Merentas Sempadan. Perjanjian serantau pertama di dunia. Negara anggota
mengambil langkah dari aspek undang-undang, pentadbiran, langkah lain yang
wajar bagi memastikan krisis jerebu tidak berlaku dengan prinsip “ASEAN Tanpa
Jerebu 2020” - Malaysia dan Singapuran bersetuju bekerjasama
melaksanakan R&D bidang pencegahan pembakaran tanah gambut bagi mencari
penyelesaian jerebu. |
Zon Bebas Nuklear |
- SEANWFFZ, Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear
Asia Tenggara 1995, negara tidak mengembangkan, mengeluarkan, memperoleh,
memiliki, mengawal senjata nuklear - Kedudukan Asia Tenggara strategik menyebabkannya
terbabit dalam kancah persaingan China dan A.S. Malaysia berasakan laluan
Selat Melaka dan Laut China Selatan perlu bebas senjata nuklear. Tidak
membenarkan kapal yang membawa senjata nuklear berlabuh atau mengadakan
latihan di perairan negara kerana membawa konflik. |
Kerelevanan Organisasi Antarabangsa |
- PBB dan OIC tidak mampu berfungsi baik dalam
menjayakan matlamat terutama menjaga hak dan kedudukan negara kecil sedang
membangun - Berpandangan penggunaan kuasa veto hanya sah jika 2
buah negara yang berkuasa bersama 3 anggota yg tidak berkuasa veto bersetuju
menggunakannya demi mengurangkan penyalahgunaan kuasa veto. Negara berkuasa
veto tidak boleh meletakkan diri terkecuali daripada undang-undang
antarabangsa. |
Hak Asasi Manusia, Pelarian dan Pendatang Asing
Tanpa Izin (PATI) |
- Kemakmuran, keamanan, pertumbuhan ekonomi pesar
menarik kemasukan PATI, Pelarian. - membawa implikasi sosial, ekonomi, jenayah,
politik, hubungan diplomatik, mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.
Membendung kemasukan melalui mekanisme pengurusan warga asing. - terlibat dalam UNHCR. Dilantik sebagai ahli
suruhanjaya 1993-1995. SUHAKAM ditubuh 1999. |