BAB 9: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
9.1 USAHA
RUNDINGAN KEMERDEKAAN
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=UXhrbq9_lzs
- Selepas Perang Dunia
Kedua, usaha membebaskan negara seperti Mesir, India, Burma dan Filipina.
- British memberikan
jaminan akan membantu PTM berkerajaan sendiri secepat mungkin.
- Pilihan Raya Umum
1955 menjadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri.
- Wakil Parti Perikatan
dan Wakil Raja-raja Melayu pergi ke London bagi membincangkan hal keselamatan,
hubungan British- Tanah Melayu dan soal berkaitan perlembagaan negara yang akan
merdeka.
- Mendapat sokongan
Ketua Parti Rakyat iaitu Ahmad Boestaman, Wakil orang Ceylon iaitu E.E.C.
Thuraisingham, pemimpin Parti Negara, wakil Parti Buruh dan wakil kaum Serani.
Wakil Raja-Raja
Melayu |
Wakil Parti
Perikatan |
Menteri Besar Perak: Dato’ Panglima Bukit
Gantang iaitu, Dato’ Haji Wahab Abd Aziz |
Tunku Abdul Rahman |
Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz
Abdul Majid |
Dato’ Abdul Razak Hussein |
Menteri Besar Johor: Dato’ Mohamad Seth
Mohammad Said |
H.S.Lee |
Menteri Besar Kelantan: Dato’ Nik Ahmad Kamil
Haji Mahmood |
Dr. Ismail Abdul Rahman |
Sebelum 1 Jan
1956 |
Tungku Abdul Rahman berangkat dari KL ke
Singapura dengan kapal terbang |
1 Jan 1956, 5.00
pm |
Menaiki kapal laut M.V.Asia berlepas dari
Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. Tujuan untuk berbincang dengan wakil
Raja-raja Melayu dan mendapat persetujuan untuk menyusun strategi bersama-sama. |
Selepas 1 Jan
1956 |
Singgah di Karachi, Pakistan dan menaiki
kapal terbang ke London. |
14 Januari 1956 |
Tiba di London. |
Rundingan
Kemerdekaan
- Rundingan
kemerdekaan dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956 antara wakil Raja
Melayu, wakil Parti Perikatan dan British di Lancaster House, London.
British |
Perwakilan Tanah
Melayu |
Ahli Majlis Eksekutif, selain Ketua
Setiausaha dan Peguam Negara dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan nasihat
Ketua Menteri. |
Menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan
diganti dengan Menteri Kewangan |
Kerjaan PTM memberi ganti rugi kepada pegawai
yang diberhentikan |
Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kalangan
rakyat PTM |
Mengadakan Perjanjian Pertahanan dan Bantuan
Bersama antara PTM dengan British |
Menteri Pertahanan daripada rakyat PTM
menggantikan pengarah Gerakan yang disandang pegawai British. |
Pihak British dan Komanwel memberikan bantuan
seperti pertahanan |
Tarikh kemerdekaan tidak lewat daripada 31
Ogos 1957 |
|
Berunding tentang isu Suruhanjaya Perlembagaan,
kewangan , keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam. |
- Satu laporan 20
halaman dihasilkan. Melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari
1956, British bersetuju memberikan kemerdekaan.
- Kedua-dua pihak
bersetuju membentuk Suruhanjaya Perlembagaan merangka perlembagaan.
Sambutan
Bersejarah di Melaka
- Tunku Abdul Rahman
dan rombongan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada 20 Februari
1956.
- Rombongan diarak ke
Padang Banda Hilir, Melaka. Lebih 100 ribu orang datang.
- Tunku Abdul Rahman
mengumumkan tarikh kemerdekaan. Rakyat melaungkan “Merdeka” dengan gemuruh.
9.2 PERANAN
SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
- Dibentuk pada 8 Mac
1956, juga dikenali Suruhanjaya Reid. Mulakan tugas pada akhir bulan Jun 1956.
- Ahli: Lord Reid
(Britain), Sir William Ivor Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia),
Hakim B.Malik (India), Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Terma Rujukan
Suruhanjaya Perlembagaan PTM
1. Memeriksa aturan
perlembagaan di seluruh Tanah Melayu, mengambil kira kedudukan dan martabat
Ratu England dan Raja-raja Melayu
2. Memerikan cadangan
terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan
sendiri dalam lingkungan Komanwel berdasarkan Demokrasi Berperlimen dengan dua
Dewan Perundangan.
3. Mewujudkan kerajaan
pusat yang kuat dengan kerajaan negeri juga mempunyai autonomi tertentu
4. Melindungi
kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan di negeri masing-masing
5. Mencadangkan satu
jawatan bagi ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Besar (kemudiannya dikenali
sebagai Yang di-Pertuan Agong) untuk PTM.
6. Mengadakan satu
bentuk kewarganegaraan bagi PTM
7. Menjaga kedudukan
istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
Gerak Kerja
Suruhanjaya Perlembagaan PTM
1. Meminta cadangan
daripada semua penduduk secara bertulis dan lisan. Menerima memorandum bertulis
daripada pelbagai pihak untuk diteliti
2. Meneliti kedudukan
perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan, menghadap Raja-raja Melayu, Menteri
Besar, Penasihat British dan pegawai negeri. Bermesyuarat dan melawat negeri
Melayu dan Negeri-negeri Selat.
3. Mengadakan
persidangan untuk membincangkan pelbagai isu. 118 perjumpaan diadakan dari Jun
hingga Oktober 1856. Mengkaji dan membuat laporan serta cadangan membentuk
perlembagaan.
9.3 LANGKAH
PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG MERDEKA
- Sebanyak 131
memorandum bertulis diterima.
Daripada Pihak Raja-raja Melayu |
- Persekutuan mempunyai seorang Ketua Negara
dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong. Harus dipilih oleh Raja-raja Melayu
berdasarkan kekananan. Tempoh jawatan 5 tahun. - Yang di-Pertuan Agong bolen meletak jawatan
dengan persetujuan Majlis Raja-raja. - Raja- raja Melayu melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. |
Daripada Parti Politik dan Pihak Awam |
Soal Kewarganegaraan - Parti Perikatan memorandum Testament Amanah
Politik Perikatan. Terdapat pihak dalam UMNO menolak jus soli. - Dewan perniagaan Melayu memohon diketatkan. - Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya
menggesa kewarganegaraan menerusi kelahiran. - Masyarakat India menuntut kewarganegaraan
mereka diteliti. - Masyarakat Serani mehu hak dipertahankan. Bahasa dan Pendidikan - MCA menuntut semua sekolah aliran BI atau
vernakular diteruskan. - Semua sekolah kebangsaan mempelajari BI,
BM, BC, BT. |
Draf
Perlembagaan
- meneruskan sistem
kerajaan Persekutuan dengan negeri berkuasa tertentu.
- Sistem kewarganegaraan
berasaskan jus soli.
- Kedudukan istimewa
orang Melayu diteruskan.
- Raja-raja diterima
dengan konsep Raja Berperlembagaan dengan seorang Yang di-Pertuan Agong dipilih.
- Sebuah parlimen
dengan dua Majlis Mesyuarat, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk.
Reaksi terhadap
Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
UMNO |
Ahli tidak bersetuju dengan jus soli kerana
bimbang kedudukan istimewa Melayu tergugat. Agama Islam harus diakui sebagai
agama rasmi. Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi. |
PAS |
Mengkritik soal kewarganegaraan dianggap
tidak menjaga kepentingan orang Melayu dan mahu kedudukan agama Islam sebagai
asas pemerintahan negara. Menuntut BM sebagai bahasa rasmi. |
Parti Negara |
Dato’ Onn Jaafar menolak syarat
kewarganegaraan yang longgar. Bersama PAS, Parti Rakyat mengadakan kongres. |
Masyarakat Cina &India |
Ingin Mandarin sebagai bahasa kebangsaan Mahukan syarat kewarganegaraan dan penggunaan
BT diberi perhatian. |
- 9 Mei 1957, Tunku
Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin dan V.T.Sambanthan berlepas
ke London untuk berbincang isu kewarganegaraan dan isu yang belum muktamad.
Hasil pindaan dibincangkan dalam Majlis Raja-raja.
- Draf dibawa ke
Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibentangkan dan dibahaskan pada 10-11
Julai 1957.
- Draf diluluskan oleh
Parlimen British dan MPP pada 27 Ogos 1957. Dikuatkuasa pada 31 Ogos 1957.
9.4 PERJANJIAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Sistem
Demokrasi Berparlimen |
Pemilihan seorang raja sebagai Yang
di-Pertuan Agong yang dilantik dalam kalangan Raja-raja Melayu 5 tahun
sekali. |
Perkara 32 |
Kewarganegaraan |
Setiap orang yang lahir dalam Persekutuan
pada atau selepas hari merdeka menjadi warganegara. Kewarganegaraan melalui
undang-undang, pemohonan didaftarkan sebagai rakyat, naturalisasi. |
Perkara 14 Perkara 15 Perkara 19 |
Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan
Kepentingan Sah Kaum Lain |
Rakyat berketurunan Melayu diberi keutamaan
dengan mengambil kira status mereka sebagai rakyat asal Tanah Melayu. Hak masyarakat
lain tetap diperlihara dan dilindungi |
Perkara 153 |
Kedudukan Agama Islam |
Agama Islam sebagai agama Persekutuan dan
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara kita. |
Perkara 3 Perkara 11 |
Kedudukan Bahasa Melayu |
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sebagai bahasa pengantar dan bahasa komunikasi |
Perkara 152 |
Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa
Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme
Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948
Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat
Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan
Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan