Wednesday 2 March 2022

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 5 Bab 1: Kedaulatan Negara

 BAB 1: KEDAULATAN NEGARA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=AKElTxO9Aqk

1.1  KONSEP KEDAULATAN

- kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta berhak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.

- Bahasa Yunani (supernuus/superanus): agung atau tertinggi, negara yang bebas dan merdeka.

- Bahasa Inggeris (sovereignty): negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan

- Bahasa Arab (daulah): kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

- Bahasa Melayu (Daulat): kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

- Aristotle: kuasa tertinggi dalam system pemerintahan negara. Kerajaan terikat oleh undang-undang.

- Ibnu Khaldun: kekuatan dan kekuasaan negara berasaskan semangat kekitaan yang diiringi semangat beragama dan rela berkorban demi cita-cita yang sama.

- Jean Bodin: kuasa tertinggi negara, bersifat kecil dan berkuasa tidak terbatas.

- Tunku Abdul Rahman: kebebasan dan keadilan memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat

- Tun Dr. Mohamed Salleh Abas: asas negara merdeka, memiliki kebebasan antarabangsa berhak dan berkuasa mengatur urusan negeri tanpa telunjuk asing.

Jenis Kedaulatan

Kedaulatan Tradisional

- system pemerintahan berkuasa mutlak.

- Kerajaan kita berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu, kekuasaan dan kewibawaan raja. Raja pemerintah kuasa tertinggi.

- Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat.

Kedaulatan Moden

- Idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan dan Perancis, berkaitan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan.

- Selepas PDP, kedaulatan berkaitan nasionalisme berunsur persamaan rumpun bangsa dan Bahasa.

- Kedaulatan negara kita lahir hasil gabungan negeri dikenali PTM 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963.

Kedaulatan Undang-undang

- Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang.

- Menjamin keadilan, kehidupan bermasyarakat, negara aman, stabil, makmur.

- Badan kehakiman yang bebas dan berwibawa memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang.

Kedaulatan Antarabangsa

- Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain.

- Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970 mengesahkan persamaan kedaulatan undang-undang antarabangsa.

- Keanggotaan negara kita dalam PBB membuktikan dunia mengiktiraf negara kita negara yang bebas, merdeka, berdaulat.

 1.2 CIRI NEGARA YANG BERDAULAT

Mempunyai Pemerintahan

- Menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan, ekonomi.

- Malaysia mengamalkan Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen. Ketua Utama Negara ialah Yang di-Pertuan Agong, Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri dibantu Jemaah Menteri.

Mempunyai Sempadan

- Garis pemisah negeri atau negara.

- Berkongsi sempadan darat, air, udara dengan negara jiran.

- Diakui masyarakat antarabangsa, memudahkan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan pembangunan ekonomi.

Mempunyai Perundangan

- Memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan, melindungi rakyat.

- Berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

- Parlimen menggubal dan menentukan perundangan.

Mempunyai Rakyat

- Penduduk negara. Terikat kepada undang-undang.

- Terdiri daripada pelbagai kaum, agama, adat resam.

- Disatukan oleh Bahasa, kebudayaan, Rukun Negara, identity nasional.

 1.3 KEPENTINGAN MEWUJUDKAN NEGARA BERDAULAT

Keberkesanan Pentadbiran

- Mentadbir tanpa campur tangan pihak luar.

- Pentadbiran melalui Jemaah Menteri dan kementerian berkaitan, kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

- Pentadibiran diperkukuh melalui undang-undang Perlembagaan Persekutuan.

Kemakmuran Ekonomi

- Pelbagai usaha memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat meliputi pertanian, perindustrian, perdagangan selepas kemerdekaan.

Kesejahteraan Sosial

- Melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran menyumbang untuk pembangunan negara.

- Bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan, Rukun Negara diperkenalkan memupuk perasaan muhibah dan semangat perpaduan.

Kecemerlangan Hubungan Luar Negara

- Menjalinkan hubungan diplomatic dan persahabatan, mengadakan perjanjian dan kerjasama pelbagai bidang.

- Menikmati faedah mempertahankan kedaulatan, meningkatkan imej negara, diakui peranan dan kebolehan setaraf negara lain.

 1.4 LANGKAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN

Langkah

Pemerintah

Rakyat

Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi

- Mewujudkan pentadbiran yang cekap

- Mengelakkan rasuah

- Memastikan agihan kekayaan adil

- Melaksanakan undang-undang negara berkesan

- Setia kepada raja dan negara

- Menyokong usaha dan dasar kerajaan

- Memupuk Kerjasama kaum

- Mematuhi undang-undang

Mengekalkan Perpaduan Kaum

- mengubal dasar, undang berkaitan

- Memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar

- Merangka program, kempen perpaduan

- Memperuntukkan perbelanjaan yang mencukupi

Menggunakan Bahasa kebangsaan, menghayati Rukun Negara

- Memahami, menghormati agama, budaya kaum

- Bersemangat perkongsian, toleransi, hormat-menghormati

- Menyertai program kemasyarakatan

Memupuk Patriotisme

- Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pahlawan

- Mewajibkan mata pelajaran Sejarah

- Menganjurkan kempen, menerbitkan filem, rencana

- Mengiktiraf rakyat berjasa dengan mengabadikan nama

- Menghormati lambing negara

- Menyanjungi dan menghargai adat, warisan negara

- Meningkatkan imej negara

- Menghargai tokoh kemerdekaan dan kedaulatan

 

Mengukuhkan Pertahanan Negara

- Menggubal dasar dan undang-undang

- perjanjian pertahanan, Latihan ketenteraan antarabangsa

- Memodenkan asset ketenteraan

- Memastikan pasukan keselamatan bersiap siaga

- Peka terhadap isu keselamatan

- Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar

- Menganggotasi pasukan keselamatan dan sukarelawan

- Sanggup berkorban demi negara


No comments:

Post a Comment