BAB 8: PILIHAN RAYA
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=kEN5lfsnbsk
8.1 PERKEMBANGAN
PILIHAN RAYA DI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
- Pilihan raya
merupakan asas berkerajaan sendiri dan memberikan peluang kepada rakyat untuk
memilih wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan.
Pilihan raya di PTM |
Diadakan selaras dengan peruntukan dalam
perjanjian PTM 1948. |
Jawatankuasa Pilihan Raya |
Diwujudkan bagi Majlis Mesyuarat Perundangan
bagi mengkaji dan membuat cadangan tentang pilihan raya. |
Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan |
Pada 1950 memberikan kuasa kepada majlis
tempatan untuk mengadakan pilihan raya. |
Pilihan Raya Majlis Perbandaran yang Pertama
di Geoge Town, Pulau Pinang 1951 |
Untuk memilih 9 ahli Pesuruhjaya Perbandaran
George Town. Sebelum pilihan raya, ahli dalam Majlis Perbandaran dilantik
oleh Gabenor Negeri-negeri Selat. Hari pendaftaran pemilij diadakan selama 6
minggu mulai 17 Mei hingga 30 Jun 1951. 14514 orang pengundi mendaftar. |
Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
Februari 1952 |
Merebut 12 kerusi Majlis Perbandaran Kuala
Lumpurbagi kawasan Sentul, Bangsar, Imbi dan Petaling Jaya. UMNO bahagian KL
dan MCA bahagian Selangor bergabung menjadi Perikatan. Pilihan raja majlis
perbandaran diadakan pada peringkat bandar lain, UMNO-MCA mendapat kemenangan
kerusi yang dipertandingkan. |
Pilihan Raya peringkat Negeri 1954 |
UMNO-MCA memenangi 226 keruusi daripada 268
kerusi yang dipertandingkan. Hal ini menunjukkan penerimaan masyarakat
terhadap kerjasama kaum dalam politik negara. |
8.2 PROSES
PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA
- Pilihan Raya Umum
Pertama perlu diadakan bagi
merintis jalan ke arah kemerdekaan. Pilihan raya memilih anggota Majlis
Perundangan Persekutuan (MPP). Pengisytiharan oleh Sir Donald MacGilivray.
Rundingan
sebelum pilihan raya umum
- 1 Feb 1954,
Jawatankuasa Pilihan Raya dibentuk dengan 46 ahli untuk mengkaji hal ehwal
pilihan raya.
- Dua bentuk penyata
susunan MPP dinamakan bentuk A dan bentuk B.
BENTUK A |
BENTUK B |
Seorang Speaker |
|
Tiga orang ahli
yang dilantik |
|
Sebelas orang wakil
negeri |
|
20 orang dilantik
mewakili kepentingan tertentu |
|
3 orang dilantik
mewakili golongan minoriti |
|
2 orang ahli rasmi
(Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi) |
|
60 orang melalui pilihan raya |
44 orang melalui pilihan raya. 8 orang
tambahan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi |
Pilihan raya perlu dilakukan tidak lewat dari
November 1954 |
Tiada tetapan tarikh atau masa tertentu untuk
pilihan raya. |
- Tunku Abdul Rahman berangkat ke London
bersama Tan Cheng Lock, T.H.Tan dan Dato’ Abdul Razak Hussein pada 21 April
1954 bagi menyatakan hasrat menentukan tiga perlima bilangan anggota MPP
dipilih melalui pilihan raya. Dengan pertolongan Lord Ogmore, Tunku Abdul
Rahman berjaya bertemu dengan ahli parlimen Parti Buruh British, Parti
Konservatif dan Parti Liberal. Tunku Abdul Rahman membuat kenyataan tentang
hasrat mereka melalui akhbar kepada rakyat dan ahli parlimen.
- 14 Mei 1954, Tunku
Abdul Rahman berjaya berunding dengan Oliver Lyttelton, Setiausaha Tanah Jajahan
British di London. Rundingan tersebut gagal, tetapi disambut meriah oleh
penduduk.
- Akhirnya, bilangan
ahli MPP yang dipersetujui oleh British dan Parti Perikatan untuk dipilih
melalui pilihan raya ialah 52 orang.
Proses Pilihan
Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
26 April 1954 |
Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan
ditubuhkan dan berjaya membentuk 52 kawasan pilihan raya |
Ogos 1954 |
Rang undang-undang diluluskan bagi
membolehkan pilihan raya diadakan |
29 Oktober 1954 |
Pendaftaran pengundi mulai 18 Oktober 1954 di
selutuh Tanah Melayu, manakala di Terengganu bermula 29 Oktober 1954. Syarat Menjadi Pengundi: Warganegara PTM,
Umur 21 ke atas, Tinggal di PTM dalam 6 bulan terdahulu. |
15 Jun 1955 |
Penamaan calon. Syarat menjadi calon:
warganegara PTM, Umur 21 ke atas, Tinggal di Ptm dalam 12 bulan sebelum hari
penamaan. Berpengetahuan dalam BI dan BM. |
16 Jun- 26 Julai 1955 |
Kempen pilihan raya |
27 Julai 1955 |
Mengundi |
Selepas 27 Julai 1955 |
Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi dan
dikira. |
Pengumuman keputusan. |
Pilihan Raya
Awal di Sarawak
- Pilihan raya
tempatan pertama pada 1956 bagi Kuching Municipal Council (KMC). Kuching
dibahagikan kepada 9 kawasan(ward). William Tan sebagai pengerusi pertama dan
Ong Kee Hui timbalan.
- Pilihan raya Sibu
Urban District Council (SUDC) pada 1957, Sibu dibahagikan kepada 9 kawasan.
Ting Chew Huat sebagai pengerusi dan John Loo Ling Chong timbalan.
Pilihan Raya
Awal di Sabah
- Pilihan raya
kerajaan tempatan pertama pada 16 Disember 1962 bawah Local Government
Elevtions Ordinance untuk 118 kawasan (ward). Setiausaha Kolonial selaku
Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankannya. 202 calon bertanding
bagi 118 kawasan. 53 kawasan menang tanpa bertanding.
8.3 PENUBUHAN
MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN
- Setelah menang dalam
Pilihan Raya PTM 1955, parti Perikatan membentuk Kerajaan Persekutuan.
- Tunku Abdul Rahman
sebagai Ketua Menteri PTM yang pertama.
- MPP yang mengubal
undang-undang pentadbiran pada peringkat PTM mengalami perubahan bilangan
keanggotaannya.
Majlis
Perundangan Persekutuan 1948 |
Majlis
Perundangan Persekutuan 1955 |
||
52 orang |
Ahli tidak rasmi dilantik dalam kalangan
masyarakat tertentu |
52 orang |
Ahli dipilih melalui pilihan raya |
3 orang ex officio |
Ketua Setiausaha Kerajaan, Setiausaha
Kerajaan, Penguam Besar Persekutuan |
35 orang |
Ahli lantikan mewakili kumpulan
berkepentingan |
9 residen |
Residen British dari 9 Majlis Negeri |
11 orang |
Menteri Besar mewakili negeri |
2 orang |
Wakil Negeri-negeri Selat, iaitu P.Pinang dan
Melaka |
2 orang |
Wakil Negeri-negeri Selat, iaitu P.Pinang dan
Melaka |
11 orang |
Ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran
Kerajaan |
|
|
Jumlah 77 orang |
Jumlah 100 orang |
Kesan Penubuhan
Majlis Perundangan Persekutuan
- Kerajaan diketuai
Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri mengambil alih tugas Pesuruhjaya
Tinggi British.
- Proses pertukaran
dan pembaharuan secara berperingkat dan mengambil masa. Pesuruhjaya Tinggi
British masih memegang tampuk kepimpinan peringkat atasan yang menentukan hala
tuju negara
- Kuasa pegawai
British dipindahkan kepada rakyat tempatan. Namun, masih ada pegawai British
sebagai penyelia atau penasihat bidang keselamatan. Sistem Ahli dimansuhkan.
- Keanggotaan MPP
menyaksikan perkembangan penting amalan pentadbiran demokrasi di negara kita.
Keadaan ini menggambarkan kejayaan Kerajaan Persekutuan yang dibentuk dan
dipimpin oleh rakyat tempatan, manakala ahlinya dipilih oleh rakyat.
8.4 PERANAN
KABINET PERTAMA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
- Kabinet pertama PTM
dibentuk selepas Pilihan Raya Umum1955.
- Ketua Menteri: Tunku
Abdul Rahman, berkuasa menubuhkan kabinetnya sendiri
- 10 orang Menteri dan
3 pegawai British dalam Setiausaha Kewangan, Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi dan
Setiausaha Pertahanan.
-Selepas mendapat
perkenan Raja-raja Melayu, Jemaah Menteri diumumkan rasmi oleh Sir Donold
MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi British pada 4 Ogos 1955 di King’s House, KL.
NAMA |
JAWATAN |
Tunku Abdul Rahman |
Ketua Menteri |
Dato’ Abdul Razak Hussein |
Meneteri Pelajaran |
Dato’ Sulaiman Dato’ Abdul Rahman |
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan
Perancang Bandar |
Dr. Ismail Abdul Rahman |
Menteri Tanah dan Galian |
H.S. Lee |
Menteri Pengangkutan |
Sardon Jubir |
Menteri Kerja Raya |
V.T. Sambanthan |
Menteri Buruh |
Leong Yew Koh |
Menteri Kesihatan |
Ong Yoke Lin |
Menteri Pos dan Telefon |
Abdul Aziz Ishak |
Menteri Pertanian |
Peranan Kabinet
Pertama
- Membincangkan soal
kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam.
- menyambung sistem
yang diguna pakai dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan berasaskan Model
Westminster (sistem pemerintahan demokrasi megikut British)
- Mengurangkan kuasa
pentadbiran British
- Meminta Kuasa Veto
(kuasa penuh kepada pihak tertentu sahaja, kuasa pembatal) Pesuruhjaya Tinggi
British
- Membincangkan isu
keselamatan dalam negeri dan pertahanan
- Ketua Menteri: menunaikan
mandat daripada rakyat untuk mencapai kemersdekaan
- Menteri
Pelajaran: membina bangsa bersatu melalui sistem pendidikan
- Menteri Buruh: menjadikan perkhidmatan awam bercorak
tempatan, mengurangkan pengawai Eropah dalam Malayan Civil Service secara
berperingkat.
- Menteri
Kesihatan: meningkatkan mutu perkhidmatan perubahan dan kesihatan secepat
mungkin.
Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa
Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme
Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948
Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat
Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan
Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan