BAB 2: PASARAN
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=wXll4JW-btE
2.1 KESEIMBANGAN PASARAN
HUKUM PERMINTAAN
- Permintaan: keinginan dan
kemampuan seseorang individu untuk membeli barang atau perkhidmatan pada suatu
tingkat harga tetentu dan jangka masa tertentu.
- Permintaan berkesan: permintaan
yang disokong oleh kuasa beli (kemampuan)
- Hukum permintaan menyatakan bahawa
semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta terhadap
barang tersebut dan sebaliknya.
- Permintaan individu: kuantiti
sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu pada
suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
- Keluk permintaan mencerun ke bawah
dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta
adalah bersifat songsang (negative). Apabila harga meningkat, kuantiti
diminta menurun.
- Permintaan pasaran: kuantiti
sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam pasaran
pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
- Keluk permintaan individu lebih curam
manakala keluk permintaan pasaran lebih landai kerana keluk permintaan
pasaran menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta semua individu. (Jumlahkan
semua kuantiti diminta individu untuk membentuk keluk permintaan pasaran)
Penentu Permintaan
1. Harga
barang itu: ikut hukum permintaan. Menyebabkan pergerakan sepanjang keluk
yang sama.
2. Harga
barang lain: Apabila harga barang pengganti menurun, kuantiti diminta
menurun. (pengguna membeli barang pengganti) Apabila harga barang penggenap
menurun, kuantiti diminta meningkat.
3. Cita Rasa: meningkat permintaan. Iklan dan kesedaran kesihatan mempengaruhi
cita rasa masyarakat.
4. Pendapatan: Apabila pendapatan meningkat, permintaan meningkat.
5. Musim: Musim
perayaan/ Cuaca panas, permintaan segelintir barang meningkat.
6. Jangkaan Harga Masa Depan: Apabila harga dijangka meningkat, permintaan kini akan meningkat.
7. Dasar Kerajaan: cukai akan menurun kuantiti diminta. Bantuan kerajaan akan meningkat
kuantiti diminta.
Perubahan dalam Kuantiti Diminta
- perubahan atau pergerakan di sepanjang
keluk yang sama.
- dipengaruhi oleh harga barang itu.
- ditunjukkan oleh pergerakan ke atas
(penguncupan permintaan) kuantiti berkurang, harga meningkat dan pergerakan ke
bawah (pengembangan permintaan) kuantiti meningkat, harga menurun.
Perubahan Permintaan
- dipengaruhi oleh factor bukan harga
barang itu.
- ditunjukkan melaui peralihan keluk ke
kiri (pengurangan permintaan) atau ke kanan (pertambahan permintaan) yang
selari dengan keluk permintaan asal
HUKUM PENAWARAN
- Penawaran: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu
dikeluarkan oleh pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam
tempoh masa tertentu.
- Hukum Penawaran: semakin tinggi sesuatu barang, semakin banyak kuantiti dikeluarkan
dan sebaliknya.
- Penawaran Firma: kuantiti sesuatu
barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat
harga dalam jangka masa tertentu.
- Keluk penawaran mencerun ke atas
dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta
adalah bersifat positif. Apabila harga meningkat, kuantiti ditawar
meningkat.
- Permintaan pasaran: kuantiti
sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawar oleh semua firma dalam pasaran
pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
- Keluk penawaran firma lebih curam
manakala keluk penawaran pasaram lebih landai kerana keluk penawaran pasaran
menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawar semua firma. (Jumlahkan semua
kuantiti ditawar firma untuk membentuk keluk penawaran pasaran)
Penentu Penawaran
1. Harga Barang Itu: Semakin tinggi harga, semakin banyak ditawarkan
2. Harga Faktor Pengeluaran: peningkatan harga factor pengeluaran menyebabkan kos pengeluaran
meningkat, kuantiti ditawarkan menurun.
3. Jangkaan Masa Depan: apabila harga barang dijangkakan meningkat, kuantiti kini ditawarkan
berkurang.
4. Cuaca: cuaca
buruk merosakkan hasil pertanian menyebabkan kuantiti ditawarkan menurun.
5. Tingkat Teknologi: tingkat teknologi yang cekap meningkatkan penawaran
6. Matlamat Pengeluar: jika firma memaksimumkan jualan, maka penawaran akan meningkat dan
harga menurun. Jika firma memaksimumkan keuntungan, maka penawaran menurun dan
harga meningkat.
7. Dasar Kerajaan: kenaikan cukai pengeluaran mengurangkan kuantiti ditawarkan.
SSubsidi pula meningkatkan penawaran kerana kos pengeluaran menurun.
Perubahan dalam Kuantiti Ditawarkan
- perubahan atau pergerakan di sepanjang
keluk yang sama.
- dipengaruhi oleh harga barang itu.
- ditunjukkan oleh pergerakan ke bawah
(penguncupan penawaran) kuantiti berkurang, harga menurun dan pergerakan ke
atas (pengembangan penawaran) kuantiti meningkat, harga meningkat.
Perubahan Penawaran
- dipengaruhi oleh factor bukan harga
barang itu.
- ditunjukkan melaui peralihan keluk ke
kiri (pengurangan penawaram) atau ke kanan (pertambahan penawaran) yang selari
dengan keluk penawaran asal
KESEIMBANGAN PASARAN
- Kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan
- keluk permintaan bersilang dengan keluk
penawaran
- Pasaran langsung: pembeli berdepan
dengan penjual apabila menjalankan urus niaga
- E-dagang: segala urus niaga
dijalankan secara atas talian
Ketidakseimbangan Pasaran
- Harga lebih tinggi daripada harga
keseimbangan: lebihan penawaran kerana pada harga tinggi, permintaan
berkurang dan penawaran bertambah. Hal ini mungkin menyebabkan pembaziran
berlaku. Harga akan turun dan pengguna akan bertambah permintaan. Pengeluar
akan mengurangkan penawaran sehingga keseimbangan pasaran tercapai.
- Harga lebih rendah daripada harga
keseimbangan: lebihan permintaan kerana pada harga rendah, permintaan
meningkat dan penawaran berkurang, hal ini menyebabkan kekurangan produk dalam
pasaran. Harga akan meningkat dan pengguna akan mengurangkan permintaan.
Pengeluar akan menambahkan penawaran sehingga keseimbangan pasaran tercapai.
Perubahan Keseimbangan
- Pertambahan Permintaan: keluk
permintaan beralih ke kanan, harga dan kuantiti keseimbangan meningkat.
- Pengurangan Permintaan: keluk
permintaan beralih ke kiri, harga dan kuantiti keseimbangan menurun.
- Pertambahan Penawaran: keluk
penawaran beralih ke kanan, harga keseimbangan menurun, kuantiti keseimbangan
meningkat.
- Pengurangan Penawaran: keluk
penawaran beralih ke kiri, harga keseimbangan meningkat, kuantiti keseimbangan
menurun.
2.2 KEANJALAN HARGA
KEANJALAN HARGA PERMINTAAN
- peratus perubahan dalam kuantiti diminta
kesan daripada peritus perubahan harga barang itu.
- Keanjalan harga permintaan (Ed)
= peratus perubahan kuantiti diminta(%^Q) ÷ peratus perubahan harga barang (%^P)
- %ᴧQ = (kuantiti baharu - kuantiti asal) ÷ kuantiti asal × 100
- %ᴧP = (harga baharu - harga asal) ÷ harga asal × 100
- Ed= Elasticity of demand, Q= quantity,
P= Price
- Jawapan pengiraan keanjalan harga permintaan
mempunyai tanda negative. Tanda negative tersebut menunjukkan hubungan negative
antara harga dengan kuantiti diminta (hukum permintaan). Tanda negative tersebut
akan dikecualikan semasa menulis jawapan.
- Jika jawapan ialah 2. Maka apabila harga
menaik sebanyak 1%, kuantiti diminta akan menurun sebanyak 2%. Jika harga
menurun sebanyak 10%, maka kuantiti diminta akan meningkat sebanyak 20%.
Anjal
|
Tidak Anjal
|
Ed > 1
|
Ed < 1
|
%ᴧQ > %ᴧP
|
%ᴧQ < %ᴧP
|
Contoh: barang mewah
|
Contoh: barang keperluan
|
Keluk permintaan berbentuk landai
|
Keluk permintaan berbentuk curam
|
- Contohnya, barang mewah adalah anjal
kerana apabila harga jatuh sedikit, pengguna akan membelli dengan banyak,
kuantiti diminta akan meningkat dengan banyak.
- Contohnya, barang keperluan tidak anjal
kerana walaupun harga menaik secara banyak, namun pengguna tetap beli untuk
keperluan hidup.
Penentu Keanjalan Harga Permintaan
1. Jenis Barangan: barang mewah anjal, barang keperluan asas tak anjal.
2. Faktor jangka masa: jangka masa pendek tak anjal kerana sukar mencari barang pengganti.
3. Bilangan barang pengganti: banyak maka anjal, kurang maka tak anjal.
4. Nisbah perbelanjaan dengan
pendapatan: semakin besar nisbah semakin anjal.
5. Bilangan kegunaan: banyak kegunaan maka anjal, penggunaan terhad maka tak anjal
6. Ketagihan: tahap ketagihan tinggi tak anjal. Walaupun harga naik, pengguna
tetap beli.
7. Ketahanan barang: tahan lama maka anjal kerana boleh simpan. Tidak tahan lama tak
anjal.
Perhubungan antara Keanjalan Harga
Permintaan dengan Jumlah Hasil
- Jumlah hasil= Kuantiti × Harga
- Anjal: penurunan harga boleh
meningkatkan jumlah hasil kerana penurunan harga sedikit boleh meningkatkan
kuantiti diminta dengan banyak.
- Tak anjal: peningkatan harga boleh
meningkatkan jumlah hasil kerana peningkatan harga kurang mempengaruhi kuantiti
diminta.
KEANJALAN HARGA PENAWARAN
- peratus perubahan dalam kuantiti ditawarkan
kesan daripada peritus perubahan harga barang itu.
- Keanjalan harga penawaran (Es) = peratus perubahan kuantiti ditawarkan(%^Q) ÷ peratus perubahan harga barang (%^P)
- %ᴧQ = (kuantiti baharu - kuantiti asal) ÷ kuantiti asal × 100
- %ᴧP = (harga baharu - harga asal) ÷ harga asal × 100
- Es= Elasticity of supply, Q= quantity,
P= Price
- Jawapan pengiraan keanjalan harga penawaran
mempunyai tanda positif. Tanda positif tersebut menunjukkan hubungan positif antara
harga dengan kuantiti ditawarkan (hukum penawaran).
- Jika jawapan ialah 2. Maka apabila harga
menaik sebanyak 1%, kuantiti ditawarkan akan meningkat sebanyak 2%. Jika harga
menurun sebanyak 10%, maka kuantiti ditawarkan akan menurun sebanyak 20%.
Anjal
|
Tidak Anjal
|
Es > 1
|
Es < 1
|
%ᴧQ > %ᴧP
|
%ᴧQ < %ᴧP
|
Contoh: barang perkilangan
|
Contoh: barang pertanian
|
Keluk permintaan berbentuk landai
|
Keluk permintaan berbentuk curam
|
- Contohnya, barang perkilangan adalah
anjal kerana jika harga meningkat, kilang mampu memproseskan barangan untuk
ditawarkan.
- Contohnya, barang pertanian tidak anjal
kerana walaupun harga meningkat, hasil pertanian tidak dapat ditambah kerana
memerlukan masa untuk bercambah.
Penentu Keanjalan Harga Penawaran
1. Tambahan kos: tambahan kos pengeluaran sangat besar maka tak anjal.
2. Faktor masa: jangka masa pendek tak anjal kerana memerlukan factor pengeluaran
tertentu.
3. Bilangan firma dalam pasaran: banyak maka anjal, kurang maka tak anjal kerana kurang keluaran
4. Corak penggunaan factor pengeluaran: tak anjal jika sukar diperoleh. Anjal jika mudah diperoleh
5. Mobiliti Faktor Pengluaran: boleh dipindah dengan mudah maka anjal
6. Ketersediaan Stok atau Inventori: anjal jika stok barang banyak membolehkan fima bertindak cepat.
KEPENTINGAN KEANJALAN HARGA
Firma
- meningkatkan hasil (rujuk bahagian Perhubungan
antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil)
Kerajaan
- Percukaian: cukai yang dikenakan
pada permintaan anjal, beban cukai pengguna adalah lebih kecil daripada pengeluar.
Cukai yang dikenakan pada permintaan tak anjal pula, beban cukai pengguna
adalah lebih besar daripada pengeluar.
- Hal ini demikian kerana apabila cukai
dikenakan, bilangan penawaran akan berkurang, titik keseimbangan akan beralih
ke kiri menyebabkan harga berubah. Bagi permintaan anjal, harga berubah sebikit
sahaja manakala harga berubah banyak bagi permintaan tak anjal.
- Subsidi: subsidi yang diberi untuk
permintaan anjal, subsidi yang dinikmati oleh pengguna adalah lebih kecil
daripada pengeluar. Subsidi yang diberi untuk permintaan tak anjal, subsidi
yang dinikmati oleh pengguna lebih banyak daripada pengeluar.
- Hal ini demikian kerana apabila subsidi
diberikan, bilangan penawaran bertambah, titik keseimbangan akan beralih ke
kanan menyebabkan harga berubah. Bagi permintaan anjal, harga berubah sedikit
sahaja, manakala harga berubah banyak bagi permintaan tidak anjal.
- Oleh itu, konsep keanjalan harga pentinguntuk
menentukan polisi percukaian dan subsidi (cukai pada barangan anjal dan subsidi
pada barang tak anjal sebagai keutamaan kerana menguntungkan pengguna)
Nota Ekonomi Tingkatan 4:
Nota Geografi Tingkatan 2
Nota Geografi Tingkatan 3
Nota Sejarah:
Nota Sejarah Tingkatan 1:
Nota Sejarah Tingkatan 3:
Nota Matematik:
Nota Matematik Tingkatan 1: