BAB 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
Youtube link: youtube.com/watch?v=dEJR8MN7LTs
3.1 DOKUMEN PERNIAGAAN
-
bukti bahawa urus niaga berlaku
-
sebagai sumber rekod dalam buku perakaunan
-
sebagai rujukan pada masa depan
-
menyediakan maklumat tentang sesuatu urus niaga
-
sebagai peringatan kepada peniaga tentang hutangnya
Aliran Dokumen Perniagaan
-
secara tunai: pesanan belian (drpd pembeli), tunai (drpd pembeli), bil tunai
(drpd pembekal)
-
secara kredit: pesanan belian (drpd pembeli), invois (drpd pembekal), nota
debit / kredit (drpd pembekal), tunai/cek (drpd pembeli), resit (drpd pembekal)
Dokumen Sumber
1. Bil Tunai: bukti belian secara tunai atau cek. Disimpan oleh pembeli
(asal), disimpan oleh pembekal (salinan)
2. Keratan
cek: keratan di tepi cek yang boleh ditanggalkan.Cek disimpan oleh
pembekal.keratan cek Disimpan oleh pembeli.
3. Invois: memaklumkan kepada pembeli tentang hutangnya (pembeli secara
kredit). Invois (salinan) disimpan oleh pembekal, invois (asal) disimpan oleh
pembeli
4. resit: bukti penerimaan atau pembayaran tunai atau cek (dalam urus niaga secara
kredit). Resit asal disimpan oleh pembeli, resit salinan disimpan oleh
pembekal.
5. Nota debit: dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli untuk menambahkan
jumlah amaun dalam invois. Invois terkurang nilai kerana catatan tertinggal,
kesilapan pengiraan, faedah bayaran lewat dikenakan ataupun caj tambahan.
6. Nota kredit: dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli untuk mengurangkan
jumlah amaun dalam invois. Invois terlebih caj kerana pembeli memulangkan kotak
kosong, memulangkan barang niaga (pulangan jualan), salah pengiraan ataupun
komisen dan elaun tambahan
7. makluman debit: dikeluarkan oleh bank kepada pemilik akaun untuk memaklumkan
bahawa amaun banknya telah dikurangkan disebabkan bayaran kepada bank ataupun
yuran tetap
8. Makluman kredit: dikeluarkan oleh bank kepada pemilik akaun untuk
memaklumkan bahawa amaun banknya telah ditambahkan disebabkan dividen diterima,
pindahan wang ataupun faedah simpanan tetap.
9. Slip Daftar Tunai: penyata bercetak dikeluarkan daripada mesin daftar tunai
apabila pembeli membayar secara tunai (resit biasa semasa membeli-belah di
pasar raya)
10. Baucar pembayaran: dokumen dalaman untuk merekodkan urus niaga yang tiada resit
ataupun dokumen sumber lain. Hanya disediakan dalam satu salinan sahaja.
11. Slip bank/ Slip pindahan wang/ Slip transaksi : bukti tunai dimasukkan
atau dikeluarkan dari bank
12. Memo: dokumen dalaman untuk merekodkan ambilan/ modal/ urusan dalaman. Hanya
disediakan dalam satu salinan
Maklumat penting dalam Invois
- Syarat serahan: lazimnya dicatat “angkutan dibayar” iaitu kos angkutan
dibayar oleh pembekal
-
Diskaun Niaga: diskaun yang diberi untuk menggalakkan pembelian secara
pukal
- Diskaun Tunai: diskaun yang diberi untuk menggalakkan pembayaran hutang
dengan segera
-
K & K di K: Kesilapan dan ketinggalan dikecualikan. Pembekal berhak
membetulkan sebarang kesilapan atau ketinggalan dengan nota kredit dan nota
debit.
Dokumen Bukan Sumber
-
Penyata Akaun: dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli sebagai
peringatan tentang baki invois
-
Penyata bank: salinan Akaun Semasa pelanggan bank untuk menyemak
ketepatan catatan Buku Tunai, mengetahui jumlah penerimaan dan pembayaran
melalui bank, mengetahui baki wang dalam Akaun Semasanya.
Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 4:
Modul 1: Pengenalan kepada Perakaunan
Modul 2: Klasifikasi Akaun dan Persamaan Akaun
Modul 3: Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat