BAB 1: EKONOMI DAN KERAJAAN
Youtube Link: https://www.youtube.com/watch?v=QzXiGV8b-pY
1.2 PENUNJUK EKONOMI
1. Indeks Harga Pengguna (IHP)
-
mengukur perubahan harga purata sekumpulan barang dan perkhidmatan yang
terpilih dalam ekonomi bagi suatu tahun berbanding dengan suatu tahun dasar
(nilai indeks tahun dasar 100)
-
Tidak dapat mengambil kira semua barang dan perkhidmatan, hanya mewakili corak
purata pembelian oleh sekumpulan penduduk.
-
Indeks harga pengguna meningkat menunjukkan peningkatan tingkat harga
umum, inflasi, kos sara hidup meningkat.
-
12 kumpulan dinilai mengikut Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut
Tujuan (COICOP) oleh PBB: Makanan dan minuman bukan alkohol, minuman alkohol
dan tembakau, pakaian dan kasut, pelbagai barangan dan perkhidmatan,
pendidikan, pengangkutan, perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan, perumahan, air,
elektrik, gas dan bahan api lain, restoran danhotel, hiasan, perkakasan dan
penyelenggaraan isi rumah, kesihatan, komunikasi.
2. Inflasi
- kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan dalam sesebuah ekonomi.
Inflasi Tarikan
permintaan |
- inflasi apabila
permintaan masyarakat terhadap barang dan perkhidmatan melebihi penawarannya
dalam pasaran. Inflasi ini berlaku apabila guna tenaga penuh, ekonomi sukar
menambahkan tingkat pengeluaran dengan cepat kerana faktor pengeluaran
diguna sepenuhnya. - Peningkatan
permintaan kerana pertumbuhan ekonomi menyebabkan peningkatan tingkat
pengeluaran meningkatkan kuasa beli, pertambahan penawaran wang kerana
perbelanjaan kerajaan berlebihan dan penciptaan kredit oleh bank meningkatkan
kuasa beli. |
Inflasi Tolakan Kos |
- apabila kos
pengeluaran meningkat, firma mengekalkan margin keuntungan lalu memindahkan
beban kepada pengguna dengan meningkatkan harga jualan. |
Inflasi Diimport |
- inflasi apabila harga
barang diimport dari luar negara meningkat. - Barang siap import
mahal dijual dengan harga lebih tinggi. - Barang mentah dan
bahan pengantaraan diimport mahal meningkatkan kos pengeluaran, menaikkan
harga jualan. - Kadar inflasi tinggi
negara pengimport dan kejatuhan nilai mata wang tempatan. |
Kesan Inflasi
-
Harga barang meningkat: kos sara hidup meningkat. Taraf kebajikan
terjejas.
-
Tabungan berkurang: Dikeluarkan menampung kos sara hidup. Membelanjakan
tabungan. Nilai wang merosot.
-
Pendapatan benar menurun: Kuasa beli menurun. Taraf hidup menurun.
-
Pengangguran berkurang: Inflasi tarikan permintaan menggalakkan firma
menambahkan pengeluaran. Peluang pekerjaan bertambah.
-
Barang eksport kurang daya saing: Inflasi tolakan kos meningkatkan harga
jualan, permintaan merosot.
-
Kadar faedah ditingkatkan: Mengurangkan pinjaman dan penawaran wang.
3. Pengangguran
-
apabila terdapat tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat
pekerjaan. Pembaziran fakrot buruh berlaku.
-
Kadar Pengangguran: peratus pengenggur dalam kalangan tenaga buruh yang
sedia ada dalam negara. Kadar bawah 4% mencapai guna tenaga penuh
-
Tenaga buruh= Guna Tenaga + Pengangguran
Pengangguran Kitaran |
Keadaan ekonomi lembap,
kurang permintaan, penawaran, penggunaan buruh |
Pengangguran
Berstruktur |
Perubahan struktur
ekonomi, kekurangan mobiliti kelayakan dan kemahiran |
Pengangguran Geseran |
Berlaku perpindahan
pekerjaan, kurang mobiliti, kurang maklumat pekerjaan. Pengangguran jangka
pendek, kadar yang sangat rendah. |
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
-
jumlah nilai pasaran barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh semua
faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh setahun.
-
Pendekatan keluaran: menjumlahkan nilai ditambah yang dihasilkan oleh
pelbagai sektor iaitu peningkatan nilai barang. Mengetahui peratus sumbangan
pelbagai sektor, mengelakkan pengiraan 2 kali.
-
Pendekatan perbelanjaan: menjumlahkan semua perbelanjaan atas barang
akhir dan perkhidmatan
-
Pendekatan pendapatan: tidak diamalkan di Malaysia kerana masalah kumpul
data.
4. Pertumbuhan Ekonomi
-
perkembangan kegiatan ekonomi dari semasa ke semasa menyebabkan peningkatan
KDNK.
Punca |
Sumber Alam Semula Jadi |
Sumber alam semula jadi
yang banyak menarik pelabur asing |
Jumlah Penduduk dan Bekalan Tenaga Buruh |
Banyak penduduk
meningkatkan produktiviti dan permintaan |
|
Kemajuan Teknologi |
Meningkatkan kecekapan
pengeluaran, jumlah pengeluaran dan pendapatan negara |
|
Pelaburan dalam Aktiviti Ekonomi |
Banyak pelaburan
menambahkan keluaran. Pelaburan dijadikan sumber dana membiayai barang modal
bagi mengeksploitasi alam semula jadi, produktiviti. |
|
Sistem Sosial dan Sikap Masyarakat |
Sosial dan politik
stabil meningkatkan keyakinan pelabur, sikap keterbukaan masyarakat
meningkatkan produktiviti |
|
Kesan |
Penyediaan Infrastruktur Fizikal |
Meningkatkan kecekapan
firma, menarik pelabur asing, melicinkan urusan perdagangan, masyarakat
setempat menikmati manfaat |
Peningkatan Taraf Pendidikan Penduduk |
Melahirkan tenaga buruh
berkemahiran, berkelayakan. |
|
Peningkatan Sifat Keusahawanan |
Barang baharu dan
inovatif dihasilkan. R&D dijalankan dengan pesat. Taraf kehidupan
meningkat, kepuasan tinggi |
|
Kestabilan Politik dan Sosial |
Penambahan aktiviti
pengeluaran mencipta peluang pekerjaan. Mengurangkan kadar pengangguran.
Mengurangkan kes jenayah |
No comments:
Post a Comment