Saturday, 18 June 2022

Nota Ringkas dan Padat Ekonomi Tingkatan 5 Bab 1.1: Peranan Kerajaan dalam Ekonomi

 BAB 1: EKONOMI DAN KERAJAAN

Youtube Link: https://www.youtube.com/watch?v=dCZIdybuGHc

1.1 PERANAN KERAJAAN DALAM EKONOMI

Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan

Kerajaan sebagai Pengeluar

Mengeluarkan barang sosial dan barang awam supaya kebajikan tidak terjejas.

Barang Awam: barang yang digunakan tanpa mengurangkan faedah penggunaan individu lain, tidak boleh menghalang individu lain daripada menggunakannya.

- Tanpa bayaran atau bayaran minimum

- Penawaran terhad, masyarakat berkongsi penggunaan

Contoh: jalan raya, sekolah, klinik kerajaan

Barang Sosial: barang atau perkhidmatan membawa manfaat terbesar kepada masyarakat.

-memerlukan perbelanjaan dan Tindakan kerajaan untuk mengeluarkannya.

- Contoh: air yang terawat, perkhidmatan pendidikan

Monopoli Semula Jadi Kerajaan: sebagai pengeluar tunggal dalam industri, kerajaan mengawal harga barang keluaran.

- Satu firma sahaja

- Keluaran tidak ada pengganti

- Penentu harga pasaran

- Tiada kebebasan keluar masuk industri

Kerajaan sebagai Majikan

Majikan terpenting di Malaysia, menawarkan peluang pekerjaan dalam sekotor perkhidmatan awam. Menjana pendapatan kepada penjawat awam, meningkatkan taraf hidup, kuasa beli meningkat, permintaan barang dan perkhidmatan meningkat, pertumbuhan ekonomi negara cepat.

- Menawarkan fardah sampingan: elaun perumahan dan sara hidup, pinjaman perumahan dan kenderaan, cuti tahunan, cuti bersalin, pencen selepas bersara.

 

Peranan Kerajaan untuk Mencapai Objektif Makroekonomi Negara

- Makroekonomi: kajian mengenai ekonomi secara menyeluruh dalam isu umum.

Guna Tenaga Penuh

- Mengukur jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan

- Guna tenaga penuh: Kadar pengangguran negara pada paras rendah iaitu < 4% . Guna tenaga penuh, tenaga buruh digunakan dengan optimum dan keluaran negara maksimum, pendapatan negara meningkat, taraf hidup masyarakat meningkat. Guna Tenaga tinggi, pengangguran rendah, kegiatan ekonomi banyak, pengeluaran banyak, tingkat pendapatan negara meningkat, pertumbuhan ekonomi bertambah baik.

- Pengangguran: jumlah tenaga buruh yang tidak digunakan atau tidak terlibat dalam kegiatan ekonomi.

Kestabilan Harga

- Kestabilan harga menjamin kestabilan kuasa beli serta kos sara hidup.

- Tingkat harga umum stabil apabila harga purata barang tidak mengalami perubahan atau mengalami perubahan rendah.

- Ketidakstabilan harga menjejaskan taraf hidup masyarakat.

-  Inflasi ( harga meningkat): kos sara hidup naik, kuasa beli turun

- Deflasi (harga menurun): firma rugi dan terpaksa membuang pekerja, kadar pengangguran meningkat.

Pertumbuhan Ekonomi

- Peningkatan jumlah keluaran barang dan perkhidmatan negara pada sesuatu tahun berbanding tahun lepas.

- Pertumbuhan ekonomi tinggi, Peningkatan kegiatan ekonomi Penambahan peluang pekerjaan, Peningkatan guna tenaga, Kadar pengangguran menurun, Peningkatan pendapatan negara, peningkatan kuasa beli dan permintaan agregat, peningkatan taraf hidup masyarakat

Imbangan Pembayaran

- Penyata kewangan yang merekodkan aliran wang masuk dan keluar kesan daripada perdagangan antarabangsa dalam tempoh satu tahun.

- Imbangan pembayaran lebihan: Aliran wang masuk tinggi daripada wang keluar ke negara lain. Rizab pertukaran asing di bank pusat bertambah, nilai mata wang tempatan bertambah, kegiatan ekonomi negara semakin pesat. Boleh dicapai dengan meningkatkan nilai eksport barang serta menggalakkan kemasukan pelaburan asing. Menguntungkan negara.

- Imbangan pembayaran defisit: Aliran wang ke luar negara melebihi wang masuk ke negara. Rizab pertukaran asing di pusat bank berkurang, nilai mata wang tempatan menurun, kegiatan ekonomi negara merosot.

 

Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif

- Kerajaan perlu mengelakkan pengeluar mengeksploitasi pengguna dengan harga tinggi untuk memperoleh lebih banyak keuntungan. Pengeluar mungkin menjual barang yang tidak selamat atau tidak berkualiti menjejaskan kebajikan pengguna.

- Eksternaliti negative: kos luaran yang ditanggung oleh masyarakat selain pengeluar dan pengguna barang itu, menjejaskan kehidupan serta kesihatan masyarakat dan mempengaruhi taraf hidup mereka.

Undang-undang & Peraturan

Mengawal Eksploitasi Pengguna

Dasar Haraga Maksimum: penetapan harga lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan. Kebajikan pengguna dijaga supaya pengguna membeli barangan dengan harga berpatutuan.

Dasar Harga Minimum: penetapan harga yang lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan. Kebajikan pengeluar dijaga supaya penggeluar mendapat keuntungan tinggi.

Kuota: Had penawaran barang pada suatu tingkat kuantiti tertentu. Mengatasi masalah lebihan atau kurangan barangan di pasaran.

Label: pengeluar wajib mempamerkan bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan dan Tarikh luput. Label pengesahan SIRIM disahkan bawah Skim Pensijilan Produk SIRIM menjamin produk memenuhi standard khusus untuk barangan.Logo Halal dikeluarkan oleh JAKIM sesuai dan selamat untuk pengguna beragama Islam.

Mengawal Kesan Eksternaliti Negatif

- Pemberian lessen

- Penentuan Kawasan perindustrian, perumahan, industri berat, industri ringan.

- Agensi pemantauan aktiviti pengeluaran firma.

Subsidi (Bantuan kewangan kerajaan kepada ekonomi

Mengawal Eksploitasi Pengguna

- Apabila kos pengeluaran meningkat, pengeluar memindahkan beban kos kepada pengguna.

- Subsidi menampung kenaikan kos tersebut, mengawal harga barang.

Mengawal Kesan Eksternaliti Negatif

- Subsidi mengurangkan kos pengeluaran pengeluar.

- Menggalakkan pengeluaran barang atau perkhidmatan serta sesuatu teknik pengeluaran.

- Pengeluar ingin mendapat faedah akan mengeluarkan barang yang digalakkan oleh kerajaan atau menggunakan Teknik yang diperkenalkan, kaedah mesra alam.

Cukai

Mengawal Eksploitasi Pengguna

Mengumpulkan hasil daripada individu, syarikat untuk membangunkan negara dengan menyediakan kemudahan awam.

- Cukai menambahkan kos pengeluaran pengeluar, jumlah penawaran merosot. Barang yang membahayakan kesihatan pengguna akan berkurang kerana cukainya tinggi.

Mengawal Kesan Eksterneliti Negatif

Cukai dikenakan atas pengeluaran barang dan perkhidmatan yang membawa kepada pencemaran alam sekitar.

 

Matlamat Kerajaan untuk Menjaga Kebajikan Masyarakat dan Meningkatkan Kemakmuran Negara

Kerajaan memainkan peranannya sebagai pengeluar dan majikan, mencapai objektif makroekonomi negara serta mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negative. Ketiga-tiga peranan ini saling berhubung kait.

- Kerajaan mengeluarkan barang awam dan barang sosial (Peranan kerajaan sebagai pengeluar). Proses ini mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat dalam perkhidmatan awam (Peranan kerajaan sebagai majikan). Kadar pengangguran berkurang (Mencapai Objektif guna tenaga penuh). Kemudahan yang lengkap menarik pelaburan dari luar negara untuk melabur modal di negara kita bagi memperbanyakkan aktiviti pengeluaran (Mencapai objektif pertumbuhan ekonomi). Pengaliran wang masuk melebihi wang keluar apabila modal dibawa masuk (Mencapai objektif imbangan pembayaran lebihan).  Kerajaan mengenakan undang-undang dan peraturan dalam pasaran (Peranan mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negative). Penguatkuasaan undang-undang dapat mengawal harga barang (Mencapai objektif kestabilan harga).

No comments:

Post a Comment