BAB 1: EKONOMI DAN KERAJAAN
Youtube Link: https://www.youtube.com/watch?v=hljhzmN0CQA
1.3 ALAT DASAR EKONOMI
Dasar Fiskal
-
dasar kerajaan yang dilaksanakan melalui perubahan dasar cukai dan perbelanjaan
kerajaan agar ekonomi stabil, pendapatan yang saksama.
ASPEK |
Dasar fiskal mengembang |
Dasar fiskal menguncup |
Masalah ekonomi |
Pengangguran,
kemelesetan ekonomi |
Inflasi |
Tujuan |
Meningkatkan permintaan
agregat |
Mengurangkan permintaan
agregat |
Kadar Cukai |
Diturunkan, pendapatan
boleh guna meningkat |
Dinaikkan, pendapatan
boleh guna menurun, kuasa beli menurun |
Perbelanjaan Kerajaan |
Ditingkatkan |
Dikurangkan |
Kesan |
Menggalakkan
pengeluaran, ramai buruh diperlukan, pengangguran dikurangkan. |
Permintaan agregat
menurun, pertumbuhan ekonomi perlahan, kuasa beli turun, tingkat harga umum
menurun, inflasi menurun. |
Hasil Kerajaan
-
Cukai: bayaran wajib dalam bentuk wang yang dikenakan oleh kerajaan.
-
Cukai Langsung: beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain.
Sumbangan terbesar hasil kerajaan
Cukai Pendapatan
Individu |
Sebagai hasil kerajaan,
merapatkan jurang pendapatan, alat kawalan kerajaan untuk mengatasi inflasi
dan kemelesetan ekonomi |
Cukai Pendapatan
Syarikat |
Dikenakan atas
keuntungan syarikat |
Cukai Pendapatan
Koperasi |
Dikenakan atas
keuntungan koperasi kecuali koperasi sekolah. Sumbangan terendah. |
Cuukai Pendapatan
Petroleum |
Dikenakan atas semua
syarikat petroleum beroperasi di Malaysia |
Cukai langsung yang
lain |
Cukai keuntungan
hartanah, Duti setem, cukai tanah, cukai pintu |
-
Cukai Tak Langsung: beban cukainya boleh dipindahkan kepada pihak lain.
Pihak firma memindahkan beban cukai kepada pengguna dengan menaikkan harga
juallan bagi mengekalkan margin keuntungan.
Duti eksais |
Dikenakan atas rokok,
tembakau, minuman keras, kenderaan bermotor yang dikeluarkan dalam negara, menyekat
penggunaan barang tertentu |
Duti import |
Melindungi industri
tempatan kerana barang import kurang daya saing, mewujudkan peluang
pekerjaan, memperbaiki imbangan perdagangan dan pembayaran, mengatasi masalah
perdagangan antarabangsa iaitu menjual harga lebih rendah di negara luar
berbanding negara asal |
Duti eksport |
Dikenakan atas komiditi
utama. Menyekat eksport barang koniditi mentah yang tidak diproses, memajukan
industri sumber tempatan |
Cukai barang dan
perkhidmatan (GST) |
6%. Golongan yang
menggunakan lebih banyak barangan membayar lebih. Konsep nilai tambah. |
Cukai perjudian |
Dikenakan atas firma
operasi perjudian berlesen di Malaysia |
Levi |
Dikenakan atas majikan
bagi membawa masuk barang ke dalam negara. Digunakan terhadap pekerja asing. |
-
Hasil Bukan Cukai: bayaran denda dan penalti, bayaran lesen dan permit,
faedah dan pulangan pelaburan kerajaan, bayaran sewa, harta/aset kerajaan,
dividen, royalti petroleum dan gas asli, pemberian kerajaan luar negara dan
agensi antarabangsa, dividen daripada saham dan GLC.
-
Agihan pendapatan: pembahagian jumlah pendapatan antara individu atau
kumpulan. Jurang pendpatan besar memberi kesan negatif kepada pertumbuhan
ekonomi, guna tenaga, menombulkan konflik antara kelas sosial. Cukai dikutip
daripada golongan kaya dna membantu golongan miskin.
-
Cukai progresif: cukai yang kadarnya semakin tinggi apabila pendapatan
bertambah. Contohnya, cukai pendapatan
-
Cukai Regresif: cuaki yang kadarnya semakin menurun apabila pendapatan
bertambah. Contohnya, GST. Beban lebih besar atas golongan berpendapatan
tendah.
-
Cukai Berkadar Malar: cukai yang kadarnya tetap. Contohnya, cukai
pendapatan syarikat.
Perbelanjaan Kerajaan
Perbelanjaan Mengurus |
Perbelanjaan
Pembangunan |
Perbelanjaan semasa
kerajaan yang berulang setiap tahun |
Perbelanjaan pelaburan
kerajaan dalam projek pembangunan ekonomi negara |
Untuk pengurusan dan
pentadbiran yang lancar dan berkesan |
Meningkatkan
pembentukan modal negara, guna tenaa dan pendapatan negara, meningkatkan
taraf hidup dan kebajikan rakyat. |
Cohoth: emolumen,
bayaran khidmat hutang, bekalan dan perkhidmatan, pencen dan ganjaran,
pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri, pemberian subsidi, biasiswa,
dermasiswa dan bantuan kerajaan |
Contoh: sektor
perkhidmatan ekonomi (seperti pengangkutan, kemudahan awam, perdagangan),
sektor perkhidmatan sosial (seperti pendidikan, kesihatan) , sektor
keselamatan, sektor pentadbiran am |
Belanjawan Negara
-
suatu penyata anggaran jumlah hasil yang diperoleh dan jumlah perbelanjaan yang
akan dilakukan untuk tahun kewangan akan datang.
-
memastikan peruntukan dikawal agar jumlah perbelanjan tidak melebihi jumlah
hasil, mempengaruhi aktiviti ekonomi untuk mencapai matlamat ekonomi, mencapai
pembangunan dan kadar pertumbuhan ekonomi yang mampan, mencapai kestabilan
sekonomi dengan mengawal inflasi dan pengangguran.
-
Belanjawan Seimbang: jumlah hasil = jumlah perbelanjaan. Mengukuhkan
kedudukan kewangan, kestabilan ekonomi.
-
Belanjawan Defisit: jumlah hasil < jumlah perbelanjaan, Apabila
pengangguran dan kemelesetan ekonomi, perbelanjaan kerajaan ditambah ataupun
kadar cukai diturunkan (hasil kurang).
Menambah perbelanjaan
kerajaan ->Pertumbuhan
ekonomi berkembang ->Peluang pekerjaan
bertambah ->Kadar pengangguran
menurun |
Menurunkan kadar cukai ->Pendapatan boleh
guna meningkat ->Kuasa beli masyarakat
meningkat ->Pertumbuhan
ekonomi |
Kemelesetan ekonomi dipulihkan |
-
Belanjawan lebihan: jumlah hasil > jumlah perbelanjaan. Apabila
masalah inflasi, perbelanjaan kerajaan dikurangkan dan kadar cukai
ditingkatkan.
Mengurangkan
perbelanjaan kerajaan ->Pertumbuhan
ekonomi perlahan ->Pendapatan menurun |
Menaikkan kadar cukai ->Pendapatan boleh
guna menurun ->Kuasa beli
masyarakat menurun |
Permintaan barang menurun Harga turun, Kadar inflasi menurun |
Dasar Kewangan
-
cara kerajaan mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui bekalan wang dan kadar
bunga supaya ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan yang stabil
Dasar Kewangan |
Mengembang |
Menguncup |
Matlamat dasar |
Menambah bekalan wang
dalam ekonomi |
Mengurangkan bekalan
wang dalam ekonomi |
Masalah ekonomi diatasi |
Pengangguran,
kemelesetan ekonomi |
Inflasi |
Cara pelaksanaan |
Turunkan nisbah rizab
berkanun Turunkan nisbah rizab
tunai Beli surat jaminan
kerajaan Longgarkan syarat sewa
beli Turunkan kadar faedah |
Tingkatkan nisbah rizab
berkanun Tingkatkan nisbah rizab
tunai Jual surat jaminan
kerajaan Ketatkan syarat sewa
beli Tingkatkan kadar faedah |
Kesan |
Pelaburan meningkat,
pengeluaran dan penggunaan buruh meningkat, pengangguran menurun, kuasa beli dan
permintaan agregat meningkat, kemelesetan ekonomi pulih. |
Pelaburan menurun,
pengeluaran dan penggunaan buruh menurun, pendapatan berkurang, kuasa beli dan
permintaan agregat menurun, tingkat harga menurun, inflasi diatasi. |
Nisbah Rizab Berkanun
-
simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat berdasarkan jumlah deposit yang
diterima.
Nisbah Rizab Tunai
-
simpanan wajib wang tunai di bank perdagangan berdasarkan jumlah deposit yang
diterima
|
Inflasi |
Kemelesetan Ekonomi |
Nisbah rizab berkanun/
nisbah tunai |
Dinaikkan |
Diturunkan |
Wang disimpan di bank
pusat/ bank perdagangan |
banyak |
Kurang |
Keupayaan memberi
pinjaman |
Menurun |
Meningkat |
Bekalan wang |
Menurun |
Meningkat |
Kuasa beli |
Menurun |
Meningkat |
Tingkat harga barang |
Menurun |
Meningkat |
Syarat Sewa Beli
-
syarat dan terma semasa membuat pinjaman sewa beli.
|
Inflasi |
Kemelesetan Ekonomi |
Syarat Sewa Beli |
Diketatkan |
Dilonggarkan |
Deposit pinjaman |
Ditingkatkan |
Ditturunkan |
Tempoh Bayaran Balik |
Dipendekkan |
Dipanjangkan |
Kadar Faedah |
Dinaikkan |
Dikurangkan |
Permintaan |
Menurun |
Meningkat |
Tingkat harga barang |
Menurun |
Meningkat |
Surat Jaminan Kerajaan
-
surat bertulils dikeluarkan oleh kerajaan untuk memperoleh pinjaman daripada
masyarakat
|
Inflasi |
Kemelesetan Ekonomi |
Surat jaminan |
Dijual |
Dibeli |
Aliran wang dalam
ekonomi |
Berkurang |
Bertambah |
Keupayaan memberi
pinjaman |
Menurun |
Meningkat |
Bekalan wang |
Menurun |
Meningkat |
Kuasa beli |
Menurun |
Meningkat |
Tingkat harga barang |
Menurun |
Meningkat |
Kadar Faedah
-
Kos yang ditanggung oleh peminjam semasa membuat pinjaman.
|
Inflasi |
Kemelesetan Ekonomi |
Kadar Faedah |
Dinaikkan |
Diturunkan |
Beban hutang |
Meningkat |
Menurun |
Pinjaman dibuat |
Berkurang |
Bertambah |
Bekalan wang |
Menurun |
Meningkat |
Kuasa beli |
Menurun |
Meningkat |
Tingkat harga barang |
Menurun |
Meningkat |
Kadar faedah tetap: tidak berubah, peminjam tahhu ansuran bulanan, tidak
dipengaruhi pasaran
Kadar Faedah Terapung: berubah mengikut Kadar Rujukan yang dikawal Bank Pusat.
Kesan Terhadap |
Kadar Faedah Dinaikkan |
Kadar Faedah Diturunkan |
Pengguna |
Kos pinjaman meningkat,
pinjaman dikurangkan elakkan pembayaran kredit, mengehadkan perbelanjaan yang
dibuat, perbelanjaan agregat berkurang. |
Kos pinjaman menurun,
pinjaman ditingkatkan, lebih pembayaran kredit, memperbanyakkan perbelanjaan,
perbelanjaan agregat bertambah. |
Firma |
Kos Pinjaman meningkat,
kurangkan pinjaman, modal kewangan menurun, mengehadkan pelaburan, pelaburan
agregat menurun, daya saing menurun. |
Kos Pinjaman menurunt, tambahkan
pinjaman, modal kewangan meningkat, menambahkan pelaburan, pelaburan agregat
meningkat, daya saing meningkat. |
Kestabilan Ekonomi |
Permintaan menurun, penawaran
menurun kerana tiada motivasi dan modal, masalah inflasi pulih kerana bekalan
wang berkurang. Sekiranya, kadar faedah masih meningkat, perbelanjaan
pengguna dan pelaburan firma terus menurun. Firma tidak dapat menampung kos
operasi terpaksa berhenti operasi atau mengurangkan pekerja. Kadar
pengangguran meningkat, pertumbuhan ekonomi terbatas. |
Permintaan meningkat, penawaran
meningkat kerana pelaburan meningkat,lebihan permintaan. Masalah pengangguran
dan kemelesetan ekonomi pulih kerana bekalan wang bertambah. Sekiranya, kadar
faedah masih menurun, perbelanjaan pengguna dan pelaburan firma terus meningkat.
Peluang pekerjaan banyak dicipta, kuasa beli & permintaan meningkat, harga
barang meningkat, inflasi meningkat. |
Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara
Dasar fiskal
|
Kadar Cukai |
Perbelanjaan Kerajaan |
||
Objektif Makroekonomi |
Menaikkan |
Menurunkan |
Meningkatkan |
Menurunkan |
Guna Tenaga Penuh |
Berkurang |
Bertambah |
Bertambah |
Berkurang |
Kestabilan Harga |
Menurun |
Meningkat |
Meningkat |
Menurun |
Pertumbuhan Ekonomi |
Perlahan |
Pesat |
Pesat |
Perlahan |
Kestabilan Imbangan
Pembayaran |
Wang masuk merosot |
Wang masuk meningkat |
Wang masuk meningkat |
Wang masuk merosot |
|
Nisbah Rizab Berkanun |
Nisbah Rizab Tunai |
||
Objektif Makroekonomi |
Meningkatkan |
Menurunkan |
Meningkatkan |
Menurunkan |
Guna Tenaga Penuh |
Berkurang |
Bertambah |
Berkurang |
Bertambah |
Kestabilan Harga |
Menurun |
Meningkat |
Menurun |
Meningkat |
Pertumbuhan Ekonomi |
Perlahan |
Pesat |
Perlahan |
Pesat |
Kestabilan Imbangan Pembayaran |
Wang masuk merosot |
Wang masuk meningkat |
Wang masuk merosot |
Wang masuk meningkat |
Dasar Kewangan
|
Syarat Sewa Beli |
Surat Jaminan Kerajaan |
||
Objektif Makroekonomi |
Mengetatkan |
Melonggarkan |
Menjual |
Membeli |
Guna Tenaga Penuh |
Berkurang |
Bertambah |
Berkurang |
Bertambah |
Kestabilan Harga |
Menurun |
Meningkat |
Menurun |
Meningkat |
Pertumbuhan Ekonomi |
Perlahan |
Pesat |
Perlahan |
Pesat |
Kestabilan Imbangan Pembayaran |
Wang masuk merosot |
Wang masuk meningkat |
Wang masuk merosot |
Wang masuk meningkat |
|
Kadar Faedah |
|
Objektif Makroekonomi |
Meningkatkan |
Menurunkan |
Guna Tenaga Penuh |
Berkurang |
Bertambah |
Kestabilan Harga |
Menurun |
Meningkat |
Pertumbuhan Ekonomi |
Perlahan |
Pesat |
Kestabilan Imbangan Pembayaran |
Wang masuk merosot |
Wang masuk meningkat |