BAB 2: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Youtube link:https://www.youtube.com/watch?v=gr4bQfMpLrQ
2.1 LATAR BELAKANG SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan: undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah
negara.
Perlembagaan
Persekutuan berasaskan nilai tradisi Kesultanan Melayu dan kemudiannya beberapa
prinsip undang-undang Inggeris disesuaikan dengann nilai tempatan.
Undang-undang Negeri Melayu |
Raja sebagai
pemerintah. Rakyat taat setia. Undang-undang dan pemerintahan ditentukan oleh
raja. Undang-undang yang wujud pada zaman KMM seperti Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka mempengaruhi kandungan undang-undang bertulis di
negeri Melayu lain. |
|
Undang-undang Inggeris |
Negeri-Negeri Selat (NNS) |
British memperkenalkan Charter
of Justice yang diambil daripada undang-undang England, Piagam terpilih
yang bersesuaian dengan kegunaan NNS diguna pakai seperti Charter of Justice
1807. Melindungi penduduk asal daripada penindasan dan ketidakadilan. |
Sarawak |
- The Sarawak
Application of Laws Ordinance 1949 menggunakan The Common Law of England.
- Ogos 1956, Council
Negri (Majlis Negeri) mengandungi 45 orang ahli dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha diberi kuasa membuat undang-undang. -Majlis Tertinggi
dipengerusikan oleh Gabenor turut dianggotai oleh Ketua Setiausaha,
Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara. Perlembagaan Sarawak 1959 memberi
kuasa pentadbiran kepada Majlis Tertinggi dan Council Negeri. |
|
Sabah |
- Sabah Application of
Laws Ordinance 1951. - Majlis Undangan,
Majlis Kerja pada 1950. Majlis Undangan memberi kuasa kepada Gabenor
untuk menggubal undang-undang dalam pemerintahannya. |
2.2 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
1877 |
Mesyuarat pertama
Majlis Negeri Perak 1877 dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf menjadi titik
tolak. Majlis Negeri Perak menggubal undang-undang Perak. Majlis Negeri lain
memainkan peranan sama. |
1946 |
Undang-undang di NNS
digubal oleh Majlis Undangan Negeri, NNMB oleh Majlis Persekutuan, NNMTB oleh
Majlis Negeri. |
1948 |
Perjanjian PTM 1948 membentuk
persekutuan terdiri daripada negeri Melayu, Melaka dan P.Pinang. Kandungan
ialah pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan. |
1957 |
Suruhanjaya
Perlembagaan PTM (Reid). Perlembagaan PTM 1957 disesuaikan dengan model
Westminster berkuat kuasa selepas kemerdekaan, menjadi asas perlembagaan
negara. |
2.3 CIRI UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
CIRI TRADISIONAL |
Pemerintahan Beraja |
Sultan pemerintah
berdaulat dan berkuasa penuh. Yang di-Pertuan Agong pemerintah tertinggi
berkuasa mengampun, menangguhkan hukuman dan perlantikan. Raja ketua negeri
berkuasa eksekutif dilaksanakan melalui nasihat Majlis Mesyuarat Negeri. Berkuasa
mengampun, menangguhkan hukuman, perlantikan. |
Agama Islam |
Zaman British, raja
Melayu tidak perlu menerima nasihat penasihat British. Selepas merdeka, di
bawah raja setiap negeri dan Yang di-Pertuan Agong bagi wilayah Persekutuan
dan negeri tidak beraja. |
|
Bahasa Melayu |
Menjadi lingua franca
dan bahasa ilmu. Menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. |
|
Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera |
Sebelum merdeka, di
bawah kuasa raja dan ketua peribumi. Selepas merdeka, dipelihara oleh Yang
di-Pertuan Agong |
|
CIRI MODEN |
Kerajaan Persekutuan |
Satu system kerajaan
persekutuan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkuasa dalam bidang
tertentu. Sarawak dan Sabah diberi autonomi. |
Sistem Demokrasi Berparlimen |
Asas demokrasi ialah
pilihan raya umum 1955 untuk memberikan kebebasan rakyat memilih wakil
pemimpin dan menubuhkan kerajaan. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan
menjalankan pilihan raya. |
|
Kewarganegaraan |
Sebelum 1948, rakyat
dikategorikan sebagai Rakyat Raja dan rakyat British bagi yang lahir di
Melaka atau P.Pinang. Kemerdekaan melahirkan kewarganegaraan persekutuan yang
sama taraf bagi semua rakyat. |
2.4 PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1963 DAN 1965
Pindaan
dibuat dengan memasukkan klausa baharu pada bahagian tertentu bagi
menyesuaikannya dengan keperluan semasa.
Pindaan Perlembagaan 1963 |
Struktur Mahkamah Atasan |
Mengikut model Mahkamah
Tertinggi England membahagikan kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan. 3
buah Mahkamah Atasan (Mahkamah Persekutuan): di PTM, Sarawak dan Sabah serta
Singapura. Mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. |
Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo |
Menguruskan soal
kehakiman di Sarawak dan Sabah. 1963, Ketua Hakim Borneo diwujudkan berpusat
di Kuching, Sarawak. 1994, nama jawatan diubah kepada Ketua Hakim Sarawak dan
Sabah. |
|
Jawatan Yang di-Pertua Negeri |
Sarawak dan Sabah
diketuai Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Yang
di-Pertua Negeri perlu mengikut nasihat Majlis Tertinggi Sarawak dan Kabinet
Negeri Sabah. |
|
Pindaan Perlembagaan 1965 |
Tunku Abdul Rahman
Putra al-Haj selaku Perdana Menteri membawa usul pindaan perlembagaan yang dinamakan
pindaan Singapura di Parlimen pada 7 Ogos 1965. Parlimen meluluskan
membolehkan Singapura keluar daripada Malaysia, semua perkara perkaitan
Singapura dimansuhkan. |